Tuesday, February 15, 2011

Facebook Shutting Down?

Facebook shuting down by april 2011?? Tak payah tunggu april! malam tadi, buka je facebook dah tak boleh masuk! Walaupun isu Facebook shuting down tu rumous tapi yang ni betul betul punya!! FB asyik minta password, after 3rd times key in password facebook tanya nak reset password ke tak? Bila agreed utk reset password saya buka facebook untuk tengok password kat yahoo mail. sangat sakit hati bila yahoo pop up bgtau 'someone' dah try password tuh utk several time and untuk security purpose yahoo auto lock!! Memang sakit hati! sah sah la ada org yg sabotaj kan.. Yang lebih menyakitkan hati kawan saya, Ms.D dah kena benda yang sama a week before! cukup tuuuuttt (ayat lembut utk mencarut! ) Siapa? Sure lah saya tau siapa pompuan tuh!

Jom ikuti rentetan kisahnya, awal 2011 (rasanya), dia ada mengadu sedih sebab suami dia ada isu dengan Miss.D, ayat kasar yang boleh hadiahkan pada dia >>ADA AKU KISAH?<< tapi mestilah saya tak sezalim itu, saya tetap bagi dia nasihat without reveal any info about Miss.D dan Mr.T, baik ke saya sbb tak reveal any info walaupun saya tau kisah diorg since Miss D bagitau "Saya rasa Mr.T tu dah gila lah Kak Ada!" Jahat ke saya tak bantu Mrs.Honey tu (refer pada Puan Madu = Madu kepada Miss.D) tentang hal hal penting yang sepatutnya diorang tau? Apa yang saya buat adalah tindakan mendiamkan diri. Salah ke? Bila saya kawan dengan Miss.D dan Mrs.Honey datang kononnya sebagai kawan dan mengadu nasib kenapa saya perlu betray kawan saya untuk kawan yang baru kenal beberapa jam? Lagipun jujur ke apa yang dia buat tu? betul ke dia jujur nak kawan dengan saya atau hanya nak korek rahsia suaminya yang curang? Jadi saya cuma jadi pihak berkecuali yang bagi ayat ayat semangat (semangat ke?) sebagai seorang kawan! "Sabarlah" "Kalau awak masih sayangkan rumah tangga awak, usahalah untuk kekalkan!" "Awak kena kuat" Dalam diam saya selit selit juga hint untuk dia tau suami dia masih suci! (suci??!) "Jangan risau, diorang ok" "Kenapa cakap macam tu? diorang tak pernah buat apa apa" "Tak, diorang tak pernah keluar berdua"

Tapi dah adat orang yang tak puas hati, lepas tau suami dia still tak nak putuskan hubungan, mungkin emosi tak tenteram, dia mengamuk memaki Miss D kat wall FB dia. Tapi fikir fikir balik manusia ni cuma nak dengar apa yang dia nak dengar, bila dia anggap Miss D jahat, dia cuma nak dengar yang buruk dan jahat je tentang Miss D. Mungkin sebab tu dia tak nampak hint yang saya bagi.
** Sayang, Miss.D memang nak jauhkan diri tapi suami u tu yang kononnya tak boleh nak tinggalkan Miss.D. Takkan lah saya nak bagi ayat tu kan.. Kang tak pasal Mr.T tidur luar!

Cerita panas mereka dipenuhi dengan makian, sms ugutan, datang menyalak dengan rumah Miss.D, makian, makian dan makian lagi..Pendek kata kalau nak hantar  Mrs.Honey  ni join forum Maling VS Indonsial memang layaklah! Kami yang baca ni pun mengucap panjang, tak tahu la apa yang Miss D rasa. Selang beberapa bulan kami dipanaskan dengan sms biadab si Mrs.Honey, dia menghantar sms berbaur mencabar kesabaran kami, "..pergilah mengadu la kat kakak kakak yang suka pergi BEACH tuh"

** Refer pada post wall FB Kak.F yang guna ayat Lets Go To The Beach! (psl kami buat outing pergi melaka!)

Apa kes?!! nampak sangatlah dia stalker wall kami kan.. menurut Miss D dia memang create at least 2 fake ID untuk mengikuti perkembangan kami-kami yang hot ni! (hot ke?) Hari tu sibuk sangat nak block, apahal punya nak ambil tau? haiiissh.. patut lah hari tu ada ID yang mutual friend agak meragukan..tapi masalahnya tak kan lah nak halang kawan kawan yang tak de kaitan untuk remove ID tu..pelik pula nanti kan!

