Thursday, March 29, 2012

Google Earth membuktikan kebenaran mukjizat Rasulullah!

(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. 
- Al Baqarah ayat 151



KISAH PELAJAR UIA MIMPI JUMPA RASULULLAH

Tuesday, March 27, 2012

Kekal

Hentikan rasa ini kerana ia sakit,
Hentikan rasa ini kerana ia dosa,
Hentikan rasa ini kerana ia salah,
Kekalkan cinta hanya pada kamu.
Satu-satunya 'kamu'

Thursday, March 22, 2012

Indonesia: KL setuju satu tugas, gaji RM700 - Nasional - Sinar Harian

Sila baca ini ;Indonesia: KL setuju satu tugas, gaji RM700 - Nasional - Sinar Harian tak tahu lah betul ke tak apa yang wartawan ni tulis, tapi kalau betul berlagak sangat statement Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia, Suryana Sastradiredja ni. Kerja dekat kedutaan sepatutnya mendamaikan kedua negara, bukan bagi statement yang lagi tambahkan api pada bara yang menyala.

Kalau betul MOU sudah ditandatangani, memang ...lah siapa yang tandatangai MOU tu, 1 kerja RM700, kena buat pilihan antara pembantu rumah, pengasuh, penjaga orang tua dan memasak. So, kalau kita perlukan pembantu rumah, anak-anak kita kita kena hantar pergi taska, RM700 + RM350 = RM950, kalau taknak hantar anak pergi taska, tinggalkan anak dekat rumah dengan kos RM1400. Biarkan anak kita kebulur tak makan, fasal kalau diorang makan kena bayar lagi RM2100.Sementara ada mereka kat rumah, jangan bagi orang tua datang rumah kita, sebab nanti kena up lagi RM700. 

Okey, jangan mengada-ngada nak jadi mem besar, bayangkan kita masak siap-siap malam tu dan kemas rumah juga, kita hire bibik ni untuk jaga anak dan orang tua kita. Dengan kos RM1400 tu, bayangkan apa yang berlaku ;


  • Jam 6.30-7.30 kita (atau bibik) siapkan anak dan hantar ke sekolah kebangsaan. Bibik tu siapkan orang tua kita, mandikan, suapkan makanan, bagi makan ubat.. (orang tua ni suka tidur, kul 10-12 tu diorang tidur. Apa yang bibik buat waktu tu?)
  • Jam 1.30++ anak kita balik, bibik siapkan dan anak ke sekolah Fardu Ain, bibik suap lagi orang tua kita makan.
  • Jam 5-6, anak balik sekolah agama dan bibik mandikan. siapkan anak dan orang tua dan bagi makan.
  • Jam 6-7, kita balik kerja, masak untuk makan malam, sambil2 kemas rumah, basuh baju. Bibik? Lepak dalam bilik? Tengok sinetron guna TV Flat screen HD sambil makan tempe goreng??
Yes, sangat gembira! Kita dapat duit tolak KWSP, SOCSO, tax lagi, lepas tu kena bayar rumah,makan,segala bagai. Diorang? tampon pun majikan belikan.

Kita ni berlembut sangat dengan diorang, diorang kutuk kita berbakul-bakul. Berlagak nak bekukan pekerja mereka, tak payah ambil, tengok berapa ramai lagi yang duk tepi jalan minta sedekah.

Rujuk perenggan terakhir Sinar Harian ; 

"Mereka pastinya akan memilih untuk bekerja di negara lain seperti Hong Kong, Singapura ataupun Arab Saudi yang menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi berbanding di sini," katanya lagi. 

Pergilah! Bawa semua-semua kerabat kamu yang menganggur kat Malaysia ni, ayat tak nak kalah! Menurut seorang cleaner berbangsa Indonesia yang saya temui, mereka taknak ke Hong Kong, Singapura atau Arab sebab mereka lebih zalim. Menurutnya lagi, mereka hanya hantar orang yang pandai je ke negara-negara tersebut, yang bodoh-bodoh dihantar ke Malaysia. Jadi apa kejadahnya kita nak bayar harga yang hampir dengan gaji majikan untuk pekerja yang lemah IQ?

Wednesday, March 21, 2012

Friend Yang Best

Best friends are like diamonds, precious and rare. False friends are like leaves, found everywhere.


Rasa Ini

Lagi, lagi dan lagi..
Kamu masih lagi disini,
Rasa ini,
Kekal dalam hatiku..

Masih, masih dan masih,
Masih belum ada jawapan,
Rasa ini..
Mengapa kamu masih kekal disini.

Walau telah penat aku cuba kurangkan,
Rasa ini..

Tapi tak pernah sedetik pun aku berjaya,
Kurangkan rasa rindu ini.




Tuesday, March 20, 2012

It Will Rain

Keep alerts kat tulisan merah tu ;

There's no religion that could save me
No matter how long my knees are on the floor, oh


Nauzubillah, minta jauh la..
Lantaklah cinta ke, sayang ke..
Apa pun yang jadi, janganlah sampai jadi kat kita dan anak cucu kita.


Lahanat tau kafir ni!


If you ever leave me, baby,
Leave some morphine at my door
Cause it would take a whole lot of medication
To realize what we used to have,
We don't have it anymore.

There's no religion that could save me
No matter how long my knees are on the floor, oh
So keep in mind all the sacrifices I'm making
To keep you by my side
And keep you from walking out the door.

Cause there'll be no sunlight
if I lose you, baby
There'll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain

I'll never be your mother's favorite
ah ,Your daddy can't even look me in the eye
Oooh if I were in their shoes, I'd be doing the same thing
Saying there goes my little girl
walking with that troublesome guy

But they're just afraid of something they can't understand
Oooh well little darling watch me change their minds
Yeah for you I'll try, I'll try, I'll try, I'll try
I'll pick up these broken pieces 'til I'm bleeding
If that'll make it right

Cause there'll be no sunlight
if I lose you, baby
There'll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain

Ooooh Don't just say
goodbye, don't just say, goodbye
I'll pick up these broken pieces 'til I'm bleeding
If that'll make it right

Cause there'll be no sunlight
if I lose you, baby
There'll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain, rain...

Tak tahu maksud ke?
Meh kita minta tolong makcik google.





Thursday, March 15, 2012

Milik DIA, Sang Maha Pencipta.

"Betul ka hang nak nikah dengan dia?" Tanya arwah mak

"Dah kawan dengan dia, nak nikah dengan sapa lagi?"
Semudah itu caturan saya tentang hidup, 
Kawan dengan seorang lelaki dan saya sangka saya pasti akan nikah dengan dia,
Lepas nikah saya teruskan rutin sebagai isteri.

Hingga satu malam kawan sms bertanya "Dah ada ke?"
Dan lagi..
Dan tanya lagi..
Dan lagi..

Saya beli pregnancy test, 
dan beli lagi ..
dan beli lagi ..
dan lagi .. 

Hampa, 
hampa lagi..
dan kekal hampa.

Hingga hari ini,
sudah 75 hari kami nikah, tapi kekal hampa.
sudah 4 kali saya periksa, tapi tiada makna.

Not Pregnant - Milik Google


Hari ini 15 Mac 2012
Walaupun baru 75 hari, 
Harapan saya setinggi gunung,
Impian saya seluat lautan.

Tiba-tiba saya tersedar,
Mungkin Allah permudahkan jalan saya dalam perkahwinan,
Berkahwin dengan satu-satunya lelaki yang saya kenal, karib dan cinta.
Mungkin jalan untuk memiliki anak agak jauh, supaya saya yang terlupa ini sedar bahawa rezeki itu milik DIA,
Sang Maha Pencipta.

Lagi Lagi LHDN Lagi ..

Arrrgh!!!
Penat dah dengan LHDN ni, 
Mula-mula dengan No. Cukai Pendapatan, ni nak No. Pin pula!
Dah lah korang nak hambik duit kami-kami yang tak seberapa jumlahnya ni, 
lepas tu banyak pula prosedurnya.

Saya salah ke korang yang salah?
Sila kaji balik betapa korang menyusahkan rakyat ;



Kejadah mende suh telefon pula?
Sungguh, saya sungguh-sungguh tak faham!

Lepas saya e-mail segala bagai bleh pula korang reply ;


Tuan/Puan,
Ini merupakan maklumbalas secara automatik terhadap e-mel tuan/puan.
E-mel tuan/puan telah diterima pada  3/15/2012 jam 12:15:40 PM.
Untuk makluman tuan/puan, pegawai kami sedang menyemak soalan-soalan yang dikemukakan dan kami berharap dapat mengemukakan jawapannya dalam tempoh terdekat.
Bagi memudahkan pihak kami mengesan dan menyemak e-mel asal tuan/puan, sila gunakan nombor yang tertera di sebelah atas mesej tersebut.
Pihak LHDNM juga menyediakan perkhidmatan Tele Info 24 jam bagi kemudahan mendapatkan maklumat percukaian. Sila hubungi talian Tele Info di 03-42893636 untuk menggunakan kemudahan ini. Senarai  Kod Info boleh diperolehi di www.hasil.gov.my.
Dari
Pusat Khidmat Pelanggan
Jabatan Khidmat Koprorat LHDNM

Wednesday, March 14, 2012

Bahana Tinggalkan Solat

OST 7 Petala Cinta

Tak reti nak copy video.
Tapi, 
kalo nak tengok shortfilm dia apakata buka sini
Yessza, jom copy paste jadi shoutout kat FB sekarang!


