Wednesday, February 22, 2012

Ciri-ciri Bakal Suami


-Beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” [al-Tahrim 66:06]
Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Taubah 9:71]
-Bertanggungjawab terhadap semua benda
Kata orang, kalau nak tahu seseorang tu bertanggungjawab ke tak, lihat bagaimana cara dia menzahirkan rasa tanggungjawab tu pada keluarganya.
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” [al-Nisa’ 4:36]

-Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
“Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.” [Shahih Muslim, no: 2594]
-Berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar

-Tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya

-Rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
“Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.” [Shahih Muslim, no: 2137]

No comments: