Waktu blogwalking, saya terbaca di blog seseorang tentang privacy, dia cerita dia argue dengan kawan tentang tiada privacy dalam hubungan. Maaf kalau saya salah, tapi saya tak sokong. Even tiada apa-apa yang rahsia dalam handphone @ dalam facebook, saya tetap tak selesa kawan-kawan @ suami buka sesuka hati.
It's not mean "hey its my dirty...i dont want you to know..i takot kantoi" Even this blog pun rasanya my Wan tak tau. ( Ok, logik kalau Wan tak diberitahu tentang blog ni, sebab blog ni ada post-post yang agak menghentam dia. ) Tapi even sms-sms dalam handphone yang cuma ada sms dari celcom dan kawan2 yang suruh punch in dipagi hari je pun saya tetap tak selesa.
Bayangkan, balik kerja penat-penat. Kita duduk di sofa dan suami datang gesel-gesel nak bermanja. Apa kita buat? Mungkin untuk A dia layan dan bersedia menyediakan senjata untuk bunuh syaitan. Tapi untuk saya yang berpeluh 24jam ni, biasanya saya akan minta masa untuk rehat dan mandi dulu. Gila tak romantik! Tapi itu kan saya! Pendapat saya tak sama dengan pendapat awak. Bayangkan, Bila suami awak masuk toilet untuk po-po dia tak tutup toilet. Kemudian kita marah. "Kenapa you nak marah syg, kan tiada privacy antara kita" Hah, nak cakap apa? Bayangkan pula, Bila kita jumpa kawan-kawan rapat kita - Girls Talk. Letak husband awak kat tengah. Apa yang awak bakal ceritakan? Dan... 15 minit kemudian, husband awak minta excuse pergi merokok. Awak pula yang awak bualkan? Makin rancak? kenapa? Sebab banyak benda nak cerita tanpa husband? Then, itulah privacy! Kita bukan cerita benda dosa ke, kisah kita dengan lelaki lain ke apa,. tapi kita cuba perlukan ruang lingkup kita sendiri.
Bukan saya salahkan pendapat blogger 'seseorang' tu, cuma nak suara kan pendapat manusia ni macam-macam jenis, kalau dia rasa tiada privacy antara dia dan suami itu tak memberi maksud bila ada pasangan letakkan garis privacy antara mereka membawa maksud "hey its my dirty...i dont want you to know..i takot kantoi" Nak share ini juga, jawapan dari yahoo answer
Sebenarnya sebulan sekali saya nak tengok TV pun payah.
Tapi malam tadi boleh melekat kat depan TV dengan Linda.
Teman tengok TV
Drama Jodoh kat Astro Ria.
Ni sinopsis dari Astro Gempak;
Jodoh megisahkan seorang jejaka bujang bernama Azlan yang kacak tekad ingin mencari cinta melalui sebuah program mencari cinta dan jodoh yang diberi nama ‘Jodoh’. Azlan telah memberanikan diri dengan menyertai program tersebut demi mencapai hasrat beliau mencari jodoh yang bersesuaian dengan dirinya.
Di dalam program tersebut, Azlan dikehendaki untuk memilih seorang teman wanita daripada 10 orang peserta wanita sebagai calon jodohnya di mana mereka harus melalui proses penyingkiran setiap minggu.
Ketika berada di program tersebut, Azlan sangat terpikat dengan seorang wanita bernama Katya, akan tetapi disebabkan undian oleh para penonton dan peminat, Olly menjadi pilihan yang sesuai buat Azlan berbanding dengan Katya.
Oleh yang demikian, Azlan dipaksa oleh pihak produksi program untuk tidak menyingkirkan Olly dari program Jodoh dan ini menyebabkan kedua-dua mereka terjebak dalam situasi yang sangat lucu kerana mereka berdua tidak menyukai antara satu sama lain.
Apakah yang akan berlaku kepada mereka berdua ketika sesi program Jodoh dijalankan? Bagaimana Olly boleh menyertai program Jodoh dan apakah tujuan Olly menyertai program Jodoh?
kelakar gila!
Santai..
Ketawa habis kami 2 beradik part malam perkenalan mereka.
Kesemua peserta sibuk nak tarik perhatian Azlan tapi Olly kagum dengan makanan buffet.
Siapa suami? Lelaki yang
mengucapkan qabul (akad terima) janji perkahwinan dengan seorang gadis atau
wanita tertentu. Termasuk dalam definisi ini juga lelaki yang ‘dipaksa’ menikahi
atau mengahwini gadis/wanita yang bukan pilihannya.
Kelayakan
sebagai suami Tidak semua lelaki layak menjadi suami. Kelayakan
menjadi suami bukan terletak kepada umur, pangkat pekerjaan, banyaknya harta
atau kacak paras rupa.
Syariat Islam menetapkan terdapat lima hukum asas
bagi seseorang lelaki yang berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan
pasangannya. Hukum asas inilah yang menjadi pertimbangan kelayakan seorang
lelaki untuk berkahwin dan memegang status seorang suami.
Kenapa hanya
lelaki? Kerana lelaki adalah ketua keluarga dan bila ketua adalah seorang yang
betul-betul layak, insyaAllah ketua ini akan mampu melayarkan bahtera
rumahtangganya berlandaskan kehendak syariat dan mampu merealisasikan
perkahwinan menepati prinsip dan hikmahnya.
Lima hukum tersebut ialah
wajib, sunat, haram, makruh dan harus.
Wajib - apabila lelaki itu mampu
dari segi fizikal dan kewangan malah dibimbangi sekiranya tidak berkahwin, takut
terjerumus kepada maksiat zina.
Sunat - lelaki yang mampu dari segi
fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin. Bezanya mereka
tidak bimbang akan terlibat dengan zina sekiranya tidak berkahwin.
Haram
- lelaki yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin. Haram juga bagi
lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk memudaratkan isterinya.
Makruh
- lelaki yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan
untuk berkahwin.
Harus - lelaki yang tidak mempunyai sebab yang mendesak
untuknya berkahwin dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.
Berdasarkan
hukum asas ini, jika anda berada dalam kategori wajib, sunat dan harus, anda
adalah lelaki yang layak berkahwin. Sebaliknya jika anda berada dalam kategori
haram, sudah jelaslah anda memang tidak layak berkahwin. Jika anda berada dalam
kategori makruh pula, secara mudahnya, walaupun anda tidak diharamkan berkahwin
tetapi anda juga tidak layak berkahwin. Memanglah makruh sahaja dan bukan haram
tetapi perkara makruh juga adalah perkara yang tidak disukai oleh Allah. Jika
jelas dan nyata anda tidak mampu memberi nafkah kepada isteri sedangkan memberi
nafkah adalah kewajipan dan tanggungjawab suami, apa lagi yang boleh bakal
isteri atau isteri anda harapkan daripada anda nanti? Harapkan kewajipan
menunaikan nafkah batin? Hmmm… secara kasarnyalah, sama sajalah anda dengan
gigolo kat luar sana!!
Peranan dan tanggungjawab
suami Islam menetapkan setiap suami wajib menjalankan peranan
dan tanggungjawabnya dengan sebaiknya. Dengan sebaiknya bermaksud berusaha
sedaya upaya untuk menjalankan semua peranan dan tanggungjawab yang disenaraikan
tanpa rasa lelah, jemu atau bosan.
Kewajipan melayani isteri
dengan baik. Tanggungjawab seorang suami yang paling utama
ialah melayan isteri dengan penuh kebaikan. Seorang suami wajib melayani
isterinya dengan tingkah laku yang baik dan menuruti kehendak isteri dalam
perkara yang sesuai dan munasabah mengikut syarak. Maksud layanan yang baik
bukan sekadar tidak memukul atau menampar tetapi layanan yang baik seperti yang
dikehendaki di dalam Islam malah undang-undang perkahwinan agama lain juga ialah
suami perlu menjaga hati dan perasaan isteri agar tidak dilukai dan disakiti.
Isteri berhak dilayan dengan penuh kemesraan, kelembutan dan dengan penuh kasih
sayang. Suami juga perlu berusaha memupuk kasih sayang isteri seperti di dalam
kes perkahwinan paksa.
Layanan yang baik juga bermakna isteri perlu
diperlakukan seperti seorang manusia merdeka, bukannya hamba yang menurut segala
arahan tuannya yang membabi buta. Seorang isteri perlu dipanggil dengan ucapan
yang menunjukkan kasih sayang seperti nama manja isteri ataupun apa jua
panggilan yang menggambarkan betapa suami menyintai dan menghargai isteri.
Seorang isteri tidak berhak menerima kata-kata seperti bodoh, otak singkat atau
apa juga panggilan yang menyakitkan hati.
Memberi nafkah
zahir yang sempurna mengikut kemampuan Tanggungjawab suami
yang tidak kurang pentingnya ialah memberi nafkah untuk isteri dan anak-anaknya
berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan segala keperluan isteri yang
munasabah dan tidak bercanggah dengan syarak.Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan
kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan)
berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi
nafkah) sebahagian dari harta mereka.” – surah al-Nisa’ ayat 34.
Kadar
pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seorang suami dan suami tidak wajar
membebankan dirinya melebihi dari kemampuannya yang sebenar. Maksud membebankan
diri di sini ialah melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan atau di luar upaya
suami. Sebagai contoh berhutang dengan mana-mana pihak bagi merealisasikan
kehendak isteri yang melampau.
Menyediakan rumah untuk
isteri Sebenarnya, menyediakan rumah atau tempat
perlindungan untuk isteri dan anak-anak adalah termasuk di bawah kewajipan
seorang suami menyediakan nafkah zahir. Namun, pengalaman saya melayani kerenah
ahli masyarakat kita hari ini yang pelbagai, ada baiknya saya lakukan perincian.
Tambahan pula, banyak kes kekecohan rumahtangga adalah disebabkan kegagalan
suami menjalankan kewajipan menyediakan rumah untuk isteri.
Islam tak
menetapkan tentang bentuk atau saiz rumah. Yang penting, ia adalah di dalam
kemampuan suami. Memadailah sebuah rumah yang sesuai dan selesa bagi menjalani
kehidupan seharian sebagai suami isteri seterusnya sebagai ibu
bapa.
Melayani keperluan seks
isteri Ramai yang salah faham tentang layanan seks di dalam
sesebuah perkahwinan. Rata-rata kes, kewajipan melayan keperluan seks diletakkan
sepenuhnya kepada isteri.
Hakikatnya, sebagaimana pentingnya suami
memenuhi keperluan material isterinya, menjadi tanggungjawabnya juga untuk
melayani keperluan batin isteri. Kebiasaannya wanita memiliki sifat pemalu
terutamanya untuk berbincang tentang kehendak seksualnya. Namun, sebenarnya
mereka juga berkehendakkan kepada nikmat kepuasan ketika melakukan persetubuhan
(berjimak), sama seperti suami.
Bersikap romantik terhadap
isteri Tahukah anda, Rasulullah SAW sering mengucup isteri
baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya
sebelum pergi menunaikan solat di masjid.Saya tahu, memang ramai yang mencium
isteri tapi berapa kalikah anda mencium isteri anda dengan penuh kasih sayang;
bukan sekadar ciuman selamba atau ciuman penuh ghairah?
Saya akui, budaya
ini memang agak asing bagi masyarakat kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak
membiasakan diri kita melakukannya. Lantas, ciumlah isterimu wahai para suami!
Bukan membiasakan diri dengan budaya barat sebaliknya mengikut sunnah Rasulullah
SAW. Justeru, apa lagi yang menghalang anda untuk mencium isteri atau apa-apa
juga perlakuan romantik lain?
Bergurau dengan
isteri Rasulullah SAW sering bergurau senda dengan para
isterinya. Aisyah r.anha telah berkata yang bermaksud: “Rasulullah berlumba lari
denganku, maka aku menang ketika itu kerana aku belum gemuk. Kemudian, setelah
gemuk aku berlumba lari dengannya, maka baginda memenanginya. Lalu baginda
bersabda: Kemenangan ini sebagai penebus kekalahan yang lalu.” - hadis riwayat
Abu Daud.
Jika Rasulullah SAW boleh bersenda gurau dengan isteri baginda,
kenapa tidak anda?
Meluangkan masa bersama
isteri Walau sesibuk mana sekalipun menguruskan tugasan,
suami tetap perlu berusaha meluangkan waktu bersama isterinya. Tidak dinafikan,
kesibukan suami di luar rumah dengan kegiatan-kegiatan lain di samping mencari
nafkah menyebabkan dia mengabaikan peranannya sebagai suami. Dia terlupa
isterinya memerlukan belaian manja seorang suami untuk menghiburkan
hatinya.
Ada suami yang hanya pulang dengan wajah kelesuan, tidak bermaya
dan terus melelapkan mata tanpa berbual dengan isteri. Yang lebih perit adalah
apabila suami membawa masalah-masalah dari luar dan melepaskan geramnya terhadap
isteri.
Ya!! Isteri anda tahu anda penat. Anda bekerja mencari nafkah
untuk keluarga. Tetapi anda juga harus faham kehendak isteri anda. Kalau sehari
dua tidak dilayan, mungkin boleh ditahan. Tetapi jika selalu saja begitu, tidak
diendah dan dipedulikan? Tambah bila ada orang yang mampu menggantikan tempat
anda. Ingat!! Isteri anda juga adalah manusia biasa. Jangan selalu mengharapkan
pemahaman dan pengertiannya sebaliknya anda sendiri gagal memahami dan mengerti
kehendak dirinya.
Uruskanlah kerja anda dengan baik. Usahakan untuk anda
meluangkan masa bersama isteri anda. Jika Rasulullah SAW mampu meluangkan masa
baginda dengan isteri, kenapa tidak anda?
Wujudkan suasana
ibadah dalam rumahtangga Lelaki dipertangungjawabkan oleh
Allah SWt sebagai pemimpin keluarga. Pemimpin yang baik semestinya lah seorang
pemimpin yang mengutamakan segala suruhan-Nya. Lantas, menjadi tanggungjawab
seorang suami untuk mewujudkan suasana ibadah di dalam
rumahtangga.
Bagaimana caranya? Paling utama, seorang suami hendaklah
mengerjakan segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Solat
lima waktu yang wajib mesti dikerjakan bersungguh-sungguh. Pastikan isteri dan
anak-anak juga mengerjakan solat yang wajib. Malah, satu kelebihan jika anda
sebagai suami dan bapa dapat mengimamkan isteri dan anak-anak anda. Tak perlu
jadi ustaz atau imam, jadilah diri anda sendiri yang sentiasa mengutamakan
tuntutan agama dan keredhaan Ilahi, insyaAllah, perkahwinan dan rumahtangga anda
akan aman harmoni.
Sentiasa tunjukkan wajah
ceria Tidak dapat dinafikan, raut wajah seseorang boleh
menggambarkan pelbagai makna malah mampu mempengaruhi suasana hubungan suami
isteri. Wajah yang ceria semestinya akan dapat menenangkan jiwa isteri. Walau
sesusah mana pun hati anda, cuba juga tampilkan wajah ceria. Masalah di tempat
kerja jangan sesekali dibawa pulang ke rumah kerana ia boleh membantutkan
keceriaan rumahtangga anda. Bukan tak boleh nak bercerita kepada isteri malah
sewajarnya anda berkongsi setiap masalah anda dengan pasangan anda tetapi anda
perlu pastikan luahan anda itu tidak mengganggu keceriaan rumahtangga
anda.
Menjaga penampilan diri Bukan
sahaja wajah yang perlu ceria, suami juga hendaklah menjaga penampilan diri agar
sentiasa kelihatan menarik dan bersih. Hakikatnya, bukan isteri sahaja perlu
berhias untuk suami tetapi para suami juga perlu berhias dan tampil segak dan
kemas di hadapan isteri. Bukan perlu papa untuk bergaya kemas tetapi cukuplah
sekadar sejuk mata memandang. Yang sejuk mata memandang inilah yang menjadi
masalah kepada sesetengah pihak selepas berkahwin.
Sahabat Rasulullah
SAW, Ibnu Abbas r.a pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW menyuruh beliau
tampil kemas dan segak di hadapan isteri: “Sebagaimana isteri kamu berhias untuk
kamu, kamu juga perlu berhias untuk isteri kamu.”
Bersabar
melayani kerenah isteri Wanita sinonim dengan sikap
emosional dan suka ikut perasaan. Lantaran itulah, para suami perlu bersabar
ketika menghadapi kerenah dan sikap isteri.
Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: “Nasihatilah wanita dengan baik. Sesungguhnya mereka diciptakan dari
tulang rusuk dan bahagian paling bengkok dari tulang rusuk adalah bahagian
atasnya. Seandainya kamu meluruskannya bererti kamu mematahkannya dan seandainya
kamu biarkan maka ia akan terus membengkok. Maka, nasihatilah wanita dengan
baik.” - hadis riwayat al-Bukhari.
Hadis ini menegaskan agar setiap suami
menasihati isteri dengan cara yang penuh hikmah dan lemah lembut. Jangan
sesekali terburu-buru menggunakan kekerasan kerana ia bukan sahaja tidak mampu
menyelesaikan permasalahan malah akan memburukkan lagi
keadaan.
Hukum taat dan hormat Seperti huraian di
dalam persoalan yang dikemukakan, tanggungjawab seorang isteri yang paling utama
ialah taat dan patuh kepada suaminya. Ketaatan seorang isteri kepada suami
berada di tahap teratas, melebihi segala ketaatan kepada sesiapa pun juga
termasuk ibu dan ayah kandung si isteri sendiri.
Persoalannya,
apakah semua lelaki bernama suami kini, menepati kelayakan untuk ditaati dan
dihormati sebagai suami? Saya pecahkan kepada dua bahagian: taat dan
hormat. Taat dan hormat adalah dua perkara berbeza.
Seorang isteri wajib
taat kepada segala kata-kata dan arahan suami selagi kata-kata dan arahan
tersebut tidak melanggar saranan dan arahan hukum syarak. Isteri juga wajib
hormatkan suami, menjalankan kewajipan yang wajib bagi isteri walaupun suami
anda tidak berjaya (setelah berusaha sedaya upayanya) menjalankan peranan dan
tanggungjawab yang wajib baginya secara sepenuhnya.
Ingatlah kaum
wanitaku semua, walau siapa pun kita, walau apa juga jawatan yang kita pegang,
walau apa juga gelaran atau bintang yang kita perolehi, selagi kita bernama
isteri, selagi itulah kita perlu hormat, taat dan cintakan suami sepenuh hati.
Bukannya sekadar cinta di kala suami berharta tetapi cinta sepanjang masa, di
waktu senang juga di masa susahnya. Ya, saya tahu tugas menyara keluarga
terletak di bahu suami tetapi dah nama sebagai isteri dan rakan kongsi suami,
kita wajar membantu suami di kala suami susah dan menghadapi masalah kewangan
dan segala masalah lainnya.
Bukannya bererti apabila tanggungjawab nafkah
adalah di bahu suami dan apabila suami menghadapi masalah menunaikan
kewajipannya itu, kita harus angkat kaki ataupun mencari lelaki lain sebagai
pengganti. Sewajarnya, apabila keadaan ini terjadi, kita sebagai isteri
menghulurkan bantuan dan sokongan kepada suami. Bantu selagi daya, sokong segala
cara.
Ya… mungkin ada yang bimbang jika bantuan yang diberi
disalahgunakan oleh suami. Risau jika sokongan yang dihulur, disalaherti pula
oleh suami. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, rekodkan setiap
perbelanjaan yang kita hulurkan demi bantuan dan sokongan tersebut. Simpan
segala bukti, insyaAllah, bukan meminta tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak
diingini di belakang hari, kita dah cukup pertahanan diri.
Persoalan
penting juga, apakah tanggungjawab isteri melayani kehendak seks suami adalah
mutlak? Tidak ada rukhsah atau pengecualian?
Hakikatnya, hadis-hadis yang
diutarakan dan memang mantap di dalam minda ramai orang terutama suami, adalah
sebagai menunjukkan betapa beratnya kewajipan isteri di dalam memenuhi kehendak
batin suami kerana hanya isteri sebagai jalan melepaskan nafsu lelaki yang satu
itu. Tetapi, bukan bererti kewajipan tersebut adalah muktamad, tidak ada campur
bahagi. Sebenarnya kewajipan suami isteri di dalam rumahtangga termasuklah
hubungan suami isteri lebih kepada berbentuk tolak ansur.
Matlamat
perkahwinan adalah untuk kebahagiaan kedua-dua pihak. Sekiranya hanya satu pihak
merasa bahagia sedang satu pihak lagi tertekan menderita, tidak ada gunanya
perkahwinan yang dianjurkan oleh Islam. Sama juga di dalam hubungan suami
isteri. Ianya untuk kepuasan kedua-dua pihak. Sekiranya si isteri melakukan di
dalam keadaan terpaksa, di mana nikmatnya yang Allah janjikan untuk pasangan
suami isteri tersebut?
Sebab itulah, suami perlu lebih bertolak ansur dan
cuba memahami keadaan isteri.
Satu persoalan lagi, apakah isteri tetap
wajib melayani kehendak batin suami yang sengaja gagal menunaikan tanggungjawab?
Hakikatnya, terdapat dua jawapan bagi soalan ini iaitu ya dan tidak! # Ya -
jika suami anda daripada kalangan yang sukar menahan nafsunya dan jika anda
tidak melayaninya, membolehkan dia terjebak ke lembah maksiat. # Tidak - jika
anda tahu dan yakin dengan penolakan anda itu tidak menyebabkan suami anda
mencari kepuasan di luar.
Ingatlah! Jika suami mengarahkan isteri
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak syarak, maka tika itu,
isteri tidak wajar mentaati suami. Sama juga dengan kehendak batin suami yang
sengaja gagal dan tidak bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab, kehendak
suami ini boleh ditolak dan isteri tidak akan berdosa sekiranya menolak
permintaan suami. Kenapa? Kerana suami sengaja mengabaikan tanggungjawab. Hadis
menyuruh isteri mentaati suami yang betul-betul seorang suami. Apa maksud
betul-betul seorang suami?
Seorang suami yang betul-betul seorang suami
ialah seorang suami yang berusaha menunaikan tanggungjawab nafkah zahir dan
batin seorang isteri, bukan menunaikan nafkah batin sahaja. Masalahnya,
menunaikan kehendak batin tu, bukan memenuhi kehendak isteri sangat sebenarnya
tetapi lebih kepada memenuhi kehendak sendiri.
Lantas, wahai isteri..
bila suami anda berani menderhaka kepada Allah… maka anda tidak wajar lagi
mentaati mereka. Jika anda, sebagai isteri… kecewa dengan sikap suami yang
mengabaikan tanggungjawab dan tidak mampu atau enggan memenuhi kehendak seks
suami, anda berhak menolak permintaan suami. Jangan bimbang dengan nusyuz. Anda
bukan isteri yang nusyuz semata-mata enggan menunaikan kehendak suami yang
dayus.
Seperti yang katakan tadi, jika tiba satu tahap suami tetap
mempergunakan anda demi kepuasan nafsunya semata-mata dan anda tidak mampu untuk
terus berpura-pura melayani kehendaknya, bertindak lah. Jangan biarkan diri anda
berdosa hanya kerana ingin kekal dalam perkahwinan yang gagal. Pesanan saya
kepada isteri yang mengambil alih tugas suami, simpan segala dokumen atau resit
perbelanjaan anda. Jika suami anda mengambil tindakan kerana anda menolak
ajakannya, anda berpeluang menggunakan semua itu sebagai pertahanan diri.
Post ni teramatlah famous, disebabkan tadi kawan saya tag petua ni, saya post sebagai perkongsian dengan TTCian yang lain :)
Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...
Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaim...ana untuk mudah mengandung @ hamil.
Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.
Cubalah pula petua @ amalan ini....
1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji 2. Kemudian,buang biji kurma tu 3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing 4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas. 5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup. 6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.
InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.
Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.
Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...
Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.
* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya.
ASMA'UL HUSNA - Pengertian dan
fadhilat-fadhilatnya
1. Allah The God
Apabila dizikirkan 500 X
setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat
2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang
dihajati.
2. Al Rahman Maha Pemurah The Most
Merciful
Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 X , maka
hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup
akan hilang dengan izin Allah.
3. Al Rahim Maha
Penyayang The Most Merciful
Apabila dizikirkan sebanyak 100 X setiap
hari , InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga
manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. Al
Malik Maha Merajai/memerintah The King, The Sovereign
Apabila
dizikirkan sebanyak 121 X setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari,
segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat &
kekayaan yang diredhai Allah.
5. Al Quddus Maha
Suci The Most Holy
apabila dizikirkan sebanyak 100 X setiap pagi
setelah tergelincirnya matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua
penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki dan lail-lain.
6.
As Salaam Maha Memberi Kesejahteraan Peace and
Blessing
Apabila dizikirkan sebanyak 136 X, InsyaAllah jasmani &
rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar
sihat & sejahtera.
7. Al Mu'min Yang Memberi
Keamanan The Guarantor
Apabila dizikirkan sebanyak 236 X , InsyaAllah
diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara
& aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8. Al
Muhaimin Maha Pemelihara The Guardian, The Preserver
Apabila
dizikirkan sebanyak 145 X sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran &
hati kita akan terang & bersih.
9. Al Aziz Maha
Gagah The Almighty/ The Self Sufficient
Apabila dizikirkan sebanyak 40
X sesudah solat subuh, Insyaallah kita akan menjadi orang yang mulia,
disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10. Al Jabbar Maha
Perkasa The Powerful/ The Irresistible
Apabila dizikirkan sebanyak 226
X pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin
Allah.
11. Al Mutakkabir Maha Megah/Yang Memiliki
Kebesaran The Tremendous
Apabila dizikirkan sebanyak 662 X maka dengan
kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan
mereka akan menjadi pembantu yang setia.
12. Al
Khaliq Maha Pencipta The Creator
Dibaca mengikut kemampuan atau
sebanyak 731 X, Insyaallah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu
pelajaran. Amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap
(faham).
13. Al Baari Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk,
Menyeimbangkan) The Maker
Sekiranya kita berada di dalam kesukaran
atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 X selama 7 hari berturut-turut,
Insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit
tersebut.
14. Al Mushawwir Yang Membentuk Rupa
(makhluknya) The Fashioner of Forms
Sekiranya seorang isteri yang
sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa
selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa,
ambil segelas air dan dibacakan "Ya Mushawwir" sebanyak 21 X,
Kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah
berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari sahaja.
Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 X.
Insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh.
15. Al
Ghaffar Maha Pengampun The Ever Forgiving
Sambil beri'tikaf
(diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100
X sambil menunggu masuknya solat Jumaat. Insyaallah akan diampunkan dosa-dosa
kita.
16. Al Qahhar Yang Memaksa The All Compelling
Subduer
Zikir mengikut kemampuan atau sebanyak 306 X, maka hati kita akan
dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia & Insyaallah orang-orang yang
selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. Al
Wahhaab Maha Pemberi Kurnia The Bestower
Dizikir sebanyak 100 X
sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insyaallah
segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
18.
Ar Razzaaq Maha Pemberi Rezeki The Ever Providing
Dizikir
mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh. Insyaallah
akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang
tanpa diduga. Tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang
zahir.
19. Al Fattaah Maha Pembuka Rahmat The Opener/The
Victory Giver
Dizikir sebanyak 71 X sesudah selesai solah Maktubah.
Insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah sehingga mudah menerima nasihat
agama.
20. Al Aliim Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu) The
All Knowing/The Omniscient
Dizikir sebanyak 100 X setiap selesai solat
Maktubah, Insyaallah akan mendapat kemaktifatan yang sempurna.
21. Al Qaabidhu Yang Menyempitkan
(makhluknya) The Restrainer/ The Straightener
Dizikirkan 100 X setiap
hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala
bentuk ancaman.
22. Al Baasithu Yang Melapangkan
(makhluknya) The Expander/ The Munificent
Bagi mereka yang berniaga
atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan
memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, Insyaallah rezeki akan
menjadi murah.
23. Al Khaafidh Yang Merendahhan
(makhluknya) The Abaser
dizikirkan sebanyak 500 X setiap hari, dalam
keadaan suci, khusyuk & tawwaduk, Insyaallah segala maksud akan
ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh
mertabatnya.
24. Ar Raafi' Yang Meninggikan
(makhluknya) The Exalter
Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam
sebanyak 70 X, Insyaallah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di
tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
25.
Al Mu'izz Yang Memuliakan (makhluknya) The Giver of
Honor
Dizikirkan sebanyak 40 X setiap hari, Insyaallah akan memperolehi
kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau
perniagaan.
26. Al Mudzil Yang Menghinakan (makhluknya
) The Giver of Dishonor
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari,
sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya,
insyaallah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya
kembali.
27. Al Samii' Maha Mendengar The All
Hearing
Sekiranya ingin doa kita makbul & pendengaran telinga kita
tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi
sesudah solat Dhuha, Insyaallah doa akan mustajab.
28. Al
Bashir Maha Melihat The All Seeing
Dizikirkan sebanyak 100 X
sebelum solat Jumaat, Insyaallah akan menjadikan kita terang hati, cerdas
otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
29.
Al Hakam Maha Menetapkan The Judge/ The
Arbitrator
Dizikirkan sebanyak 68X pada tengah malam dalam keadaan suci,
Insyaallah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama
& membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. Al
Adllu Maha Adil The Utterly Just
Dizikirkan sebanyak 104 X
setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, Insyaallah diri kita selalu dapat
berlaku adil.
31. Al Lathiff Maha Lembut The
Subtly Kind
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan,
Insyaallah bagi para peniaga, ikthiar ini akan menjadikan barangan jualannya
menjadi laris & maju.
32. Al Khabiir Maha Mengetahui
Rahsia The All Aware
Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari,
terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini
antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah
terpisah sekian lama.
33. Al Haliim Maha Penyantun The
Forbearing/The Indulgent
Dizikirkan sebanyak 88 X selepas solat 5 waktu,
bagi mereka yang mempunyai kedudukan dalam pemerintahan, syarikat atau apa
saja, Insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau
diungkit-ungkit atau tergugat.
34. Al Azhiim Maha
Agung The magnificient/The Infinite
Dizikirkan sebanyak 12 X setiap
hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, Insyaallah akan sembuh.
Juga apabila dibaca 12 X kemudian ditiupkan pada tangan lalu diucap-usap pada
seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, syaitan
dan sebagainya.
35. Al Ghafuur Maha Pengampun The All
Forgiving
Bagi orangyang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini
dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya,
Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36. As
Syakuur Maha Pembalas Budi (Menghargai) The Grateful
Dizikirkan
sebanyak 40 X selepas solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada
Allah. Insyaallah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap
kali mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. Al
'Aliy Maha Tinggi The Sublimely Exalted
Untuk mencerdaskan otak
anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 X (DIDALAM BAHASA ARAB
BUKAN BAHASA MALAYSIA!!!!) lalu direndam pada air yang dingin dan diberikan
si anak meminumnya, Insyaallah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah
cemerlang & tidak dungu lagi. Insyaallah.
38. Al
Kabiir Maha Besar The Great
Bagi seseorang yang kedudukannya
telah di rampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini
sebanyak 1000 X selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai
pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau
hajat.)
39. Al Hafizh Maha Menjaga The
Preserver
Dizikirkan sebanyak 99 X, Insyaallah diri kita akan terlindung
dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam
hutan.
40. Al Muqiit Maha Pemberi Kecukupan The
Nourisher
Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat
di dalm hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan
makanan, maka perbanyakkan zikir ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat
& segar kerana rasa lapar telah hilang.
41. Al Hasiib Maha Membuat
Perhitungan The Reckoner
Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah
kita jawat, amalkanlah zikir ini sebanyak 777 X sebelum matahari terbit &
selepas solat Maghrib, Insyaallah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa
sebarang gangguan.
42. Al Jaliil Maha Mulia The
Majestic
Barang siapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang
terakhir, Insyaallah kita akan mendapati perubahan yang mengkagumkan -
perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa di sedari
kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya
dengan izin Allah.
43. Al Kariim Maha Pemurah The
Bountiful/The Generous
Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di
dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkanlah zikir ini sebanyak 280 X
ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang
mengamalkan zikir ini.
44. Ar Raqiib Maha Mengawasi The
Watchful
Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang
yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 X setiap hari dengan niat agar
barang-barang yang di khuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar
dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal
& yakinlah kepada Allah, Insyaallah......
45. Al
Mujiib Maha Mengabulkan The Responsive/ The
Answerer
Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya &
agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan
zikir ini sebanyak 55 X sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan
mengabulkan doa kita.
46. Al Waasi Maha Luas Tha Vast/
The All Encompassing
Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini
sebanyak 128 X setiap pagi & petang, Insyaallah segala kesulitan akan
hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan,
Insyaallah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama
makhluk.
47. Al Hakiim Maha Bijaksana The
Wise
Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini
setiap hari, Insyaallah akalnya akan menjadi cerdas & lancar di dalam
menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300 X
setiap hari.
48. Al Waduud Maha Pencinta The Loving/ The
Kind One
Amalkan zikir ini sebanyak 11000 X pada setiap malam. Insyaallah
kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi &
rumahtangga kita akan sentiasa berada di dalam keadaan
harmoni.
49. Al Majiid Maha Mulia The All
Glorious
Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga
sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua
keluarga, maka amalkanlah zikir ini sebanyak 99 X, sesudah itu hembuskan
kedua belah tapak tangan dan usap ke seluruh muka. Insyaallah semua anggota
keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua
keluarga.
50. Al Baa'its Maha Membangkitkan The Raiser
of the Dead
Zikirkan sebanyak 100 X dengan meletakkan kedua tangan ke
dada, Insyaallah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu &
hikmah.
51. As Syahid Maha
Menyaksikan The Witness
Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita
yang suka membangkang atau sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 X secara
berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah
perangainya.
52. Al Haqq Maha Benar The Truth/ The
Real
Perbanyakkan zikir ini, Insyaallah ianya sangat berfaedah sekali
untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah
Allah.
53. Al Wakiil Maha Memelihara The Trustee/ The
Dependable
Sekiranya terjadinya hujan yang disertai ribut yang kuat, atau
terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkanlah zikir ini, Insyaallah bencana
tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54.
Al Qawiyyu Maha Kuat The Strong
Amalkan zikir ini sebanyak
mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan
mahupun berdepan dengan si zalim.
55. Al Matiin Maha
Kukuh The Firm/ The Steadfast
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin
kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk
mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk
mengganggu.
56. Al Waliyy Maha Melindungi The Protecting
Friend/ Patron & Helper
Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan
atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak
mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari
sebarang gangguan orang-orang yang bersifat dengki.
57. Al
Hamiid Maha Terpuji The All Praiseworthy
Perbanyakkanlah zikir
ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima
segala pujian.
58. Al Muhshiy Maha Menghitungi The
Accounter/ The Numberer of All
Sekiranya kita inginkan diri kita
digolongkan di dalam petolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah),
maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5
waktu.
59. Al Mubdi' Maha Menghidupkan The Giver of
Life
Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkanlah
sebanyak 470 X setiap hari. Insyaallah.....
60. Al
Mu'iid Maha Mengembalikan Kehidupan The Reinstater Who Brings Back
All
Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya,
amalkanlah zikir ini sebanyak 124 X setiap hari sesudah solat. Insyaallah di
pertunjukkan akan hasilnya.
61. Al Muhyii Maha
Menghidupkan The Giver of Life
Amalkan zikir ini sebanyak 58 X setiap
hari, Insyaallah kita akan diberikan kemuliaan, darjat dunia & akhirat
kelak.
62. Al Mumiitu Maha Mematikan The Bringer of
Death/ The Destroyer
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, Insyaallah
akan dipermudahkan di dalam perniagaan, berpolitik dan
sebagainya.
63. Al Hayyu Maha Hidup The Ever
Living
Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah di dalam menjalani
kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64. Al
Qayyumm Maha Mandiri The Self Subsisting Sustainer Of All
Telah
berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang
banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa,
ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka zikir lah
dengan "YA HAYYU YA QAYYUUM..." sebanyak 1000 X setiap malam atau siang hari.
Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insyaallah akan tercapai segala
hajat.
65. Al Waajid Maha Penemu The Perceiver/ The
Finder/ The Unfailing
Andai berkeinginan berkeperibadian yang kukuh,
tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkanlah zikir
ini.
66. Al Maajid Maha Mulia The Illustrious/ The
Magnificent
Demi kecerdasan otak & agar dipermudahkan hati untuk
menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini
setiap hari.
67. Al Wahiid Maha esa The One/ The All
Inclusive/ The Indivisible
Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata
& tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 X
setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama
itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis,
Insyaallah....
68. As Somad Maha Diperlukan/ Tempat
Meminta The Self Sufficient/ The Impregnable/ The Eternally Besought of All/
The Everlasting
Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan
hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin,
Insyaallah, diri akan berasa segar sentiasa.
69. Al
Qaadir Maha Menentukan/ Maha Menyeimbangkan The All
Able
Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka
amalkanlah zikir ini sebanyak 305 X setiap hari, Insyaallah segala hajat akan
berhasil.
70. Al Muqtadir Maha Berkuasa The All
Determiner/ The Dominant
Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain
dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa
mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan
keberhasilan hajat kita itu.
71. Al Muqaddim Maha
Mendahulukan The Expediter/ He Who Brings Forward
Menurut Imam Ahmad
bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini
sebanyak 184 X setiap hari, Insyaallah nescaya segala usahanya akan
berhasil".
72. Al Mu'akkhir Maha Mengakhirkan The
Delayer/ He Who Puts Far Away
Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada
Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. Al Awwal Maha
Awal The First
Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 X,
setiap hari, Insyaallah segala apa yang dihajati akan diperkenankan oleh
Allah.
74. Al Aakhir Maha Akhir The Last
Amalkan
berzikir sebanyak 200 X sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, Insyaallah
Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. Az
Zhaahir Maha Nyata The Manifest/ The All Victorious
Amalkanlah
zikir ini sebanyak 1106 X selesai solat waktu di tempat sunyi (khalwat),
nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik &
sukar serta di beri kefahaman ilmu.
76. Al Baathin Maha
Ghaib The Hidden/ The All Encompassing
Seperti No. 75 juga, tetapi
amalkanlah sebanyak 30 X sesudah solat fardhu.
77. Al
Waali Maha Memerintah The Patron
Memperbanyakkan zikir ini
setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang
ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu
memperbanyakkan zikir ini.
78. Al Muta'aalii Maha
Tinggi The Self Exalted
Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka
yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah
zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap, Insyaallah dengan mudah kita
akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan
berhasil.
79. Al Barri Maha Penderma The Most Kind And
Righteous
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, Insyaallah
segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80.
At Tawwaab Maha Penerima Taubat The Ever Returning/ Ever
Relenting
Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka
hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk
kembali ke jalan yang lurus.
81. Al Muntaqim Maha
Penyiksa The Avenger
Jika berhadapan dengan orang yang zalim, supaya
dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita
memperbanyakkan zikir ini setiap hari sesudah solah fardhu. Insyaallah, kita
akan mendapat pertolongan Allah.
82. Al Afuww Maha
Pemaaf The Pardoner/ The Effacer Of Sins
Barangsiapa memperbanyakkan
zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh
Allah.
83. Ar Ra'uuf Maha Pengasih The Cpmpassionate/
The All Pitying
Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman
atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkanlah zikir ini seberapa mampu
samada pada waktu siang mahupun malam.
84. Malikul
Mulk Penguasa Kerajaan (Semesta) The Owner Of All
Sovereignty
Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal
& tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini
sebanyak 212 X sesudah solat fardhu & 212 X pada setiap malam selama
sebulan. Insyaallah akan mendapat pertolongan Allah.
85. Dzul
Jalaali Wal Ikraam Pemilik Kebesaran Dan Kemuliaan The Lord Of Majesty
And Generosity
Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 X setiap hari selama
sebulan, Insyaallah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan
Allah.
86. Al Muqsith Maha Adil The Equitable/ The
Requiter
Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, Insyaallah
Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang
mengamalkannya.
87. Al Jamii' Maha Mengumpulkan The
Gatherer/ The Unifier
Sekairannya ada dikalangan keluarga kita atau
isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin
pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan
izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang
singkat.
89. Al Ghaniyy Maha Memberi Kekayaan The
Enricher/ The Emancipator
Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak
mungkin, Insyaallah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan
yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
90. Al
Maani Maha mencegah The Withholder/ The Shielder/ The
Defender
Mintalah kekayaan yang bermanafaat untuk kehidupan dunia &
akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini. Insyaallah segala
hajat kita akan tercapai.
91. Ad Dhaar Maha Memberi
derita The Distressor/ The Harmer
Asma' ini sangat berguna di dalam
ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama
dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir
ini sebanyak 1001 X pada setiap hari. Insyaallah dengan ikhtiar ini penyakit
itu akan cepat sembuh.
92. An Nafii' Maha Memberi
Manafaat The Propitious/ The Benefactor
Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy,
barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit,
sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan
kesusahannya dengan izin Allah.
93. An Nuur Maha Bercahaya
(Menerangi/Memberi Cahaya) The Light
Menurut Sheikh Ahmad Bin Muhammad
As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi
apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan akhirat kelak, maka
hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi &
petang.
94. Al Haadii Maha Pemberi Pertunjuk The
Guide
Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu,
kemudian dia tersesat, hendaklah dia memohon pertunjuk Allah dengan
memperbanyakkan zikir ini, Insyaallah akan diberikan pertolongan oleh Allah
akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. Al
Baadii Maha Pencipta Incomparable/ The Originator
Andai kita
mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita
itu berjaya & berjalan lancar, maka zikirkanlah dengan zikir ini sebanyak
500 X selepas solat fardhu. Insyaallah Tuhan akan memberikan pertolongan
hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. Al
Baaqii Maha kekal The Ever Enduring And Immutable
Amalkanlah
zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, Insyaallah dengan
ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah
terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir
ini.
97. Al Waarits Maha Pewaris The Heir/ The Inheritor
of All
Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 X selepas solat fardhu atau
sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah
pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 X . Insyaallah
berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan
berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98. Ar
Rasyiid Maha Pandai The Guide/ Infallible Teacher And
Knower
Walaupun kita tergolong di dalam golongan yang cerdas otak, namun
biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, Nescaya otak kita akan menjadi
bertambah cerdas.
99. As Shabuur Maha Sabar The Patient
And Timeless
Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka
perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh
pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.
Sumber : Saya nak minta izin, tapi takde ruang comment kat blog ni. Kepada owner blog. Maaf ambil tanpa izin.
Kejap tadi kawan kat facebook tag video ni, sure semua dah tau kisah Shila Amzah - Shanaaz Ahmad - ND Lala.
Kalau tak silap Shila Amzah ni baru 23 tahun ya?
Saya start ikut kisah mereka ni sejak Shanaaz Ahmad panggil dia sakai kat twitter hari tu (katanya kena hack)
Lepas tu lupa dah sapa Shanaaz Ahmad, sapa Shila Amzah, kemudian timbul kisah ND Lala tak kasi datang merisik.
Hah, sejak tu tiap hari sy buka beautifulnara nak tahu kalau2 ada new update.
Hah, menyibuk tak?
Sampailah time dia bagi email yang beautifulnara post tu macam matang jer.
Tapi bila lepas tu dia update twitter konon tak nak over protected , dah immature la pula.
Ok, kita anggap je dia dalam proses pembesaran!
Tiba-tiba teringat kisah belum kahwin dulu,
Dulu pun parents saya tak berapa suka boyfriend saya (ceewaahh!)
Saya tak seberani Shila Amzah untuk larikan diri, saya ambil tindakan mendiamkan diri.
Pretend nothing happen gitu,.
Dalam masa yang sama menangis dalam selimut.
Duk pulun menangis minta Allah SWT beri petunjuk,
Tak sampai setahun, Allah tunjukkan ZatNya..
Satu demi satu perangai tak berapa beradab dia muncul.
3tahun kemudian kami try nasib balik
Keputusan tu saya ambil setelah dia balik dari sekolah pondok (apa ke nama ntah) kat Alor Setar,Kedah.
Dah mula ingat mati..
Dah beradab..
Dah pandai bersabar..
Dan..
Setelah abah dah bertanya bila saya nak kahwin,
Lepas setahun merancang, setahun lagi bertunang, kini kami dah setahun bernikah.
Walaupun Allah beri saya orang saya sama,
Tapi..
Dalam tak sedar Allah beri saya orang yang lebih baik.
Lepas baca kisah Shila Amzah ni saya bersyukur,
Bukan saya kata saya lebih baik dari dia,
Tapi saya bersyukur kerana Allah menggerakkan hati saya untuk pilih jalan yang agak betul (walaupun agak menakut)..
Walaupun dulu saya duk menangis bawah selimut tapi saya tak melukakan hati kedua orang tua.
Dalam masa yang sama tentulah saya nak pertahankan cinta saya.
Walaupun payah, saya cuba buka mata, melihat masa depan kami dari kaca mata luar..
Kalau saya kahwin dengan dia, mampu ke saya bertahan?
Kalau saya kahwin dengan dia, mampu ke saya bersabar?
Kalau saya kahwin dengan dia, mampu ke saya melihat orang tua saya menangis?
Tiap hari saya pesan kat diri saya; 'Kalau saya mampu abaikan pandangan orang tua saya, 1 hari nanti saya pasti akan tinggalkan dia untuk orang lain'
Jadi, saya latih diri saya untuk setia & patuh pada yang sepatutnya; semestinyalah pada kedua orang tua saya.
"Eh,tak boleh lah macam tu, suami kena co-operate" bla bla bla bla ..
Memang saya dah agak dah tak boleh, tapi apa boleh buat, kalau sperm boleh beli kat Giant memang saya dah walk in Giant beli sperm, extra satu botol lagi, kalau-kalau sperm yang 1st tak berkualiti, kan..
"Saya ada baca tentang clomid, boleh tak saya try clomid tu?" Saya cuba bagi cadangan
"Kalau awak on clomid tapi sperm husband problem, tak guna juga"
Lepas saya mati akal, doc tu cadangkan pujuk husband, kalau sampai tarikh appoinment yang dia bagi husband tak nak bagi sperm, tel clinic, "minta tukar tarikh lain"
Cayalah doc!
Balik tu, saya baru start nak cerita, Wan terus tukar topic.
Haza memandang kosong, Memandang Mahali yang bergegas salin pakaian. "Mana tshirt abang color..." Haza memandang kosong, tanpa niat membantu. Mahali diam lepas sedar tiada bantuan. Tarik baju hijau dari almari dan sarungkan ke badan sasanya. Sembur perfume yang beratur diatas almari dan keluar.
Haza menenung kosong, tarik kain pelekat yang asalnya milik Mahali menutup muka.
Berharap dia akan tidur. Berhenti berfikir segala-gala ketidakpuasan hati.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Kecoh Haniah cemas menyambut salam Mahali "Tak tahu mama, saya balik dia tidur, sampai pagi tadi dia tak bangun, saya bersiap nak pergi kerja, dia tak bangun lagi. Lepas tengok sepapan bekas panadol baru saya sedar" "Sepapan dia telan?" Ahmad menjegil mata, bagaikan tak percaya tindakan yang anak perempuannya lakukan. "Kamu bergaduh ke?" Tanya Haniah Mahali terkejut dengan soalan itu, geleng kepala pantas.
"Abang beli tak?" Tanya Haza tak sabar rasanya bila melihat kelibat Mahali masuk. Sejak keluar dari hospital Haza kurang selera, tambah pula luka ditekaknya kesan tiub bantuan pernafasan tempoh hari. "Oh, abang lupa!" Mahali baru teringat Haza memesan buah epal. "Saya tak makan apa lagi, tunggu abang, ingat nak makan epal" Mahali memeluk Haza "Esok abang beli ya, abang penat sangat hari ni, nak tidur awal" Haza melepaskan nafas, tenang dalam pelukan. Mahali melerikan pelukan, mengambil telefon yang menjerit. "Hello..Bila?...Kat mana?.." Mahali mencapai jam tangan "10 minit lagi aku sampai" Haza menarik kain pelekat, menutup muka. "Haza, abang keluar kejap, teman Lan beli nasi air kat Kampung Bharu, bini dia demam, tak lalu makan" Haza menahan nafas dibalik kin pelekat.
Mahali menampar almari. Membuatkan Haza tunduk takut. Terkejut! "Apa lagi yang tak kena?" "Apa lagi yang tak cukup?" "Takde angin, takde ribut- Merajuk!" "Tak nak cakap sudah! Tak cakap langsung pun bagus" Mahali mencapai kunci kereta dan dompet. Keluar.
"Haza pun cantik juga" Jue memandang Haza sambil tersenyum manis Haza mambalas senyuman Jue, memandang Mahali "Huh, cantik apa? Make up je lebih" Balas Mahali ketawa sambil tangan merangkul Haza dalam pelukan. "Aku pun cantik make up juga. Make up dengan perempuan sama macam laki dengan rokok lah!" Kata-kata Jue disambut dengan ketawa kawan-kawan. Haza senyum, walaupun tak rasa nak senyum. Memilih untuk tak ketawa kerana tiada tawa yang mampu dihadiahkan.
"Kenapa balik?" Haza menoleh, Mahali duduk kemas diatas sofa "Sebab esok hari isnin? Sebab nak kerja?" Haza diam, berjalan menuju bilik. "Lepas ni, kalau nak keluar tak payah balik, keluar terus" Suara Mahali jelas dari luar. Haza keluar, berjalan ke dapur. Dari sisi mata Haza nampak Mahali menuju pintu. Keluar! Diikuti bunyi dentuman pintu. Haza duduk bersila didepan peti ais. Hampa! Bukan ini yang dia mahu. Haza berharap ada pujukan lepas dia tak pulang 2hari ini. Haza harap ada soalan yang bisa dia diajak berbincang dari hati ke hati. Tapi, seperti biasa.. Haza hampa lagi!
Haza ketawa lucu.
"Zalim tau!"
Mencapai kotak jam yang dilempar Mahali, dihulurkan semula pada Mahali.
"Zalim apa? Siapa zalim? Kalau awak nak mati, awak mati sorang-sorang, tak payah nak doakan saya mati!" Mahali menepis kasar tangan Haza dipehanya, bangun menuju dapur.
Haza terdiam, tak sangka Mahali boleh percaya hadiah jam seperti mendoakan kematian penerima.
Loceng berbunyi menandakan ada tetamu.
Haza bergerak ke pintu, masih memandang Mahali ..
Haza sungguh tak mampu nak terima bahawa Mahali mempercayai kepercayaan karut itu.
"Surprise!!!"
Haniff, Linda, Jue dan beberapa orang lagi berdiri riuh didepan rumahnya.
Haza tersenyum, membuka pintu luas membenarkan kawan-kawan Mahali masuk.
Riuh..
Haza menghampiri Mahali memeluk pinggang mesra.
Mahali melepaskan pelukan
"Ambil piring!" Arah Mahali sebelum meniup lilin hari lahirnya.
"Bro,kau memang best bro!!" Mahali menepuk bahu Hanif sambil menyarung kasut sukan Nike terbarunya.
"Hahaha, tapi Haza jangan bagi kasut kat Mahali pula, cina percaya bagi kasut kat pasangan, nanti pasangan cari lain" Kata Haniff sambil ketawa
"Oh, kalau macam tu, esok abang bagi duit, awak beli kasut hadiah kat abang" Balas Mahali turut ketawa.
Haza senyum.
Haza memandang ibunya, Haniah teresak-esak menangis dari tadi sambil dipujuk Miza. Sementara ibubapa mertuanya, Haji Bahar dan Hajah Esah duduk tenang, sesekali berbisik.
Tiada apa mampu dia lakukan, Haza dah nekad. Haza menoleh melihat Ahmad dari ekor mata, ayahnya kelihatan tenang, walau ada riak kecewa dimatanya. "Mahali.." Haniah bangun memeluk Mahali yang baru masuk kerumah. Mahali meleraikan pelukan Haniah dengan lembut, menghampiri Haza. Haza memandang Mahali, setiap detik diisi dengan setiap inci segala tentang Mahali. Melihat Mahali mengangkat tangan kanannya, wajah bengisnya. Pedih! "Ya Allah, cukup!!!" Jerit Hajah Esah. "Kakak!!!" Jerit Miza dalam tangis, Miza berlari mendapatkan Haza,memang sejak dari tadi Miza yang menenangkan semua, Miza datang memeluk Haza sambil Ahmad & Haji Bahar datang meredakan Mahali. Haza kaku tak bergerak seinci, walaupun pipinya pedih. "Apa lagi yang tak kena?" "Apa lagi yang tak cukup?" "Aku bagi kau segala-galanya, ini balasan kau!" Jerit Mahali sehabis suara.
"Sabar..sabar.." Haji Bahar meredakan anaknya. "Sekarang ni mana jantan tu?" "Kenapa dia tak datang? Takut?" "Kenapa dia tak datang???!" Jerit Mahali, dia tak kisah, biar seluruh alam tahu. Dia tak peduli.
"Sudah tu! Sudah!" Suara Hajah Esah dalam raung
Haza mengangkat muka, memandang Mahali yang kembali menghampirinya.
Haza tunduk.
Menahan apa saja yang diberi.
Haza merasa tiap inci kepalanya ditampar bertalu-talu.
"Mana jantan tu?"
"Aku tanya mana jantan tu?"
Jeritan marah bertukar sedih.
Mahali terduduk dilantai, didepannya.
"Apa lagi yang tak cukup?" "Apa lagi yang tak cukup?" Tanya Mahali dalam esakan.
Mahali menangis menyembam muka dilututnya. Haza diam.
"Aku, Mahali Bin Bahar ceraikan kau,Syaz Haliza Binti Ahmad dengan talak tiga" "Ya Allah!!!" Terdengar suara Hajar Esah menangis hampa.
"Haza.." Suara esakan Haniah menyusul.
"Apa yang kakak buat ni?" Tanya Miza simpati Haza diam. "Kenapa tak bercerai elok-elok? Kenapa kena tipu macam ni? Sekarang semua dah anggap kakak curang" "Biar"Jawab Haza ringkas "Kenapa tak bincang elok-elok" "Dia tak pernah bagi akak ruang untuk berbincang" Jawab Haza jelas. "Habis tu, lepas ni macam mana?"