Assalamualaikum Cinta
Walaikumsalam Rindu..

Jangan biarkan hadirmu sekejap mata,
Dan, jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara.

InsyaAllahu Taala.

 Lirik OST 7 Petala Cinta 

Semakin hebat rindu ku,
Semakin deras degupku,
Semakin teguh cintaku,
Kepadamu...


Hembusan nafasku saluti,
Kata-kata penuh bermakna,
Semua rinduku tersusun dihati,
Menantikan masa...


Tujuh petala Cinta,
Berbisiklah kedengaran,
Terhamparlah syahadah,
Titik-titik percintaan...


Ohhhh..


Kasih, dengarkanlah rindu kepadamu,
Cinta, kepadamu hidup untukmu


Kasih, Ku di cinta
Hatiku bergema hiasi cahaya,
Bersemilah rasa


Penyanyi/Lirik/Komposer : Dakmie

7 Petala Cinta

Wan kata ada tayangan filem 7 Petala Cinta di UiTM Puncak Alam, 
Sebab otak saya fikir tayangannya malam, terus saya terfikir nak seludup masuk UiTM malam nanti, rupanya jam 2 kejap lagi.
Huhu, niat jahat ngakk bisa diteruskan (sedih)
Jangan bimbang, saya tetap akan ke panggung, paling tidak pun ke Astro First! Bukan senang Malaysia nak keluarkan kisah- kisah macam ni, penat dah mata tengok pakaian-pakaian pelakon yang America Wannabe lagaknya.


Ambil dari sini
Sinopsis :

Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.
Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.
Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?

The Cloud Security Event of The Year

Bagai malam perlukan siang,
Bagai irama perlukan lagu,
Bagai aku perlukan kamu,..
Untuk hadirkan kami ke talks ini.


Ngapain kamu perlu cuti waktu kami perlukan approval kamu?
Ngapain?
Ngapain?!
Iye, itu agak over! 
saya setuju.

Tuesday, March 13, 2012

Masih Cinta

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta

Pinjam kat dia



Gelangku Hilang !!!

Pernah hilang barang kemas?
Pula tu barang kemas tu adalah gelang batal air sembahyang masa kahwin hari tu.
Huarrrrghh !!!

Pic ni dari sini 

Itu lah yang berlaku hujung minggu hari tu, saya ke Puncak Alam seperti biasa.
Masa tengah mandi limau kat rumah Abg Lee yang sepatutnya dah boleh panggil pakcik tu, Wan suruh saya tanggalkan cincin dan gelang tangan.
Saya, sebagai isteri yang patuh pun menurut perintah, Wan letak dalam poket baju dia.
Balik tu dah jam 2pagi, terus tidur.

Petang esoknya, waktu Wan nak hantar saya balik PJ tiba-tiba Wan tanya
"Ayang dah ambil gelang tangan yer?"
"Takde" Jawab saya penuh manja
"Jangan main-main ayang, ayang dah ambil yer?" Wan melaung dari bilik
Lantak!
Malas nak layan.

Wan drive pergi kat rumah Abg Lee, takde.
Wan tgk kat laman rumah Abg Lee, takde.
Wan drive balik tengok kat parking  rumah sewa, takde.
Wan naik pergi kat rumah sewa semula, takde.

"Macam mana ni ayang?"
Angkat bahu
"Matilah, apa abg nak jawab dengan abah ni?"
Angkat bahu
"Ayang nak naik bagitau ke abg kena bagitau sendiri?"
Angkat bahu

Tak sampai 50 meter nak sampai tol Batu 3 telefon Wan berbunyi, Wan pick up.
"Assalamalaikum"
"Ya, Abg Lee"
"Ya ka? Alhamdulillah"
"Terima kasih banyak banyak"
"Kirim salam kat anak"
"Walaikumsalam"

Wan pandang saya dan senyum.
Betapa manisnya, manisnya senyumanmu..

TQ Makcik Google

Thursday, March 8, 2012

Lirik Semoga Abadi - Misha Omar

TQ Google


Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir daku sedari
Sekian lama kunanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya kujalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

Cinta ini
Kupersembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu
Seandainya engkau mengerti
Hanya kau kumiliki
Dalam hidupku

Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan kubawa sampai akhir nanti 

Wednesday, March 7, 2012

Part Time @ Layar Cafe

Sambungan kisah Part Time hari tu, 
hari pertama saya sampai ke Layar Cafe tu lebih kurang jam 8:30 pagi,
sangat kekok,
walaupun saya biasa masak kat rumah, berbeza dengan menguruskan makanan dalam jumlah yang banyak.
bungkus-bungkus lauk je sebenarnya,
Pack-pack nasi, sambil-sambil belajar dialek Indonesia, tapi bukan dialek macam dalam TV tu, ni dialek lain,
ala-ala Sabah Sarawak pun ada kot.
Kul 3 saya dah penat gila.
Berbeza sangat kerja ala-ala kilang ni dengan kerja kat office,
Kul4:20 saya baru nak terkedek-kedek cari surau.
Leganya dapat duduk.
Kul5 Wan habis kerja dan sampai.
Balik!!!


Balik tu Wan ajak pergi pasar malam,
Belanja sampai nak tambah sehelai baju amount RM35 pun dah takde,
Wan tinggal RM0 (kononnnnn!)
Saya tinggal RM2 (sungguh!)
Tapi hati saya kuat mengatakan Wan kata dia dah takde duit sebab dia tak suka baju tu.


Esoknya pun kegiatan yang sama berlaku,
tapi second day ni dah berani jalan dalam bangunan tu dah,
dah berani duk kaunter jadi cashier juga.
Part paling menarik ,
bila petang tu Kak Niza the Owner salam penuh erti,
Balik kul 4 lebih, sangat indah!


Dalam kereta saya kira.
Wah, RM100 untuk 2hari,
makan minum dia tanggung,
siap bagi kami duduk apartment dia lagi,
dah lah apartment tu fully furnished,
duduk free pula tu!
Wah, 
I Love You Layar Cafe!


Sudahnya, hari isnin tu saya tidur waktu sehat, tersengguk-sengguk lagi.
Sangat seksa!
Jari-jari sakit - Yes, we call it as mengada-ngada!

Income Tax Milik LHDN

Saya cuba telefon LHDN from 2 days back tapi resultnya = takde result
Bila minta EA form dari HR, dan tengok amount PCB yang .. 
( untuk orang lain mungkin lah sikit, tapi untuk saya yang gaji ciput ni amount tu banyak kooowwwtttt )
terus saya bersemangat waja tel LHDN lagi, but still same, hampa!!
Rasanya no 1300 88 3010 tu line akan putus lepas 3 kali dia bagitau talian sedang sibuk kot, sebab line akan putus tiap kali perempuan tu bagitahu talian sedang sibuk untuk kali ketiga.

Yesssza, tel la 1300 88 3010 tu sampai berjaya!


Saya buka page alamat dia dan tel,..
tel cawangan sek.9 Shah Alam tak angkat,
tel cawangan Damansara PJ tak angkat juga,
tel cawangan sek.9 Shah Alam angkat tapi..
transfer..
transfer..
transfer..
putus !

Lagi..

transfer..
transfer..
transfer..
Eh, suara?!
Berjaya? 
So, saya cakap dengan sorang 'cik' ni..

Rupanya kena ada No.Cukai Pendapatan Pekerja, untuk dapatkan no ni kena register dulu.
Done!
'Cik' tu berjaya mendaftar LHDN untuk saya,
My collegue pun apa lagi, ambil kesempatan untuk tumpang minta..
Dan-dan tu Zie pula datang..
Nasib mak tak kena hamun dengan 'cik' tu..
Suka sangat!
Terima Kasih 'Cik' 
Syabas LHDN Shah Alam!

Friday, March 2, 2012

Part Time Worker

Serta merta lepas Wan bagitau dia ada OT hujung minggu ni, otak saya dah fikir perbuatan-perbuatan yang layak diisi untuk memenuhi aktiviti dihujung minggu.


Jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa ke..
Merayap sorang-sorang ke..
Tengok Adnan Sempit II yang diorang kata best ke..

Tengah harinya Wan telefon, bagitau Kak Nisa, catering kenduri kami hari tu minta tolong bantu dia hujung minggu ni.

Haha, mampu ke saya?

Orang kata, clumsy people cam saya ni tak boleh buat kerja dapur. Yesza, tu la alasan menarik selama ni, tapi kali ni cam excited pula. Tak pernah saya buat kerja-kerja macam ni, part time kat catering.

Minta-minta lah tak de drama yang jadi weekend ni..



Masa belajar dulu adik saya selalu je join kawan-kawan dia pergi buat part time ni.

Saya bagitau Wan, saya tak pernah buat tapi kalau nak saya tolong, saya ok jer.

Wan kata "Tak pe lah, dari duduk rumah tunggu abang balik, baik  ayang pergi, nanti boleh abang intai-intai"

Haha, sweetnya.

Kalau masa bercinta dulu sure lagi indah, tengah-tengah buat kerja buah hati datang intai. Miooooww~