Monday, February 28, 2011

Bahasa Melambangkan Maruah : Sembahyang Tunggang Tonggeng

Jauh saya merantau..nun jauh hingga hilang arah..link dari blog ke blog ke blog..tiba tiba saya sampai ke 1 tempat yg penuh dengan jambu. Iye, merah jambu. I like pink !!! Waktu tiba di blog itu saya terkejut dan terkejut dan terkejut.. Huh, bukan niat nak mengumpat dia, tapi saja nak share apa yang saya jumpa di blog dia. 

Wallahualam, moga saya diampunkan atas segala dosa akibat keterlanjuran kata yang mungkin terjadi atau yang sudah pun terjadi. Tapi rasanya kalau tak sebut nama tak kira mengumpat kan..sebab mengumpat bila 2 individu atau lebih paham akan golongan yang dikatakan. Betul tak?

Dalam entry nya, dia katakan "dia fikir dia tu bagus sgt? Kalau ikutkan hati mahu saja aku bomohkan dia. Tapi aku tak lah jahat sangat, walaupun aku ni tak sembahyang tapi aku ni baik, masih lagi boleh fikir dosa. Tak macam dia tu, sembahyang tunggang tonggeng  tapi sibuk nak kacau hak orang" , quote ni saya edit guna ayat saya, buatnya ada yang google quote dia, dah jadi mengumpat pula nanti. Tapi jangan tanya saya apa sebab dia cakap begitu, dia ni jenis yang post benda yang dia sendiri paham.Ala Ala misteri gitu..

Apa eik pendapat ulama untuk ayat ni? Ini, pendapat peribadi saya sendiri, mungkin ada salah sini-sana tapi ini hasil data yang diproses oleh otak saya berdasar IQ level saya. Siapa kata orang yang sembahyang itu baik? Siapa? Siapa? Berani angkatlah tangan! Pada saya, orang yang solat tidak baik pun, solat kan perkara wajib baik orang islam (sama juga dengan bertudung). Solat adalah beza awak/kita/saya dan semua muslim khususnya dengan penganut agama lain. Sama lah dengan beza orang Jepun yang tunduk tanda hormat dana orang putih yang bersalam, kadang kadang laga-laga pipi. Jadi bila seorang muslim itu solat, ini tidak  bermakna (BACA: TIDAK SAMA SEKALI) menjadikan batu pengukur bahawa kita ni baik. Tak faham kenapa orang anggap orang yang pergi solat tu baik. Bukankah dia melangkah setapak ke jalan Allah. Menunaikan tuntutan Ya Rabb. Benar, solat yang sempurna memimpin kita kejalanNya, tapi tak bermakna bila kita rasa kita masih mampu berbuat dosa solat kita tak diterima. Bukankah kita hidup didunia ini untuk cari jalan pulang? Kita punya pilihan jalan yang mana jadi kenapa kita tak buat pilihan yang betul?

Jadi siapa yang baik? orang yang baik (pada saya) adalah orang yang beli tisu kat pakcik buta ditepi jalan (alahai, kan kadang2 ada pakcik/makcik/kakak/abg) yang duduk/berdiri/berjalan bawa tisu (kadang2 kalender) jual kat kita. itu lah orang yang baik untuk saya. (Banyak je sontoh contoh lain tapi ini antaranya) Apa? beli tisu pun dah boleh jadi baik? Iye lah, kalau beli tisu mestilah kita tak beli denga harga sebenar RM0.30 , paling paling kita beli dengan harga RM1. Ada yang sangat bersemangat tu siap campak kad ATM lagi kat dalam bakul duit pakcik jual tisu tu..(saya tau siapa dia!) pernah ke kita ambil balance? Nak pula bila ada abg hensem kat sebelah..(hehehe ~ nakal yer) Kalau jawapannya tidak, tahniah sebab kita lah orang baik dalam petikan diatas!

Lagi satu nak kupas, fasal 'sembahyang tunggang tonggeng' , statement apa itu? perkataan apa itu? Mungkin itu perkataan dari mak ayah kita, yang mungkin berasal dari mak ayah mereka. Tapi kan dunia dah maju, bukankah kemajuan diukur dari pelbagai aspek termasuklah adab (BACA : adab) Hairan bila ada orang muslim yang guna perkataan itu.Motif? Nak gambarkan seseorang yang sembahyang atau nak hina tentang praktikal solat itu sendiri? Bila penganut agama lain hina agama kita, bagai nak terkeluar usus perut kita mengamuk, tapi sedar tak apa yang kita buat? Muslim dengan bangganya mengaku tak solat, taip dalam blog tanpa rasa bersalah, rasa rasanya ada sesiapa tak yang paksa dia? Lepas tu, mengutuk praktikal cara solat itu sendiri. Fasal tu lah time marah kena diam~ Hurm, ada relevannya..

Yang tak boleh diterima akal, disisi entry itu senyum simpul blogger itu upload gambarnya dimeja makan siap tudung pink lagi, bawah gambar itu, gambarnya berserta sejambak bunga, bawahnya pula gambar bersama seorang lelaki. Ya, syabas! Memang bangga lah lepas ni kerana mesej sampai kepada golongan sasaran. Mari kita tunggu apa entry terbaru dari blog mak mertua @ bakal mak mertua. Itu pun kalau mak mertua/bakal mak mertua tau wujudnya post tersebut. Kalau saya mak mertua/bakal mak mertua dia, awal awal lagi saya seligi kepala dia. Haisshh, buat malu mak kat kawan kawan kelas aerobik je!

Friday, February 25, 2011

Miss D : Bahasa Melambangkan Maruah

Hurm.. Nak mulakan entry ni dengan sedikit selawat keatas nabi junjungan, dan segala puji hanya untuk Ya Rabb yang Maha Agung, awal awal nak minta maaf , kalau entry ni ada salah kat sini dan sana.

Meh kita wat analisis! ni tentang isu Miss.D lagi,.. cerita dikejutkan dgn email yg saya terima dari Miss.Z, one of our friend yg still mutual friend dengan Mrs.Honey hantar email bagitau diorang kutuk kami kami yang anggun lagi bergaya di FB mereka (OK, muntah sekarang!), Malamnya saya surf isu 'perampas' ni kat tanah pakcik google, jumpa 1 entry baca dan baca..penulis tumpang marah bagi pihak kawan yang suaminya dirampas! Saya nilai si penulis ni tengan marah. Bila nak komen saya jumpa 1 nama! Mrs.Honey Madu?! maknanya di tuan tanah ni tengah mengamuk kat kawan saya?! Dan esoknya kecoh kawan kawan cerita fasal isu ini. Rupanya mereka dah tahu fasal isu ni sehari sebelum saya tahu! huh, lembab betul lah!

Hehe.. kadang kadang yang tak ada kaitan ni yang menyibuk lebih (such as myself haha~) tapi yang saya belajar dari sini, apa yang kita luahkan melalui penulisan, percakapan, menggambarkan siapa diri kita, didikan dari mak ayah kita, personaliti kita, IQ level kita, dan maruah kita. Dan kadang kadang kita keluarkan pendapat yang berat sebelah, bila kes itu ada kaitan dengan kita..kita sokong.. Apa lah sangat yang nak dibanggakan dengan mencarut marut ni? kalau awak pandai mencarut jangan kata orang lain tak reti, mencarut tu senang, bukan macam kena amik full course medic pun! (Psl ada isu course medic sangat susah) Tapi orang lain tak nak mencarut sebab tak terkeluar perkataan perkataan tak bermoral tu.. Nak tahu apa yang orang pandang? orang pandang martabat awak sangatlah rendah! Lepas tu nak kata orang tak ada maruah.. Mari fikir siapa yang tak bermaruah? Hurm, fikir fikir fikir..

Teringat kisah yang saya dengar time ceramah 1 ketika dahulu, Rasulullah SAW menemui seorang lelaki yang ingin baru islam (maaf, lupa namanya), dia berpesan kepada Rasulullah SAW bahawa bangsanya (yahudi) adalah bangsa yang membohong, Rasulullah SAW menghantar seorang lelaki (lupa nama juga) bersama-sama lelaki mualaf tadi menemui bangsa mereka. Mualaf itu disembunyikan dan lelaki itu bertanya "Wahai saudara, bagaimanakah sifat si polan?" Lelaki yahudi itu menjawab "Si polan adalah lelaki yang baik, jujur, amanah" Lelaki itu berkata lagi "Tahukah kamu bahawa si polan itu telah memeluk islam?" lelaki yahudi itu menjadi marah dan berkata "Si polan itu jahat, zalim, tak berguna!" Wallahualam. Bukan saya nak samanya tuan tanah tu dengan yahudi, tapi mungkin ada perkata yang kita bleh belajar dari kisah Rasulullah SAW ini.

Katanya dalam blognya mereka kawan dari kecil, bila dapat tahu suami kawan dia dirampas sebangai kawan haruslah dia jadi supporter, mana boleh buat bodoh dan tak tahu. Katanya lagi, kisahnya rumahtangga dia kena kacau dengan sorang pompuan tak tahu malu. Ada hati nak nak menggedik dan menggatal dengan laki beliau. Katanya lagi, kenapa ada perempuan gampang seperti ini? Adakah dia tak punya maruah atau tak punya akal? Hak orang kot, dia nak kebas? Dah tak laku sangat ker kau wahai perempuan jalang?

Amacam ayat dia? first class kan..Mungkin untuk Mrs.Honey , dia panggil my friend mengacau tapi bayangkan bagi kami kami yang tahu kisah sebenar esspecially saya! Siapa yang kacau siapa? Tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. As a single women, peduli apa perempuan itu nak kawan dengan siapa. That guy la yang sepatutnya jaga diri sendiri untuk tak terjebak dengan isu isu ini.Salah ke ayat saya?

Lets think, siapa yang dah kahwin? laki tu..siapa yang dah ada komitment? laki tu! Siapa yang curang dan kawan dengan Miss.D? laki tu! Dan please lah, pilih perkataan yang tepat, apa tu perampas?  perampas bila Miss.D ambil suami awak! guna khidmat Pawang Rabu ke.. Ugut suami awak untuk ceraikan awak dan kahwin dengan Miss.D ke.. itu baru rampas..Bila Miss.D ambil terus! Faham? Apa tu berkongsi kasih? Mesti lah sama cam ber(honey) madu.Sure lah semua orang tahu. Kat mana korang nak kategori kan kes Miss.D ni?

Buka mata lah, memang lah bukan semua laki jahat. tapi dalam kes ini, Mr.T memang bersalah. Sedaplah macam ni, suami kamu yang menggatal, mengorat, pujuk rayu segala bagai..lepas tu satu dunia nak tuduh Miss.D perampas. Yang laki kamu tu apa pula? Lelaki teraniaya yang lemah dengan hasutan dunia?

Yang tak boleh tahan bila tak fasal fasal kawan kawan kami terlibat dalam isu ini, kawan-kawan dia tuh bodoh ke tak ada otak nak backup kawan kau yang bangang lagi lah tak bermaruah. kawan-kawan kau pon sama tak bermaruah.! 

Isu yang tak boleh diterima akal.. mula mula tuan tanah ni mengamuk bagai mak ayam hilang anak ayam (mestilah marah, mana nak dapat income kalau takde ayam nak supply.Ayam??!) sebab marah si perampas , tup tup kat akhir entry dia cerita pasal sokong kawan dia, Pok yang juga perampas. Kenapa?  kalau kamu jujur dengan pendirian benci perampas, kenapa nak sokong Si Pok? Sebab kamu faham situasi dan cerita disebalik rampasan Pok? Jadi apa salah saya? same goes to you! At least kami sokong Mrs.Honey at the begining, bila mrs.Honey dah meroyan ngamuk ngamuk tak tentu fasal je kami tak layan, tapi bukan kami yang start ok, dia yang start removed/deleted kami dari FB dia. Lepas tu nak add balik. Mestilah kami tak nak approve. kami dah merajuk!

Thursday, February 24, 2011

DIA : Kenapa?

Kenapa kita jumpa? 
Kenapa tak sehaluan?
Adakah Allah bagi petanda yang sebenarkan kami tak serasi?
Itu ke jawapannya bagi semua ni?

Benci pada dia yang hilang lepas wujudkan masalah!
Tak suka dia hilang lepas sakitkan hati!
Sebab itu rasanya setan hasut manusia untuk bercinta sesama jenis
Mesti setan sedar kewujudan golongan lelaki yang suka hilangkan diri lepas menyakiti hati!
Jadi setan hasut perempuan untuk beralih pada dunia yang satu lagi..
Mungkin begitu juga dengan lelaki

Tak suka perasaan sakit hati ini
Tak suka bila dia persoal yang tak patut dijadikan soalan
Siapa Omar?
Siapa Khairul?
Mestilah kawan!
Mati lah nak terangkan satu satu.
Berapa ramai perempuan kat facebook dia?
Pernah saya tanya?
 Saya pun penat nak selidik satu satu nama.
Tak guna pun, kalau tanya pun untuk apa?
Kalau dia jawab, betul ke dia jujur?

Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah!
Kalau ditakdirkan dia bukan untuk saya, moga Allah temukan dengan seseorang yang mampu bimbing saya kejalanNya
Moga Allah permudahkan jalan untuk melupakan dia.
Tapi, kalau dia untuk saya, semoga jalan kami diluaskan dan dipermudahkan!
AMIN

**Jiwang pula hari ni**

Tuesday, February 22, 2011

Miss D : Kerana Pulut Santan Binasa

Ngantuk!!

Malam tadi tidur jam..hurm, xtengok pun jam waktu tu, terus tidur tapi pastinya dah lewat sangat. Saya dan Miss.Z teman Miss D ke IPD PJ (untuk isu yang sebelum ini) lepas kerja semalam. dari jam 6 petang di IPD PJ dilayangkan ke Balai Polis TTDI sebab Miss D kena jumpa I.O .. Singkatan untuk apa? Entah.. tapi saya dan Miss.Z agak ayat tu refer pada Investigate Officer. (READ : Pegawai Penyiasat rasanya lepas diterjemahkan sebab title tu agak popular)

Yang menariknya waktu pegawai polis di IPD PJ bagitau kes tu ada 3 akta yang terlibat - Akta Komunikasi dan Multimedia , Akta Jenayah Siber (which is we already knew!) dan Akta Jenayah! Akta Jenayah? Iye, sms-sms busuk dia tu mengandungi ugutan ugutan yang diletakkan dibawah akta jenayah! Dan yang lagi menarik sebab Miss.D setuju untuk teruskan laporan itu. Go Go Power Puff Girl!! Saya yang duduk kat belakang bersama Miss Z beriya iya berdoa supaya Miss D yang sebelum tu keep repeating ayat ayat solehahnya such as  "Saya nak ingatkan dia aje" "Saya dah maafkan dia" "Saya tak kisah tentang tu, saya boleh maafkan dia" akhirnya bersetuju untuk teruskan aduan. Ini semua mungkin hasil suara Cik Pegawai Polis yang penuh berwibawa ( Syabas Inspector Shahab! tapi.. dia bukan inspector rasanya! )

Tipu lah kalau saya tak simpati pada Mrs Honey Money tu.. Kesian, sebab dia perempuan macam kita juga, bayangkan kalau apa apa jadi, siapa nak tanggung anak dia? Menurut Miss.Z , kalau sabit kesalahan Mrs Honey Money tak boleh kerja dalam bidang IT/network/system dan apa apa yang related dengan internet lagi rasanya..Hah, kan dia kerja dalam bidang tu..  kalau jadi apa apa, siapa nak layan suami kesayangan dia tu? Tapi bila teringat cara dia tu.. moral dia yang sangat nipis, emosi saya langsung tak keruan!! Emosi saya yang tak keruan ni apa hal?

Itu lah, sebelum buat hal kena lah guna akal yang waras, mentang mentang lah sebelum ini Miss D diam je.. Kamu datang serang kat rumah, jerit jerit macam nak masuk Pertandingan Bintang Radio (REPEAT : Pertandingan Bintang Radio??!) malukan dia kat kawan rumah dia. Apa semua tu? apa? apa?? Yang tak boleh blah kamu kaitankan kami kami yang tak berdosa ni.. Kami tak bersalah!  Kami insan yang lemah! And the most important thing! KAU SABOTAJ AKU!!! Memang silap besar lah dear, mestilah saya gunakan bakat meracun minda yang telah saya miliki sejak azali, kan.. nasib baik Miss.D dengar nasihat kami,. simpan semua bahan bukti! E-mail je yang Miss.D terdelete! hampeh!!!

Jadi malamnya kami berkampung dirumah saya untuk email maklumat selanjutnya ke SKMM, nampaknya sangat bersemangat Miss D kali ini, mungkin benar kata orang orang dulu "air yang tenang jangan disangka tak ada buaya"

** Sempat pula Miss Z berjejak kasih bila tersedar salah seorang pegawai polis tu kawan sekolahnya.. Siap bertukar tukar no lagi.. (READ SLOWLY : siap sms-sms-sms lagi malam tadi..) MIOWWW ~

Sunday, February 20, 2011

Jutawan Baru : Jom Skype !!!

Hari ini saya belajar benda baru! Skype, mungkinlah sangat jakun sebab baru belajar guna Skype ni. Tapi itu lah hakikatnya.. hakikat apa? hakikat saya jakun! Takde lah jakun sangat (cover line nampak!) Sebab Aida pun tak tahu guna! (hah!! sekarang nak libatkan orang lain!)

Lepas sessi jakun bersama Aida, saya sekodeng vlogger (rasanye ni la words untuk mereka mereka ini) kat www.youtube.com! IDnya "matluthfi90" link waktu tengok video-video dari vlogger "IniAnwarHadi" tiba-tiba Skype bagi mesej dari "Bernard *wotwi" ..Siapakah? Jeng Jeng Jeng (muzik teruja plzz..)

Baca dan baca dan baca..rupanya ini lah mesej-mesej penipuan dari orang belah belah sana nunnn..apa paper panggil? Awang Hitam?! (Derrr..ini diskriminasi utk Awang yang berkulit hitam!! Tak suka Tak suka Tak suka!!)

Tapi kalau betul macam mana? Takpe, jangan bimbang musti tak betul punya! Kalau betul???! Isk, jangan risau, mesti tak betul punya! Tak tengok Harian Metro ke? Apa mesej itu?? hah ini dia..tapi email dia tak berani nak reveal, salah ikut Akta Komunikasi dan Multimedia588 tu..jadi mari kita edit sikit nama dan email address dia!

[1:16:36 AM] bernard: Hello AdAwiA ,
                                    
I have been in search of a foreigner with this last name " AdAwiA  " that will be faithful to me, so when I saw your name I was pushed to contact you and see how best we can assist each other in this business. I am Mr. Benard Awotwi, a Banker here in GHANA. I believe it is the wish of God for me to come across you on skype now. I am having an important business discussion I wish to share with you which I believe will interest you because, it is in connection with your last name and you are going to benefit from it. I write you this proposal in good faith, believing that I can trust you with the information I am about to reveal to you. 

One Late Elias AdAwiA , a citizen of your country had a fixed deposit with my bank on 12 April 2007, for 36  calendar months, valued a US $18,500,000.00 (Eighteen Million, Five Hundred Thousand US Dollars) and the mature date for this deposit contract was this 30th of August, 2011. Sadly Mr. Elias was among the death victims in the 12 May 2008, Earthquake disaster in China that killed over 5,000 people. He was in China on a business trip and that was how he met his end. My bank management is yet to know about his death, but I knew about it because he was my friend and I am his account officer. I think it’s better you go through the website of the incident, http://news.bbc.co.uk/MONOSI2/hi/7410166.stm

Late Mr. Elias did not mention any Next of Kin/ Heir when the account was opened, and he  was not married and no children. Last week my Bank Management requested that I should give instructions on what to do about his funds, if to renew the contract. I know this will happen and that is why I have been looking for a means to handle the situation, because if my Bank Directors happens to know that he is dead and do not have any Heir, they will take the funds for their personal use, so I don't want such to happen. 

That was why when I saw your your name I was happy and I am now seeking your co-operation to present you as Next of Kin/ Heir to the account, since you have the same last name with him and my bank head quarters will release the account to you.There  is no risk involved; the transaction will be executed under a legitimate arrangement that will protect you and I from any breach of law.  It is better that we claim the money, than allowing the Bank Directors to take it, they are rich already. I am not a greedy person, so I am suggesting we share the funds equal, 50/50% to both parties, my share will assist me to start my own company which has been my dream.

Let me know your mind on this and please do treat this information as TOP SECRET and DO NOT respond to this on skype for same security reason. I have more to write you about the details once I receive your urgent response strictly through my personal Email address:
benard*wotwi@hotmail.com
 
Regards,
Bernard *wotwi

** Saja buang satu huruf kat nama dan email dia supaya kalau tiba tiba Bernard *wotwi baca blog ni dia tak tahu kita tengah cerita tentang dia. (Persoalannya : Wujudkah kebarangkalian dia baca blog ni?)

Mungkin korang rasa saya gila kalau saya kata saya email dia.. tapi saya nak cuba je, saya pun email lah dia.. Macam yang dia cerita, dia memang tengah cari orang yang nama dia AdawiA, walaupun saya bagitau saya orang Malaysia dia kata dia tak kisah, dia cuma nak orang yang nama sama sebagai waris Elias tu je.. 

Tapi dia minta RM5000, dia minta RM500 tu lebih kurang macam modal lah supaya dia boleh transfer duit dia pada saya melalui paypal! Saya pun apa lagi, terus lah bank in RM5000 kat dia, kebetulan duit tu duit yang tunang saya bagi bulan 12 tahun lepas. Dia suruh pegangkan duit untuk belanja kahwin kami nanti. Kalau bukan sebab duit tu, mesti Bernard *wotwi tak boleh nak proses duit tu untuk beri pada saya. kan..

Yes, lepas ini saya akan jadi jutawan!! Bayangkan US $18,500,000.00 tu..even bahagi dua pun still banyak sebab amount tu dalam US, kalau tak silap darab 3.6 hingga 3.8 ye? Itu lah, rezeki terpijak macam ini, siapa tahu kan.. Mesti saya boleh buat majlis kahwin yang gah, ala-ala fairy tales gitu..Oh,indahnya!!!

Hahaha, memang gila itu AdawiA kalau buat begitu! tak lah serajin itu AdawiA tu nak keluar dari bilik dan ambil telefon bimbit dan menaip semula no account kepada Bernard *wotwi mahupun bangun dan ke almari untuk ambil buku bank. Tidak Tidak Tidak! AdawiA tidak serajin itu! Kalau lah AdawiA itu serajin itu, sudah pasti AdawiA sudi untuk buat bangkit tubi! Jawapan yang betulnya mudah je,saya block dia!

Saturday, February 19, 2011

Salah Akta Rupanya : Akta Jenayah Cyber 1997



Nak sambung mengumpat fasal Miss.D, dalam entry lepas saya dah share fasal Miss.D terhantar email yang sepatutnya dia nak forward pada saya kepada MCMC kan.. sehari selepas tu (which is kelmarin) MCMC dah balas email dia..

Sambil menyibuk boleh lah kita belajar something, kan.. tapi yang salahnya akta yang saya daan Miss.Z search tu cam salah sikit, rupanya kes tu under Akta Jenayah Cyber 1997  . So, kalau ada dapat SMS yang rasa diri terancam kita sepatutnya tahu ada akta yang lindungi kita, dan mungkin kita (atau saya seorang je ) tak tahu kalau SMS tu menyakitkan hati atau rasa terganggu pun still ada akta yang lindungi kita!


----- Original Message -----
From Aduan SKMM <aduanskmm@cmc.gov.my>
Date Wed, 16 Feb 2011 10:05:37 +0000
To " **Miss.D** @bluehyppo.com" <**Miss.D**@bluehyppo.com>
Subject aduanskmm@cmc.gov.my

 
Tuan/Puan,

Terima kasih di atas aduan/maklumbalas anda kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Berhubung permasalahan hacking, ia dibawah Akta Jenayah Cyber 1997 iaitu dibawah bidang kuasa pihak Polis. Tuan/Puan boleh membuat laporan kepada pihak Polis berhubung perkara tersebut.

Untuk makluman, adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98) sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

Oleh yang demikian, sekiranya tuan/puan menerima apa-apa kandungan komunikasi yang mempunyai elemen-elemen tersebut di atas, tuan/puan bolehlah mengemukakan aduan kepada pihak SKMM dengan menyertakan butir-butir berikut untuk diambil tindakan:


1.    Penjelasan terperinci berkenaan aduan yang dikemukakan dan bukti yang menunjukkan berlakunya sebaran tersebut mengunakan saluran apa bagi menyokong dakwaan pihak puan.
2.    Maklumat lengkap diri pengadu (Nama Penuh, IC No. Alamat Kediaman, Nombor telefon yang boleh dihubungi.
3.    Sebaran Menggunakan Emel
-      Emel asal yang diterima atau disebarkan
-      Internet header bagi emel tersebut
4.    Sebaran menggunakan laman web/internet
-       maklumat yang diperlukan adalah URL/ Link bagi kandungan/artikel/komen/petikan yang dimaksudkan
-       Cekupan skrin URL/Link yang dimaksudkan
5.    Bagi gangguan menerusi talian mobile
- Salinan SMS/MMS /Rekod kandungan percakapan atau video/ Rekod kekerapan panggilan yang diterima beserta masa dan tarikh yang diterima beserta masa dan tarikh
-      Nombor telefon yang membuat gangguan
-      Nombor telefon yang menerima gangguan
-      (Bagi panggilan daripada “Private No/ Withheld” rekod masa panggilan berserta tarikh adalah diperlukan)
6.    Sesalinan laporan polis untuk sokongan.
*Pengadu adalah dinasihatkan untuk menyimpan bukti tersebut sepanjang tempoh siasatan dijalankan dan bersetuju menyerahkan telefon berserta simkad sebagai bahan bukit dari pihak pengadu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan*

Diharap tuan/puan dapat memaklumkan maklumat yang diperlukan kepada pihak kami dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh emel ini dihantar. Sila hubungi kami sekiranya tuan/puan memerlukan sebarang bantuan berhubung perkara ini melalui emel atau ditalian aduan 1800 888 030 (Isnin-Jumaat 8.30am - 5.30pm)


Sekian terima kasih. 
Yang benar,

Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor


Thursday, February 17, 2011

Email to MCMC : Miss D Berjaya Dihasut !!!

Base on previous entry, punyalah nak menyibuk, tak fasal-fasal saya jadi PA, draf email untuk Miss.D, yang lawaknya lepas Miss.D baca draf tu , Miss.D nak forward kat saya tapi tersalah forward and terus hantar ke MCMC

Tiba tiba Miss.D datang pada saya, terkejut "Kenapa akak yang hantar email tapi MCMC auto-reply pada email saya?" refer pada email auto-reply bagitau email Miss.D dah diterima. 

"Hah? Email? akak tak hantar email pun!email awak pun akak tak dapat lagi"

"Eh, macam mana pula ada email ni?" Miss D tunjuk email yang diterima.

"Awak salah hantar kot!"

"Cakap betul-betul kak, malu saya kat diorang!(refer pada MCMC) Dahla ada email forward kita" Miss.D dah yakin dia bersalah!

'Email forward kita'?? Haha, kali ni saya pula yang malu ; -

From: **Miss.D** @bluehyppo.com [**Miss.D**@bluehyppo.com]
Sent: Wednesday, February 16, 2011 3:26 PM
To: Aduan SKMM
Subject: Fwd: aduanskmm@cmc.gov.my
I encounter several issues regards security & telecommunication. Just need some advice from your side to clarify this issues.

They was a person who keep threaten me using my mobile phone, she keep called and smses me using a very nuddy /rude/impolite words, she also getting all my private personal data such as ic number, my address, my school, university and all such info.

Lately, she become really annoying, and keep on comment without a proper words about my personal photo via my social network account. 

By last week , my social network account (facebook) has been hacked, i had report to facebook's admin but until now there was no action taken and at the same time my facebook still active with unauthorised owner, since i couldn't go thru the page using my own password. It seem like that account is currently used and managed by the person that i suspect. She also did a same thing to my friend account that very closed to me. It also impact my friend and my email address which is link to our facebook account.

Refer to my knowledge regarding this issues, i found several thing related with this issues ;-
LAWS OF MALAYSIA Act 588
COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA ACT 1998
211. (1) No content applications service provider, or other person
using a content applications service, shall provide content which
is indecent, obscene, false, menacing, or offensive in character
with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person.
233. (1) A person who—
(a) by means of any network facilities or network service or
applications service knowingly—
(i) makes, creates or solicits; and
(ii) initiates the transmission of,
any comment, request, suggestion or other communication
which is obscene, indecent, false, menacing or offensive
in character with intent to annoy, abuse, threaten or
harass another person; or
(b) initiates a communication using any applications service,
whether continuously, repeatedly or otherwise, during
which communication may or may not ensue, with or
without disclosing his identity and with intent to annoy,
abuse, threaten or harass any person at any number or
electronic address,commits an offence.
234. (1) A person who, without lawful authority under this Act
or any other written law—
(a) intercepts,  attempts to intercept,  or procures any
other person to intercept or attempt to intercept, any
communications;
(b) discloses, or attempts to disclose, to any other person the
contents of any communications, knowing or having reason
to believe that the information was obtained through the
interception of any communications in contravention of
this section; or
(c) uses, or attempts to use, the contents of any communications,
knowing or  having reason to bel ieve that  the information was obtained through the interception of
any communications in contravention of this section,commits an offence.
I doesnt meant to take any law action to this person for the time being, i just want to know my right and advice from your side regarding this issues.

May i compile an act which is related to this issues and forward to her? Is it considered im threaten her? Can i been charged if i do the same thing as she did to me before? 


Your feedback is really appreciated. Thank You.
 


Best Regards,

**Miss D**

Tuesday, February 15, 2011

Facebook Shutting Down?

Facebook shuting down by april 2011?? Tak payah tunggu april! malam tadi, buka je facebook dah tak boleh masuk! Walaupun isu Facebook shuting down tu rumous tapi yang ni betul betul punya!! FB asyik minta password, after 3rd times key in password facebook tanya nak reset password ke tak? Bila agreed utk reset password saya buka facebook untuk tengok password kat yahoo mail. sangat sakit hati bila yahoo pop up bgtau 'someone' dah try password tuh utk several time and untuk security purpose yahoo auto lock!! Memang sakit hati! sah sah la ada org yg sabotaj kan.. Yang lebih menyakitkan hati kawan saya, Ms.D dah kena benda yang sama a week before! cukup tuuuuttt (ayat lembut utk mencarut! ) Siapa? Sure lah saya tau siapa pompuan tuh!

Jom ikuti rentetan kisahnya, awal 2011 (rasanya), dia ada mengadu sedih sebab suami dia ada isu dengan Miss.D, ayat kasar yang boleh hadiahkan pada dia >>ADA AKU KISAH?<< tapi mestilah saya tak sezalim itu, saya tetap bagi dia nasihat without reveal any info about Miss.D dan Mr.T, baik ke saya sbb tak reveal any info walaupun saya tau kisah diorg since Miss D bagitau "Saya rasa Mr.T tu dah gila lah Kak Ada!" Jahat ke saya tak bantu Mrs.Honey tu (refer pada Puan Madu = Madu kepada Miss.D) tentang hal hal penting yang sepatutnya diorang tau? Apa yang saya buat adalah tindakan mendiamkan diri. Salah ke? Bila saya kawan dengan Miss.D dan Mrs.Honey datang kononnya sebagai kawan dan mengadu nasib kenapa saya perlu betray kawan saya untuk kawan yang baru kenal beberapa jam? Lagipun jujur ke apa yang dia buat tu? betul ke dia jujur nak kawan dengan saya atau hanya nak korek rahsia suaminya yang curang? Jadi saya cuma jadi pihak berkecuali yang bagi ayat ayat semangat (semangat ke?) sebagai seorang kawan! "Sabarlah" "Kalau awak masih sayangkan rumah tangga awak, usahalah untuk kekalkan!" "Awak kena kuat" Dalam diam saya selit selit juga hint untuk dia tau suami dia masih suci! (suci??!) "Jangan risau, diorang ok" "Kenapa cakap macam tu? diorang tak pernah buat apa apa" "Tak, diorang tak pernah keluar berdua"

Tapi dah adat orang yang tak puas hati, lepas tau suami dia still tak nak putuskan hubungan, mungkin emosi tak tenteram, dia mengamuk memaki Miss D kat wall FB dia. Tapi fikir fikir balik manusia ni cuma nak dengar apa yang dia nak dengar, bila dia anggap Miss D jahat, dia cuma nak dengar yang buruk dan jahat je tentang Miss D. Mungkin sebab tu dia tak nampak hint yang saya bagi.
** Sayang, Miss.D memang nak jauhkan diri tapi suami u tu yang kononnya tak boleh nak tinggalkan Miss.D. Takkan lah saya nak bagi ayat tu kan.. Kang tak pasal Mr.T tidur luar!

Cerita panas mereka dipenuhi dengan makian, sms ugutan, datang menyalak dengan rumah Miss.D, makian, makian dan makian lagi..Pendek kata kalau nak hantar  Mrs.Honey  ni join forum Maling VS Indonsial memang layaklah! Kami yang baca ni pun mengucap panjang, tak tahu la apa yang Miss D rasa. Selang beberapa bulan kami dipanaskan dengan sms biadab si Mrs.Honey, dia menghantar sms berbaur mencabar kesabaran kami, "..pergilah mengadu la kat kakak kakak yang suka pergi BEACH tuh"

** Refer pada post wall FB Kak.F yang guna ayat Lets Go To The Beach! (psl kami buat outing pergi melaka!)

Apa kes?!! nampak sangatlah dia stalker wall kami kan.. menurut Miss D dia memang create at least 2 fake ID untuk mengikuti perkembangan kami-kami yang hot ni! (hot ke?) Hari tu sibuk sangat nak block, apahal punya nak ambil tau? haiiissh.. patut lah hari tu ada ID yang mutual friend agak meragukan..tapi masalahnya tak kan lah nak halang kawan kawan yang tak de kaitan untuk remove ID tu..pelik pula nanti kan!

** Tak paham kenapa orang nak approved request yang meragukan? Motif? Saja nak kumpul kawan dan bangga Friendlist banyak? Still nak tanya **Motif?**

Nak sangat tau tentang kakak kakak yang suka bergi BEACH ye? meh nak bagitau! Makanya, saya pun meroyan laksana artis gila glamour ~ Saya pun post ayat sedap kat FB dan tagged kawan-kawan yang add dia di FB , meh baca dengan gembira. Dah start merepek sure lah kawan kawan yang nak pergi BEACH meraikan majlis,kan.. tak sampai sejam Mr.T mesej Miss D bagitau Mrs.Honey sedang hot and spicy kat rumah, Mr. T kata,Mrs.Honey kata ada orang sakitkan hati dia. Hah, baru sikit tu Mrs.Honey oooii!! banyak lagi sebenarnya idea idea jahat saya sebenarnya! Kalo ikutkan hati sedap lagi boleh dimaki, takat mencarut tu, pelbagai ayat ayat hina ada dalam kamus tapi sebab fikir saya ni cuma pelakon tambahan dalam ini film jadinya malaslah nak over shadow. Suka suka je mention "kakak-kakak" awak refer pada sapa? dan bila awak type BEACH dlm capital letter, awak sebenarnya bertujuan nak mencarutkan kami,kan!! Ingat BEACH tu dah habis mencarut? Sayang, banyak lagi words yanng lebih menarik i boleh bagi pada u! tapi psl fikir Prinsip Rukun Negara "Kesopanan dan Kesusilaan" malas lah nak merendahkan martabat sendiri,kan..


COPY & PASTE AYAT DIATAS : ** Cerita panas mereka dipenuhi dengan makian, sms ugutan, datang menyalak dengan rumah Miss.D, makian, makian, makian.. ** (berikutan perkara yang sama kerap berlaku berulang ulang) isu panas ini diikuti dengan Miss.H post kat wall dia kisah Lagenda Budak Setan The Series malam sebelumnya di Astro, Miss.H post tentang "Kenapa selalu nak fikir tentang nasib orang pertama? Bagaimana pula dengan hati orang ketiga?" Lupa ayat sebenar tapi lebih kurang gitu la ayatnya! dalam komen Miss Huda terang terang sebut tentang drama semalam (READ : Lagenda Budak Setan The Series) saya komen dengan jujur tanpa fikir isu antara Dia, Miss D dan Mr.T

** Derrr, u fikir i takde keje lain ke selain nak fikir tentang u?

Komen saya adalah apa yang saya rasa, tak fikir pun tentang apa apa dan sapa sapa "Bila Allah izinkan sesuatu terjadi mesti ada kebaikan yang boleh kita gain dr kejadian tu, apa kata kita bermuhasabah diri" (ULANG: Lupa ayat sebenar tapi lebih kurang gitu la ayatnya! )panjang lagi sebenarnya tp sbb FB dah kena sabotaj lupa dah ayat sebenar. tak sampai beberapa minit  Miss.H terima SMS, Miss.H tunjuk kat saya. (Perempuan, ayat kamu sangat busuk!) Leh pula dia bagi statement ;-
"Pesan kat kawan awak yang baru bertunang tu, nanti dia dapat suami cam tu"  (Lupa ayat sebenar tapi lebih kurang gitu la ayatnya! )

Apahal perempuan? (Ayat kau memang point kat ako!) Penah saya doakan yang buruk tentang orang esspecially kat awak? Bila kita ditimpa bala, bila kita rasa pahit pengalaman , bila kita diuji bukan ke kita patut bermuhasabah diri? Fikir cara nak menyelesaikan dengan bertenang, kenapa nak menyumpah orang lain rasa apa yang kita rasa? Pernah saya padankan muka awak dengan apa yang awak alami? Jawapannya TIDAK! Apa salah saya? Salah saya sebab tak tumpang sekaki time dia mengutuk Miss D! Hilang akal?!

Didorong perasaan sakit hati, saya buka FB En.Tunang (sebab FB saya sudah diblock olehnya) saya berfikir untuk email dia.dah copy email address dia, saya ambil jalan mudah dengan mesej je dia di FB, saya tanya cakap tentang "kawan awak yang baru bertunang tu" tu.
- saya bagitau saya tau ayat tu ditujukan kepada saya.
- dia balas dengan minta maaf kalo terasa
- saya bgtau saya tak marah sebab saya paham apa yang dia rasa tapi saya tak nak dia libatkan saya dalam kisah diorang
- dia reply jangan percaya sangat Miss D tu, tak semestinya kawan dengan Miss D saya kenal Miss D luar dalam
- saya reply dengan saya tak penah kata saya kenal Miss D luar dalam dan saya tak pernah berniat nak kenal Miss D luar dalam, bila saya kawan dengan seseorang saya terima dia seadanya dia. tak kisah dia siapa dan apa kisah hidup dia.
- Tiba tiba Mrs.Honey sentap! (Mungkin sebab ayat saya agak menyokong Miss D)
- dia reply dengan bagitau dia tak nak percaya sesiapa dan pengalaman mengajar dia untuk tak percaya sapa sapa! (Saiko!!!) siapa suruh percaya siapa? tak paham!
- Saya reply lagi suka hati tapi saya tak nak dia kaitkan saya dalam hal diorg.
- Dengan ayat yang sangat ego (lupa ayat sebenar) dia reply dengan dia tak sebut nama saya dan berakhir dengan sarang tebuan jangan dijolok!

** Der, Kalau u xnak kaitkan i knapa u minta maaf at the beginning? kalau i nak reply memang i ada byk koleksi ayat ayat cacian! tapi time tu i pk u gila! malas nak layan dan bebankan otak u dengan problem picisan gini dan yang paling penting the way u acted so childish!!

Minggu minggu berikutnya dipanaskan dengan account Miss D deactive sebab password isu - Miss D create account baru - create lagi - dan lagi??!! Hahaha.. Miss D yang berhati tulus je yang fikir virus.

** Sayang, from day 1st akak dah tau tu kerja Mrs.Honey tu la derrr.. 

Kes tu berikutan dengan suatu petang yang indah, password saya salah? hurm, try lagi! salah? try lagi! salah?? FB cadangkan reset password, bila buka yahoo mail, yahoo mail pun dah di'security-lock'sebab dah try several time. Hah, pandai sangat lah virus tu nak serang laptop saya. Dah tu account saya je! Saya buka account dia, account yang dulunya memang dah set security tapi email dia publish skrg dah bertukar dengan email pun dah hide - Apakah? mestilah dia takutkan!

** Sayang, orang jahat je yang ada pengalaman pencuri dan dicuri je yang nak sorok selipar dia time nak masuk masjid! Opsss, dan yang pakai selipar crocs original! So, u kat mana? yang pakai kasut crocs original (READ : TULEN ) ke? atau yang pernah dicuri??! maaf, i tak percaya sbb i yakin u yang mencuri!!

** Meh kita selongkar ini :- 

( AktA 588) Akta Komunikasi & Multimedia 1998

Larangan terhadap pemberian kandungan jelik

211. (1) Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau
orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan,
boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu,
mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau,
mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.
(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda
selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian
daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan

>>>> nak repeat balik "..mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau,
mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang." <<<<<

** Refer pada SMS yang masih Miss D simpan, boleh cadangkan dia untuk menjadi kaya ni :-

Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau
perkhidmatan rangkaian, dll.
233. (1)  Seseorang yang—
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian
atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi
secara sedar—
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran,
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi
lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau
jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,
menganiayai, mengugut atau mengganggu orang
lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan
mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara
berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa
itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku,
dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan
niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau
mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor
atau alamat elektronik,
melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh
didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan
itu diteruskan selepas pensabitan

>>>>>>Sayang, i nak repeat ni : "..disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya"

dan ini "..dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan
niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau
mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor
atau alamat elektronik,
melakukan suatu kesalahan." <<<<<<<

Pemintasan dan pendedahan komunikasi dilarang
234. (1) Seseorang yang tanpa kebenaran yang sah di bawah Akta
ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain—
(a) memintas, cuba untuk memintas, atau mendapatkan manamana orang lain supaya memintas, atau cuba untuk
memintas, apa-apa komunikasi;
(b) mendedah, atau cuba untukmendedahkan, kepadamana-mana
orang lain kandungan apa-apa komunikasi, sedangkan dia
mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai
bahawa maklumat itu telah diperoleh melalui pemintasan
mana-mana komunikasi dengan melanggar seksyen ini;
atau
(c) menggunakan, atau cuba untuk menggunakan, kandungan
apa-apa komunikasi, sedangkan dia mengetahui atau
mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat
itu telah diperoleh melalui pemintasan apa-apa komunikasi
dengan melanggar seksyen ini,
melakukan suatu kesalahan.
(2)  Seseorang yang dibenarkan di bawah Akta ini yang dengan
sengaja mendedahkan, atau cuba untuk mendedahkan, kepada
mana-mana orang lain kandungan apa-apa komunikasi, yang
dipintas dengan cara yang dibenarkan oleh Akta ini—
(a) sedangkan dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk
mempercayai bahawa maklumat itu telah diperoleh
melalui pemintasan komunikasi itu berkaitan dengan
suatu penyiasatan jenayah;

>>>>>>Sayang, i nak bagitau u, maksud memintas dalam english adalah HACK dan pemintasan goes to HACKERS kot.. yeke? mana cikgu bahasa inggeris ni? Help Me!!

Nak ulang part ni :-  "..memintas, cuba untuk memintas, atau mendapatkan manamana orang lain supaya memintas, atau cuba untuk
memintas, apa-apa komunikasi;"<<<<<<<

Moralnya, jangan fikir negara kita tak ada undang undang, kalau apa yang u buat kat i, i boleh pandang sebelah mata tapi i dah mula berfikir untuk hasut Miss D buat report tentang isu ni dan juga isu u ugut ugut dia. Apakata?

Tuesday, February 8, 2011

Melly Goeslow - Haramkah (Official Video Clip)



Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

Sunday, February 6, 2011

Jika Aku Jatuh Hati




Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...
Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...
Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu...
Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...
Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
Amin ya rabbal alamin...

Thursday, February 3, 2011

Batu Lesung?

Penat menunggu pantry kosong, baru tadi beli lemon, semangat nk diet mengajak saya mengamalkn minuman yg sihat.. bygkn bila dh berjinak jinak dgn minuman yg sihat, lps nih nleh try makanan plak...jd saya sekodeng blog pink (i loooiikee pink!!) saya jumpa http://www.batulesung.blogspot.com/ dlm post yg terawal (pd waktu ni) saya jumpa post DI MANA PENGHUNINYA?
 
Maaf kalo sy salah, baca entry dia  teringat kt mak sy plak.. hidup2 je sy dh tau tentang kisah abah dah ada 'perempuan' itu. mak ok jer.. tp 'perempuan' tuh agak saiko.. slalu dtg serang rumah dan claim mak sorok 'laki dia' dan mak pun slalu kena pukul dgn 'perempuan' tuh dgn alasan yg sama.. jgn xcaya kalo seperasan sy dan adik bradik, mak xpenah balas serangan 'perempuan itu' paling2 pun mak pertahankn diri. kakak sy kata sbb mak xnk kita tgk mak pukul org, tp sy lbh percaya mak seorg perempuan yg sempurna. sempurna sbg ibu, isteri dan hamba Allah. taknak cederakn org tanpa motif. walaupun diri dia dicederakan..
 
Bila dah sekolah ni kami adik bradik tak de pun simpan dendam kt 'perempuan' tuh, sume adik bradik cam mmg admitt kitorg ada 'mak lain', mak pun relax je bila bah kata "abang pi rumah nah sat na" (Nah tuh singkatan nama dia, Hasnah).. mungkin ini yg mak terapkn dlm diri kami. supaya jgn membenci org sesuka hati..teringat dolu,kakak pernah gelarkn dia 'sund*l' , habis sume kena ceramah.tp mmg itu gelaran yg kami panggil smpi skrg tp tanpa pengetahuan mak la..
 
Lps mak meninggal dunia, kami pujuk abah bawa 'mak baru' tuh duk umah,itu disebabkan abah cam dh ada simpthom2 short term memory lost, suka lupa letak brg kat mana lupa berita pa yg dia tgk tadi.. mula2 abah xsetuju sbb malu kat jiran, lps sethn abah bawa dia blk. at the begining dah ada dah isu yg sy tak puas hati, dia suka mengutuk org, jiran sblh rumah dia la, org kat tmpt kerja dia la, cm hidup dia dikelilingi org yg jahat..negative minded btol!!!
 
Makin hr makin byk benda buruk dia yg kami adik bradik jumpa, sifat busuk hati dia mmg terserlah, slalu kuarkn statement rekaan yg kami anggap btujuan nk bg kami adik bradik pecah belah..kmudian sorg2 xbertegur dgn dia dan akhirnye mungkin abah sedar dan abah hantar dia blk umah dia.
 
Tak paham apa yg laki (mungkin lelaki cm ayah sy) berfikir waktu cr pmpuan yg jauh panggang dr api dgn arwah mak, kata adik no-4 "perasan tak, kita xpenah tgk mak mandi pg, kn.." aah, kami semua setuju,kami xpenah tgk mak mandi pg, sbb mak mandi seawal pg, mak mandi seawal jam.. jam berapa ntah..dan masak breakfast kemudian dh siap bertelekung sblm azan subuh..beza sgt dgn 'mak baru' yg bgn slps jam 11..sungguh nih, kami yg tido lps solat subuh dan bgn smula pun xpenah bgn slps dia bgn..kagum?! nk compare apa lg? solat? mskan mak? cara adab mak? kesopanan dn kesusilaan? kang dpt dosa hina makhluk Allah plak..
 
So, utk laki2 kt luar sana, jgn ingat sdp je, pk blk nilai2 murni yg wujud kalo nk cr lain pun.. yg muda xslalunye muda, yg cntik xslalunye indah..lain lah kalo kita bleh kenyang dgn mkn muka dia yg cantik.Wallahualam...