** Tak paham kenapa orang nak approved request yang meragukan? Motif? Saja nak kumpul kawan dan bangga Friendlist banyak? Still nak tanya **Motif?**

Nak sangat tau tentang kakak kakak yang suka bergi BEACH ye? meh nak bagitau! Makanya, saya pun meroyan laksana artis gila glamour ~ Saya pun post ayat sedap kat FB dan tagged kawan-kawan yang add dia di FB , meh baca dengan gembira. Dah start merepek sure lah kawan kawan yang nak pergi BEACH meraikan majlis,kan.. tak sampai sejam Mr.T mesej Miss D bagitau Mrs.Honey sedang hot and spicy kat rumah, Mr. T kata,Mrs.Honey kata ada orang sakitkan hati dia. Hah, baru sikit tu Mrs.Honey oooii!! banyak lagi sebenarnya idea idea jahat saya sebenarnya! Kalo ikutkan hati sedap lagi boleh dimaki, takat mencarut tu, pelbagai ayat ayat hina ada dalam kamus tapi sebab fikir saya ni cuma pelakon tambahan dalam ini film jadinya malaslah nak over shadow. Suka suka je mention "kakak-kakak" awak refer pada sapa? dan bila awak type BEACH dlm capital letter, awak sebenarnya bertujuan nak mencarutkan kami,kan!! Ingat BEACH tu dah habis mencarut? Sayang, banyak lagi words yanng lebih menarik i boleh bagi pada u! tapi psl fikir Prinsip Rukun Negara "Kesopanan dan Kesusilaan" malas lah nak merendahkan martabat sendiri,kan..


COPY & PASTE AYAT DIATAS : ** Cerita panas mereka dipenuhi dengan makian, sms ugutan, datang menyalak dengan rumah Miss.D, makian, makian, makian.. ** (berikutan perkara yang sama kerap berlaku berulang ulang) isu panas ini diikuti dengan Miss.H post kat wall dia kisah Lagenda Budak Setan The Series malam sebelumnya di Astro, Miss.H post tentang "Kenapa selalu nak fikir tentang nasib orang pertama? Bagaimana pula dengan hati orang ketiga?" Lupa ayat sebenar tapi lebih kurang gitu la ayatnya! dalam komen Miss Huda terang terang sebut tentang drama semalam (READ : Lagenda Budak Setan The Series) saya komen dengan jujur tanpa fikir isu antara Dia, Miss D dan Mr.T

** Derrr, u fikir i takde keje lain ke selain nak fikir tentang u?

Komen saya adalah apa yang saya rasa, tak fikir pun tentang apa apa dan sapa sapa "Bila Allah izinkan sesuatu terjadi mesti ada kebaikan yang boleh kita gain dr kejadian tu, apa kata kita bermuhasabah diri" (ULANG: Lupa ayat sebenar tapi lebih kurang gitu la ayatnya! )panjang lagi sebenarnya tp sbb FB dah kena sabotaj lupa dah ayat sebenar. tak sampai beberapa minit  Miss.H terima SMS, Miss.H tunjuk kat saya. (Perempuan, ayat kamu sangat busuk!) Leh pula dia bagi statement ;-
"Pesan kat kawan awak yang baru bertunang tu, nanti dia dapat suami cam tu"  (Lupa ayat sebenar tapi lebih kurang gitu la ayatnya! )

Apahal perempuan? (Ayat kau memang point kat ako!) Penah saya doakan yang buruk tentang orang esspecially kat awak? Bila kita ditimpa bala, bila kita rasa pahit pengalaman , bila kita diuji bukan ke kita patut bermuhasabah diri? Fikir cara nak menyelesaikan dengan bertenang, kenapa nak menyumpah orang lain rasa apa yang kita rasa? Pernah saya padankan muka awak dengan apa yang awak alami? Jawapannya TIDAK! Apa salah saya? Salah saya sebab tak tumpang sekaki time dia mengutuk Miss D! Hilang akal?!

Didorong perasaan sakit hati, saya buka FB En.Tunang (sebab FB saya sudah diblock olehnya) saya berfikir untuk email dia.dah copy email address dia, saya ambil jalan mudah dengan mesej je dia di FB, saya tanya cakap tentang "kawan awak yang baru bertunang tu" tu.
- saya bagitau saya tau ayat tu ditujukan kepada saya.
- dia balas dengan minta maaf kalo terasa
- saya bgtau saya tak marah sebab saya paham apa yang dia rasa tapi saya tak nak dia libatkan saya dalam kisah diorang
- dia reply jangan percaya sangat Miss D tu, tak semestinya kawan dengan Miss D saya kenal Miss D luar dalam
- saya reply dengan saya tak penah kata saya kenal Miss D luar dalam dan saya tak pernah berniat nak kenal Miss D luar dalam, bila saya kawan dengan seseorang saya terima dia seadanya dia. tak kisah dia siapa dan apa kisah hidup dia.
- Tiba tiba Mrs.Honey sentap! (Mungkin sebab ayat saya agak menyokong Miss D)
- dia reply dengan bagitau dia tak nak percaya sesiapa dan pengalaman mengajar dia untuk tak percaya sapa sapa! (Saiko!!!) siapa suruh percaya siapa? tak paham!
- Saya reply lagi suka hati tapi saya tak nak dia kaitkan saya dalam hal diorg.
- Dengan ayat yang sangat ego (lupa ayat sebenar) dia reply dengan dia tak sebut nama saya dan berakhir dengan sarang tebuan jangan dijolok!

** Der, Kalau u xnak kaitkan i knapa u minta maaf at the beginning? kalau i nak reply memang i ada byk koleksi ayat ayat cacian! tapi time tu i pk u gila! malas nak layan dan bebankan otak u dengan problem picisan gini dan yang paling penting the way u acted so childish!!

Minggu minggu berikutnya dipanaskan dengan account Miss D deactive sebab password isu - Miss D create account baru - create lagi - dan lagi??!! Hahaha.. Miss D yang berhati tulus je yang fikir virus.

** Sayang, from day 1st akak dah tau tu kerja Mrs.Honey tu la derrr.. 

Kes tu berikutan dengan suatu petang yang indah, password saya salah? hurm, try lagi! salah? try lagi! salah?? FB cadangkan reset password, bila buka yahoo mail, yahoo mail pun dah di'security-lock'sebab dah try several time. Hah, pandai sangat lah virus tu nak serang laptop saya. Dah tu account saya je! Saya buka account dia, account yang dulunya memang dah set security tapi email dia publish skrg dah bertukar dengan email pun dah hide - Apakah? mestilah dia takutkan!

** Sayang, orang jahat je yang ada pengalaman pencuri dan dicuri je yang nak sorok selipar dia time nak masuk masjid! Opsss, dan yang pakai selipar crocs original! So, u kat mana? yang pakai kasut crocs original (READ : TULEN ) ke? atau yang pernah dicuri??! maaf, i tak percaya sbb i yakin u yang mencuri!!

** Meh kita selongkar ini :- 

( AktA 588) Akta Komunikasi & Multimedia 1998

Larangan terhadap pemberian kandungan jelik

211. (1) Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau
orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan,
boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu,
mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau,
mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.
(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda
selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian
daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan

>>>> nak repeat balik "..mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau,
mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang." <<<<<

** Refer pada SMS yang masih Miss D simpan, boleh cadangkan dia untuk menjadi kaya ni :-

Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau
perkhidmatan rangkaian, dll.
233. (1)  Seseorang yang—
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian
atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi
secara sedar—
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran,
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi
lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau
jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,
menganiayai, mengugut atau mengganggu orang
lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan
mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara
berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa
itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku,
dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan
niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau
mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor
atau alamat elektronik,
melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh
didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan
itu diteruskan selepas pensabitan

>>>>>>Sayang, i nak repeat ni : "..disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya"

dan ini "..dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan
niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau
mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor
atau alamat elektronik,
melakukan suatu kesalahan." <<<<<<<

Pemintasan dan pendedahan komunikasi dilarang
234. (1) Seseorang yang tanpa kebenaran yang sah di bawah Akta
ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain—
(a) memintas, cuba untuk memintas, atau mendapatkan manamana orang lain supaya memintas, atau cuba untuk
memintas, apa-apa komunikasi;
(b) mendedah, atau cuba untukmendedahkan, kepadamana-mana
orang lain kandungan apa-apa komunikasi, sedangkan dia
mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai
bahawa maklumat itu telah diperoleh melalui pemintasan
mana-mana komunikasi dengan melanggar seksyen ini;
atau
(c) menggunakan, atau cuba untuk menggunakan, kandungan
apa-apa komunikasi, sedangkan dia mengetahui atau
mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat
itu telah diperoleh melalui pemintasan apa-apa komunikasi
dengan melanggar seksyen ini,
melakukan suatu kesalahan.
(2)  Seseorang yang dibenarkan di bawah Akta ini yang dengan
sengaja mendedahkan, atau cuba untuk mendedahkan, kepada
mana-mana orang lain kandungan apa-apa komunikasi, yang
dipintas dengan cara yang dibenarkan oleh Akta ini—
(a) sedangkan dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk
mempercayai bahawa maklumat itu telah diperoleh
melalui pemintasan komunikasi itu berkaitan dengan
suatu penyiasatan jenayah;

>>>>>>Sayang, i nak bagitau u, maksud memintas dalam english adalah HACK dan pemintasan goes to HACKERS kot.. yeke? mana cikgu bahasa inggeris ni? Help Me!!

Nak ulang part ni :-  "..memintas, cuba untuk memintas, atau mendapatkan manamana orang lain supaya memintas, atau cuba untuk
memintas, apa-apa komunikasi;"<<<<<<<

Moralnya, jangan fikir negara kita tak ada undang undang, kalau apa yang u buat kat i, i boleh pandang sebelah mata tapi i dah mula berfikir untuk hasut Miss D buat report tentang isu ni dan juga isu u ugut ugut dia. Apakata?

No comments: