Thursday, February 7, 2013

Matilah Kau


 
Haza memandang kosong,
Memandang Mahali yang bergegas salin pakaian.
"Mana tshirt abang color..."
Haza memandang kosong, tanpa niat membantu.
Mahali diam lepas sedar tiada bantuan.
Tarik baju hijau dari almari dan sarungkan ke badan sasanya.
Sembur perfume yang beratur diatas almari dan keluar.
Haza menenung kosong, tarik kain pelekat yang asalnya milik Mahali menutup muka.
Berharap dia akan tidur.
Berhenti berfikir segala-gala ketidakpuasan hati.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Kecoh Haniah cemas menyambut salam Mahali
"Tak tahu mama, saya balik dia tidur, sampai pagi tadi dia tak bangun, saya bersiap nak pergi kerja, dia tak bangun lagi. Lepas tengok sepapan bekas panadol baru saya sedar"
"Sepapan dia telan?" Ahmad menjegil mata, bagaikan tak percaya tindakan yang anak perempuannya lakukan.
"Kamu bergaduh ke?" Tanya Haniah
Mahali terkejut dengan soalan itu, geleng kepala pantas.

"Abang beli tak?" Tanya Haza tak sabar rasanya bila melihat kelibat Mahali masuk.
Sejak keluar dari hospital Haza kurang selera, tambah pula luka ditekaknya kesan tiub bantuan pernafasan tempoh hari.
"Oh, abang lupa!" Mahali baru teringat Haza memesan buah epal.
"Saya tak makan apa lagi, tunggu abang, ingat nak makan epal"
Mahali memeluk Haza "Esok abang beli ya, abang penat sangat hari ni, nak tidur awal"
Haza melepaskan nafas, tenang dalam pelukan.
Mahali melerikan pelukan, mengambil telefon yang menjerit.
"Hello..Bila?...Kat mana?.." Mahali mencapai jam tangan
"10 minit lagi aku sampai"
Haza menarik kain pelekat, menutup muka.
"Haza, abang keluar kejap, teman Lan beli nasi air kat Kampung Bharu, bini dia demam, tak lalu makan"
Haza menahan nafas dibalik kin pelekat.

Mahali menampar almari.
Membuatkan Haza tunduk takut. Terkejut!
"Apa lagi yang tak kena?"
"Apa lagi yang tak cukup?"
"Takde angin, takde ribut- Merajuk!"
"Tak nak cakap sudah! Tak cakap langsung pun bagus"
Mahali mencapai kunci kereta dan dompet.
Keluar.

"Haza pun cantik juga" Jue memandang Haza sambil tersenyum manis
Haza mambalas senyuman Jue, memandang Mahali
"Huh, cantik apa? Make up je lebih" Balas Mahali ketawa sambil tangan merangkul Haza dalam pelukan.
"Aku pun cantik make up juga. Make up dengan perempuan sama macam laki dengan rokok lah!"
Kata-kata Jue disambut dengan ketawa kawan-kawan.
Haza senyum, walaupun tak rasa nak senyum.
Memilih untuk tak ketawa kerana tiada tawa yang mampu dihadiahkan.

"Kenapa balik?"
Haza menoleh, Mahali duduk kemas diatas sofa
"Sebab esok hari isnin? Sebab nak kerja?"
Haza diam, berjalan menuju bilik.
"Lepas ni, kalau nak keluar tak payah balik, keluar terus" Suara Mahali jelas dari luar.
Haza keluar, berjalan ke dapur.
Dari sisi mata Haza nampak Mahali menuju pintu.

Keluar!
Diikuti bunyi dentuman pintu.
Haza duduk bersila didepan peti ais.
Hampa!
Bukan ini yang dia mahu.
Haza berharap ada pujukan lepas dia tak pulang 2hari ini.
Haza harap ada soalan yang bisa dia diajak berbincang dari hati ke hati.
Tapi, seperti biasa..
Haza hampa lagi!
 
 
Haza ketawa lucu.
"Zalim tau!"
Mencapai kotak jam yang dilempar Mahali, dihulurkan semula pada Mahali.
"Zalim apa? Siapa zalim? Kalau awak nak mati, awak mati sorang-sorang, tak payah nak doakan saya mati!" Mahali menepis kasar tangan Haza dipehanya, bangun menuju dapur.
Haza terdiam, tak sangka Mahali boleh percaya hadiah jam seperti mendoakan kematian penerima.
Loceng berbunyi menandakan ada tetamu.
Haza bergerak ke pintu, masih memandang Mahali ..
Haza sungguh tak mampu nak terima bahawa Mahali mempercayai kepercayaan karut itu.
"Surprise!!!"
Haniff, Linda, Jue dan beberapa orang lagi berdiri riuh didepan rumahnya.
Haza tersenyum, membuka pintu luas membenarkan kawan-kawan Mahali masuk.
Riuh..
Haza menghampiri Mahali memeluk pinggang mesra.
Mahali melepaskan pelukan
"Ambil piring!" Arah Mahali sebelum meniup lilin hari lahirnya.
 
"Bro,kau memang best bro!!" Mahali menepuk bahu Hanif sambil menyarung kasut sukan Nike terbarunya.
"Hahaha, tapi Haza jangan bagi kasut kat Mahali pula, cina percaya bagi kasut kat pasangan, nanti pasangan cari lain" Kata Haniff sambil ketawa
"Oh, kalau macam tu, esok abang bagi duit, awak beli kasut hadiah kat abang" Balas Mahali turut ketawa.
Haza senyum.
 
 
Haza memandang ibunya, Haniah teresak-esak menangis dari tadi sambil dipujuk Miza.
Sementara ibubapa mertuanya, Haji Bahar dan Hajah Esah duduk tenang, sesekali berbisik.
Tiada apa mampu dia lakukan, Haza dah nekad.
Haza menoleh melihat Ahmad dari ekor mata, ayahnya kelihatan tenang, walau ada riak kecewa dimatanya.
"Mahali.." Haniah bangun memeluk Mahali yang baru masuk kerumah.
Mahali meleraikan pelukan Haniah dengan lembut, menghampiri Haza.
Haza memandang Mahali, setiap detik diisi dengan setiap inci segala tentang Mahali. Melihat Mahali mengangkat tangan kanannya, wajah bengisnya.
Pedih!
"Ya Allah, cukup!!!" Jerit Hajah Esah.
"Kakak!!!" Jerit Miza dalam tangis, Miza berlari mendapatkan Haza,memang sejak dari tadi Miza yang menenangkan semua,
Miza datang memeluk Haza sambil Ahmad & Haji Bahar datang meredakan Mahali.
Haza kaku tak bergerak seinci, walaupun pipinya pedih.
"Apa lagi yang tak kena?"
"Apa lagi yang tak cukup?"
"Aku bagi kau segala-galanya, ini balasan kau!" Jerit Mahali sehabis suara.
"Sabar..sabar.." Haji Bahar meredakan anaknya.
"Sekarang ni mana jantan tu?"
"Kenapa dia tak datang? Takut?"
"Kenapa dia tak datang???!" Jerit Mahali, dia tak kisah, biar seluruh alam tahu.
Dia tak peduli.
"Sudah tu! Sudah!" Suara Hajah Esah dalam raung
Haza mengangkat muka, memandang Mahali yang kembali menghampirinya.
Haza tunduk.
Menahan apa saja yang diberi.
Haza merasa tiap inci kepalanya ditampar bertalu-talu.
"Mana jantan tu?"
"Aku tanya mana jantan tu?"
Jeritan marah bertukar sedih.
Mahali terduduk dilantai, didepannya.
"Apa lagi yang tak cukup?"
"Apa lagi yang tak cukup?" Tanya Mahali dalam esakan.
Mahali menangis menyembam muka dilututnya.
Haza diam.
"Aku, Mahali Bin Bahar ceraikan kau,Syaz Haliza Binti Ahmad dengan talak tiga"
"Ya Allah!!!" Terdengar suara Hajar Esah menangis hampa.
"Haza.." Suara esakan Haniah menyusul.
 

"Apa yang kakak buat ni?" Tanya Miza simpati
Haza diam.
"Kenapa tak bercerai elok-elok? Kenapa kena tipu macam ni? Sekarang semua dah anggap kakak curang"
"Biar"Jawab Haza ringkas
"Kenapa tak bincang elok-elok"
"Dia tak pernah bagi akak ruang untuk berbincang" Jawab Haza jelas.

"Habis tu, lepas ni macam mana?"
Haza menarik nafas puas.
 

No comments: