Monday, February 20, 2012

Sihir

Waktu menyibuk menebeng di meja Puan Siti, saya jumpa surah Al-Baqarah,
Tahu dah surah ni panjang tapi tadi baru realise 1:58minit plus-minus.
Rupanya, surah Al- Baqarah ayat 102 ada menerangkan tentang sihir.
Patutnya Wan selalu suruh baca surah ni.




“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Tapi ada lagi ke orang yang melayan benda-benda macam ni zaman ni?
Hairan,
kalau saya, bila benci kat orang terus menyampah nak ambil tahu apa-apa tentang dia, 
nak ingat dia pun tak nak, apatah lagi nak sebut nama.
Tapi bayangkan orang-orang yang busuk hati ni, sanggup pula dia pergi jumpa pawang rabu, nak-nak pula kena bagi gambar ke, rambut ke,.. 

Menurut dia, saya tertarik pada sihir pemisah ni, simptom-simptom dia macam tak nampak kena sihir,nampak macam perbuatan tu neutral sebab mereka dah tiada rasa cinta. 
Bayangkan 1 pasangan ni tiba-tiba ada simptom ni, dan tanpa sedar mereka dah disihir mereka berpisah dan tanpa berubat mereka membiarkan syaitan menang
Sedihnya ;

Punca
Dalam masyarakat Melayu, tukang-tukang sihir selalunya akan meminta nama pasangan yang terlibat berserta nama ibu masing-masing, juga bahan-bahan tertentu, seperti gambar, baju, kain, seluar dalam atau apa jenis pakaian yang telah dipakai.
Sekiranya bahan-bahan yang diperlukan itu tidak didapati, tukang sihir berkenaan akan melakukan sihir dengan menggunakan kalimah-kalimah sihir dan disuruh agar air yang dijampi tadi dituang di tempat laluannya, menyebabkannya terkena sihir apabila dia melangkahnya. Bahan air tadi boleh juga dimasukkan dalam makanan atau minuman.

Simptom
Antara simptom-simptom yang sering diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:

1. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.

2. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menanayai isteri atau sebaliknya.

4. Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun tidur sebilik.

5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.

7. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang it telah melafazkan cerai, padahal it tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal di antara suami dan isteri.

Wallahualam, semoga kita bukan dalam golongan mereka-mereka yang sesat.

No comments: