Sambungan kisah Part Time hari tu,
hari pertama saya sampai ke Layar Cafe tu lebih kurang jam 8:30 pagi,
sangat kekok,
walaupun saya biasa masak kat rumah, berbeza dengan menguruskan makanan dalam jumlah yang banyak.
bungkus-bungkus lauk je sebenarnya,
Pack-pack nasi, sambil-sambil belajar dialek Indonesia, tapi bukan dialek macam dalam TV tu, ni dialek lain,
ala-ala Sabah Sarawak pun ada kot.
Kul 3 saya dah penat gila.
Berbeza sangat kerja ala-ala kilang ni dengan kerja kat office,
Kul4:20 saya baru nak terkedek-kedek cari surau.
Leganya dapat duduk.
Kul5 Wan habis kerja dan sampai.
Balik!!!
Balik tu Wan ajak pergi pasar malam,
Belanja sampai nak tambah sehelai baju amount RM35 pun dah takde,
Wan tinggal RM0 (kononnnnn!)
Saya tinggal RM2 (sungguh!)
Tapi hati saya kuat mengatakan Wan kata dia dah takde duit sebab dia tak suka baju tu.
Esoknya pun kegiatan yang sama berlaku,
tapi second day ni dah berani jalan dalam bangunan tu dah,
dah berani duk kaunter jadi cashier juga.
Part paling menarik ,
bila petang tu Kak Niza the Owner salam penuh erti,
Balik kul 4 lebih, sangat indah!
Dalam kereta saya kira.
Wah, RM100 untuk 2hari,
makan minum dia tanggung,
siap bagi kami duduk apartment dia lagi,
dah lah apartment tu fully furnished,
duduk free pula tu!
Wah,
I Love You Layar Cafe!
Sudahnya, hari isnin tu saya tidur waktu sehat, tersengguk-sengguk lagi.
Sangat seksa!
Jari-jari sakit - Yes, we call it as mengada-ngada!
No comments:
Post a Comment