Jauh saya merantau..nun jauh hingga hilang arah..link dari blog ke blog ke blog..tiba tiba saya sampai ke 1 tempat yg penuh dengan jambu. Iye, merah jambu. I like pink !!! Waktu tiba di blog itu saya terkejut dan terkejut dan terkejut.. Huh, bukan niat nak mengumpat dia, tapi saja nak share apa yang saya jumpa di blog dia.
Wallahualam, moga saya diampunkan atas segala dosa akibat keterlanjuran kata yang mungkin terjadi atau yang sudah pun terjadi. Tapi rasanya kalau tak sebut nama tak kira mengumpat kan..sebab mengumpat bila 2 individu atau lebih paham akan golongan yang dikatakan. Betul tak?
Dalam entry nya, dia katakan "dia fikir dia tu bagus sgt? Kalau ikutkan hati mahu saja aku bomohkan dia. Tapi aku tak lah jahat sangat, walaupun aku ni tak sembahyang tapi aku ni baik, masih lagi boleh fikir dosa. Tak macam dia tu, sembahyang tunggang tonggeng tapi sibuk nak kacau hak orang" , quote ni saya edit guna ayat saya, buatnya ada yang google quote dia, dah jadi mengumpat pula nanti. Tapi jangan tanya saya apa sebab dia cakap begitu, dia ni jenis yang post benda yang dia sendiri paham.Ala Ala misteri gitu..
Apa eik pendapat ulama untuk ayat ni? Ini, pendapat peribadi saya sendiri, mungkin ada salah sini-sana tapi ini hasil data yang diproses oleh otak saya berdasar IQ level saya. Siapa kata orang yang sembahyang itu baik? Siapa? Siapa? Berani angkatlah tangan! Pada saya, orang yang solat tidak baik pun, solat kan perkara wajib baik orang islam (sama juga dengan bertudung). Solat adalah beza awak/kita/saya dan semua muslim khususnya dengan penganut agama lain. Sama lah dengan beza orang Jepun yang tunduk tanda hormat dana orang putih yang bersalam, kadang kadang laga-laga pipi. Jadi bila seorang muslim itu solat, ini tidak bermakna (BACA: TIDAK SAMA SEKALI) menjadikan batu pengukur bahawa kita ni baik. Tak faham kenapa orang anggap orang yang pergi solat tu baik. Bukankah dia melangkah setapak ke jalan Allah. Menunaikan tuntutan Ya Rabb. Benar, solat yang sempurna memimpin kita kejalanNya, tapi tak bermakna bila kita rasa kita masih mampu berbuat dosa solat kita tak diterima. Bukankah kita hidup didunia ini untuk cari jalan pulang? Kita punya pilihan jalan yang mana jadi kenapa kita tak buat pilihan yang betul?
Jadi siapa yang baik? orang yang baik (pada saya) adalah orang yang beli tisu kat pakcik buta ditepi jalan (alahai, kan kadang2 ada pakcik/makcik/kakak/abg) yang duduk/berdiri/berjalan bawa tisu (kadang2 kalender) jual kat kita. itu lah orang yang baik untuk saya. (Banyak je sontoh contoh lain tapi ini antaranya) Apa? beli tisu pun dah boleh jadi baik? Iye lah, kalau beli tisu mestilah kita tak beli denga harga sebenar RM0.30 , paling paling kita beli dengan harga RM1. Ada yang sangat bersemangat tu siap campak kad ATM lagi kat dalam bakul duit pakcik jual tisu tu..(saya tau siapa dia!) pernah ke kita ambil balance? Nak pula bila ada abg hensem kat sebelah..(hehehe ~ nakal yer) Kalau jawapannya tidak, tahniah sebab kita lah orang baik dalam petikan diatas!
Lagi satu nak kupas, fasal 'sembahyang tunggang tonggeng' , statement apa itu? perkataan apa itu? Mungkin itu perkataan dari mak ayah kita, yang mungkin berasal dari mak ayah mereka. Tapi kan dunia dah maju, bukankah kemajuan diukur dari pelbagai aspek termasuklah adab (BACA : adab) Hairan bila ada orang muslim yang guna perkataan itu.Motif? Nak gambarkan seseorang yang sembahyang atau nak hina tentang praktikal solat itu sendiri? Bila penganut agama lain hina agama kita, bagai nak terkeluar usus perut kita mengamuk, tapi sedar tak apa yang kita buat? Muslim dengan bangganya mengaku tak solat, taip dalam blog tanpa rasa bersalah, rasa rasanya ada sesiapa tak yang paksa dia? Lepas tu, mengutuk praktikal cara solat itu sendiri. Fasal tu lah time marah kena diam~ Hurm, ada relevannya..
Yang tak boleh diterima akal, disisi entry itu senyum simpul blogger itu upload gambarnya dimeja makan siap tudung pink lagi, bawah gambar itu, gambarnya berserta sejambak bunga, bawahnya pula gambar bersama seorang lelaki. Ya, syabas! Memang bangga lah lepas ni kerana mesej sampai kepada golongan sasaran. Mari kita tunggu apa entry terbaru dari blog mak mertua @ bakal mak mertua. Itu pun kalau mak mertua/bakal mak mertua tau wujudnya post tersebut. Kalau saya mak mertua/bakal mak mertua dia, awal awal lagi saya seligi kepala dia. Haisshh, buat malu mak kat kawan kawan kelas aerobik je!
No comments:
Post a Comment