Friday, March 2, 2012

Part Time Worker

Serta merta lepas Wan bagitau dia ada OT hujung minggu ni, otak saya dah fikir perbuatan-perbuatan yang layak diisi untuk memenuhi aktiviti dihujung minggu.


Jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa ke..
Merayap sorang-sorang ke..
Tengok Adnan Sempit II yang diorang kata best ke..

Tengah harinya Wan telefon, bagitau Kak Nisa, catering kenduri kami hari tu minta tolong bantu dia hujung minggu ni.

Haha, mampu ke saya?

Orang kata, clumsy people cam saya ni tak boleh buat kerja dapur. Yesza, tu la alasan menarik selama ni, tapi kali ni cam excited pula. Tak pernah saya buat kerja-kerja macam ni, part time kat catering.

Minta-minta lah tak de drama yang jadi weekend ni..



Masa belajar dulu adik saya selalu je join kawan-kawan dia pergi buat part time ni.

Saya bagitau Wan, saya tak pernah buat tapi kalau nak saya tolong, saya ok jer.

Wan kata "Tak pe lah, dari duduk rumah tunggu abang balik, baik  ayang pergi, nanti boleh abang intai-intai"

Haha, sweetnya.

Kalau masa bercinta dulu sure lagi indah, tengah-tengah buat kerja buah hati datang intai. Miooooww~

No comments: