Hujung minggu bersama Wan,
Huh,tiap minggu je memang dengan Wan.
Tapi hujung minggu di PJ bersama Wan.
Itu jarang!
Buang masa bersama-sama tengok Dua Dunia Mitos ( Cerita Indonesia ) yang mengungkap kejadian mitos setempat.
Ayat sangat skema :p
Ada 1 kes ni, Crew Dua Dunia Mitos pergi ke tanah perkuburan Nike Ardila, seorang artis yang dah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.
Tanah perkuburan ni dilengkapi dengan rumah tumpangan, surau dan tugu. Malangnya semua itu berbengkalai. Kawasan sekitar menjadi semak dan terbiar.
Menurut Crew Dua Dunia Mitos ni, masyarakat setempat sering menemui Nike Ardila berkeliaran di kawasan tanah perkuburannya, kelihatan juga perempuan berambut pandang dan bertangan besar.
Dalam siri Dua Dunia Mitos ni, seorang pengamal paranormal ni memanggil jin yang ada sekitar kawasan masuk ke badan manusia ini (sukarelawan agaknya)
Mulalah mereka berbual, jin yang namanya Neng 'apa ntah' ni, dia kata dia kuntilanak, dia sengaja berupa jadi Nike Ardila sebab sengaja nak menakutkan masyarakat setempat.
Yang tak boleh blah tu, bila wartawan tu memastikan "maka Neng ni bukan Nike Ardila ya?" Jawab Neng tu "Bukan! Bila manusia mati, rohnya dikunci Yang Maha Kuasa, mana mungkin bisa keluar merayau-rayau" Menipu la kalau saya hafal ayatnya sebiji-sebiji, kan.. Tapi lebih kurang begitu la maksudnya.
Moralnya, memalukan kan bila jin yang bernama Neng tu jawab gitu.
P/s : Tak boleh nak tampal link Dua Dunia Mitos tu sebab saya di office kala ini.
No comments:
Post a Comment