Thursday, March 22, 2012

Indonesia: KL setuju satu tugas, gaji RM700 - Nasional - Sinar Harian

Sila baca ini ;Indonesia: KL setuju satu tugas, gaji RM700 - Nasional - Sinar Harian tak tahu lah betul ke tak apa yang wartawan ni tulis, tapi kalau betul berlagak sangat statement Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia, Suryana Sastradiredja ni. Kerja dekat kedutaan sepatutnya mendamaikan kedua negara, bukan bagi statement yang lagi tambahkan api pada bara yang menyala.

Kalau betul MOU sudah ditandatangani, memang ...lah siapa yang tandatangai MOU tu, 1 kerja RM700, kena buat pilihan antara pembantu rumah, pengasuh, penjaga orang tua dan memasak. So, kalau kita perlukan pembantu rumah, anak-anak kita kita kena hantar pergi taska, RM700 + RM350 = RM950, kalau taknak hantar anak pergi taska, tinggalkan anak dekat rumah dengan kos RM1400. Biarkan anak kita kebulur tak makan, fasal kalau diorang makan kena bayar lagi RM2100.Sementara ada mereka kat rumah, jangan bagi orang tua datang rumah kita, sebab nanti kena up lagi RM700. 

Okey, jangan mengada-ngada nak jadi mem besar, bayangkan kita masak siap-siap malam tu dan kemas rumah juga, kita hire bibik ni untuk jaga anak dan orang tua kita. Dengan kos RM1400 tu, bayangkan apa yang berlaku ;


  • Jam 6.30-7.30 kita (atau bibik) siapkan anak dan hantar ke sekolah kebangsaan. Bibik tu siapkan orang tua kita, mandikan, suapkan makanan, bagi makan ubat.. (orang tua ni suka tidur, kul 10-12 tu diorang tidur. Apa yang bibik buat waktu tu?)
  • Jam 1.30++ anak kita balik, bibik siapkan dan anak ke sekolah Fardu Ain, bibik suap lagi orang tua kita makan.
  • Jam 5-6, anak balik sekolah agama dan bibik mandikan. siapkan anak dan orang tua dan bagi makan.
  • Jam 6-7, kita balik kerja, masak untuk makan malam, sambil2 kemas rumah, basuh baju. Bibik? Lepak dalam bilik? Tengok sinetron guna TV Flat screen HD sambil makan tempe goreng??
Yes, sangat gembira! Kita dapat duit tolak KWSP, SOCSO, tax lagi, lepas tu kena bayar rumah,makan,segala bagai. Diorang? tampon pun majikan belikan.

Kita ni berlembut sangat dengan diorang, diorang kutuk kita berbakul-bakul. Berlagak nak bekukan pekerja mereka, tak payah ambil, tengok berapa ramai lagi yang duk tepi jalan minta sedekah.

Rujuk perenggan terakhir Sinar Harian ; 

"Mereka pastinya akan memilih untuk bekerja di negara lain seperti Hong Kong, Singapura ataupun Arab Saudi yang menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi berbanding di sini," katanya lagi. 

Pergilah! Bawa semua-semua kerabat kamu yang menganggur kat Malaysia ni, ayat tak nak kalah! Menurut seorang cleaner berbangsa Indonesia yang saya temui, mereka taknak ke Hong Kong, Singapura atau Arab sebab mereka lebih zalim. Menurutnya lagi, mereka hanya hantar orang yang pandai je ke negara-negara tersebut, yang bodoh-bodoh dihantar ke Malaysia. Jadi apa kejadahnya kita nak bayar harga yang hampir dengan gaji majikan untuk pekerja yang lemah IQ?

1 comment:

Unknown said...

suka statement awak, tp kenapa RM700 + RM350 = RM950 konpius kejap kat situ :O