Thursday, March 15, 2012

Milik DIA, Sang Maha Pencipta.

"Betul ka hang nak nikah dengan dia?" Tanya arwah mak

"Dah kawan dengan dia, nak nikah dengan sapa lagi?"
Semudah itu caturan saya tentang hidup, 
Kawan dengan seorang lelaki dan saya sangka saya pasti akan nikah dengan dia,
Lepas nikah saya teruskan rutin sebagai isteri.

Hingga satu malam kawan sms bertanya "Dah ada ke?"
Dan lagi..
Dan tanya lagi..
Dan lagi..

Saya beli pregnancy test, 
dan beli lagi ..
dan beli lagi ..
dan lagi .. 

Hampa, 
hampa lagi..
dan kekal hampa.

Hingga hari ini,
sudah 75 hari kami nikah, tapi kekal hampa.
sudah 4 kali saya periksa, tapi tiada makna.

Not Pregnant - Milik Google


Hari ini 15 Mac 2012
Walaupun baru 75 hari, 
Harapan saya setinggi gunung,
Impian saya seluat lautan.

Tiba-tiba saya tersedar,
Mungkin Allah permudahkan jalan saya dalam perkahwinan,
Berkahwin dengan satu-satunya lelaki yang saya kenal, karib dan cinta.
Mungkin jalan untuk memiliki anak agak jauh, supaya saya yang terlupa ini sedar bahawa rezeki itu milik DIA,
Sang Maha Pencipta.

No comments: