Monday, February 27, 2012

Power Of Wife

Siapa kata isteri tak berkuasa?
Siapa?
Siapa?

Semalam waktu Wan membebel-bebel pasal tanggungjawab lah, 
pasal hak suami-isteri lah, 
pasal bla bla bla..

Tiba- tiba suara Wan saya dengar bagaikan didodoi empuk ..
Beserta diiringi suara merdu burung berkicau.

Saya ambil bantal, peluk gembira, tapi bila Wan tegur saya tak dengar apa yang dia cakap saya duduk bersila semula.

Walaupun waktu tu saya duduk bersila statik macam ada bengkung kat perut tepat memandang botol toner seri mawar.

Waktu itu,
Baru saya sedar,
Sejak jadi isteri ni saya mampu mengalihkan otak saya ..
bukan saja berfikir diluar kotak,
tapi mengeluarkan otak saya dari sarangnya,
saya bawa dia jalan-jalan keluar dari tempat yang saya berada waktu tu,

Telinga saya pun dah ada kuasa yang sama,
Kuasa luar biasa,
Saya mampu dengar dengan jelas siaran kat TV.
Sedangkan TV ada kat ruang tamu.

Wah!!!
Hebak mung  Adawiah!!

But then, 
walaupun kedengaran kurang sopan bila tak layan apa yang suami nasihat,
tapi rasanya teknik ni wajar untuk isteri-isteri yang berpantang macam saya,
yesssza, pantang dicabar!
Mulut ni lancang je nak menjawab!

So, baik booo-layan!

Friday, February 24, 2012

Pergi..

Pergi,
Kerana aku tak mampu menjaga hatimu..
Pergi,
Kerana aku tak mampu membelai dirimu..
Pergi,
Aku tak mampu menatangmu..
Pergi,
Kerana kau hanya akan terluka kernaku.

Namun,
Sejauh mana pun kau pergi aku pasti akan kejar.
Namun,
Sejauh mana pun kau pergi pasti aku ekori.
Namun,
Sejauh mana pun kau pergi pasti ku menyusul.

Kerana,
Aku adalah tulang rusukmu.






Wednesday, February 22, 2012

Etika Penggunaan Email

Ciri-ciri Bakal Suami


-Beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” [al-Tahrim 66:06]
Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Taubah 9:71]
-Bertanggungjawab terhadap semua benda
Kata orang, kalau nak tahu seseorang tu bertanggungjawab ke tak, lihat bagaimana cara dia menzahirkan rasa tanggungjawab tu pada keluarganya.
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” [al-Nisa’ 4:36]

-Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
“Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.” [Shahih Muslim, no: 2594]
-Berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar

-Tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya

-Rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
“Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.” [Shahih Muslim, no: 2137]

Lirik Pastikan - Siti Nurhaliza

Lihatlah langit di atas sana
Tersenyum melihat tingkah kita
Selalu ada peristiwa
Yang membawa pertengkaran

Maksud ku hanya ingin yang baik
Untuk kita berdua dalam bercinta
Baiknya aku buruknya aku
Terimalah aku apa adanya

(Korus)
Pastikan kau dengan aku
Jangan ada cinta lain
Tak pernah aku terlintas
Niat ku untuk berpaling

Maafkanlah aku sayang
Bila belum kau bahagia
Sejauh langit di atas
Kan ku kejar bahagiamu

Biar langit dan bumi meruntuh
Biar jasad kita tertimbun di sana
Tetap bersama, tak ingin lepas
Mencintaimu ku jadi begini


Tuesday, February 21, 2012


Sembang- sembang-sembang..
Wan kata ; 
"Walau apa pun terjadi abg tak kan tinggalkan ayg"
Argghh, sweetnya!
But still..
Orang tua-tua kata; 
"Bagi 50% je hati pada mereka, bila terluka kita still ada balance 50% lagi"


Monday, February 20, 2012

Terjemahan Surah Qaaf

Surah 50, Surah Qaf : 45 ayat. 

Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani). 

50-1:  Qaf. Demi al-Qur’an yang sangat mulia.  
50-2:  Bahkan mereka hairan, bahawa datang kepada mereka seorang pemberi peringatan daripada (kalangan) mereka sendiri. Maka berkatalah orang kafir: "Ini adalah suatu yang ajaib.” 
50-3:  “Apakah setelah kami mati dan setelah menjadi tanah (kami akan dibangkitkan)? Itu adalah suatu pengembalian (kebangkitan) yang tidak mungkin.” 
50-4:  Sesungguhnya Kami (Allah) mengetahui apa yang dihancurkan oleh bumi daripada (tubuh-tubuh) mereka, dan pada sisi Kami (Allah) ada kitab yang terpelihara. 
50-5:  Bahkan mereka telah mendustakan kebenaran tatkala ia datang kepada mereka, maka mereka berada dalam kebingungan.  
50-6:  Maka apakah mereka tidak memperhatikan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami (Allah) meninggikannya dan menghiasinya, dan tidak ada baginya keretakan sedikit pun?  
50-7:  Dan bumi itu Kami (Allah) hamparkan, dan Kami (Allah) letakkan padanya gunung-gunung, dan Kami (Allah) tumbuhkan padanya pelbagai jenis yang indah.  
50-8:  Pemandangan dan peringatan bagi setiap hamba yang kembali.  
50-9:  Dan Kami (Allah) turunkan dari langit air yang mengandungi berkat, lalu Kami (Allah) tumbuhkan dengannya pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam.  
50-10:  Dan pohon tamar yang tinggi-tinggi, yang mempunyai mayang yang bersusun-susun.  
50-11:  Rezeki bagi hamba-hamba, dan Kami (Allah) hidupkan dengannya negeri yang mati. Seperti itulah kebangkitan.  
50-12:  Telah mendustakan sebelum mereka kaum Nuh, dan penduduk Rassi, dan (kaum) Samud.  
50-13:  Dan (kaum) ‘Ad, dan Fir’awn, dan saudara-saudara Lut.  
50-14:  Dan penduduk Aikah, dan kaum Tubba, semuanya telah mendustakan para rasul, maka layaklah mereka diancamkan. 
50-15:  Maka apakah Kami (Allah) letih dengan penciptaan yang pertama? Bahkan mereka dalam keragu-raguan tentang penciptaan yang baru. 
50-16:  Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia, dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami (Allah) lebih hampir kepadanya daripada pada urat lehernya.  
50-17:  Ketika dua pencatat, di sebelah kanan dan di sebelah kiri, (mereka) duduk. 
50-18:  Tidak diucapkannya sepatah perkataan pun melainkan pada sisinya ada Raqib (pengawas), ‘Atid ( yang sentiasa hadir). 
50-19:  Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya. 
50-20:  Dan ditiuplah sangkakala. Itulah hari yang diancamkan. 
50-21:  Dan datanglah tiap-tiap diri, bersama dengan seorang pengiring dan seorang penyaksi. 
50-22:  Sesungguhnya kamu dalam kelalaian daripada (hal) ini, maka Kami (Allah) singkapkan dari pada kamu tutupan, maka penglihatan kamu pada hari itu amat tajam. 
50-23:  Dan yang menemaninya berkata: "Inilah yang tersedia pada sisiku.”  
50-24:  Lemparkanlah oleh kamu berdua ke dalam Neraka Jahanam semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala.  
50-25:  Yang menghalangi kebaikan, melampaui batas, lagi ragu-ragu.  
50-26:  Yang menjadikan beserta Allah ilah (tuhan-tuhan) yang lain, maka lemparkanlah dia ke dalam seksaan yang sangat. 
50-27:  Yang menemaninya berkata: "Rabbana (wahai Tuhan kami)! Aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.”  
50-28:  (Allah) berfirman: "Janganlah kamu bertengkar di hadapan-Ku (Allah), dan sesungguhnya Aku (Allah) telah memberikan ancaman kepadamu.” 
50-29:  Tidaklah dapat diubah-ubah perkataan (ketetapan) di sisi-Ku (Allah), dan tidaklah Aku (Allah) menganiayakan hamba-hamba-Ku (Allah).
50-30:  Pada hari Kami (Allah) bertanya kepada Jahanam: "Apakah kamu sudah penuh?" Dia menjawab: "Masih adakah tambahan?"  
50-31:  Dan didekatkanlah syurga kepada orang yang bertakwa, tidaklah jauh. 
50-32:  Inilah yang dijanjikan kepada kamu, (iaitu) kepada setiap yang kembali, lagi memelihara. 
50-33:  Orang yang takut kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah), di dalam ghaib, dan dia datang dengan hati yang bertaubat.  
50-34:  Masuklah ke dalamnya dengan sentosa, itulah hari yang kekal. 
50-35:  Bagi mereka di dalamnya apa yang mereka kehendaki, dan pada sisi Kami (Allah) ada tambahannya. 
50-36:  Dan berapa banyaknya Kami (Allah) binasakan sebelum mereka daripada generasi-generasi, yang mereka itu lebih besar kekuatannya daripada mereka ini, maka mereka itu pernah menjelajah di beberapa negeri, adakah mendapat tempat lari? 
50-37:  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar (terdapat) peringatan bagi orang yang mempunyai hati, atau yang menggunakan pendengaran, sedang dia menyaksikan. 
50-38:  Dan sesungguhnya Kami (Allah) ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara kedua-duanya dalam enam masa, dan Kami (Allah) tidak ditimpa keletihan.  
50-39:  Maka bersabarlah engkau terhadap apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Rab (Tuhan)mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam.  
50-40:  Dan pada malam hari bertasbihlah jua kepada-Nya (kepada Allah), dan setelah selesai sujud. 
50-41:  Dan dengarkanlah, pada hari penyeru menyeru daripada tempat yang dekat.  
50-42:  Pada hari mereka mendengar teriakan dengan sebenar-benarnya, itulah hari keluar. 
50-43:  Sesungguhnya Kami (Allah) menghidupkan dan mematikan dan kepada Kami (Allah) jualah tempat kembali. 
50-44:  Pada hari bumi terbelah-belah, lalu mereka (keluar) dengan cepat. Pengumpulan yang demikian adalah mudah bagi Kami (Allah). 
50-45:  Kami (Allah) lebih mengetahui tentang apa yang mereka katakan, dan engkau bukanlah seorang pemaksa terhadap mereka. Maka berilah peringatan dengan al-Qur’an kepada orang yang takutkan ancaman-Ku (Allah). 

Sihir

Waktu menyibuk menebeng di meja Puan Siti, saya jumpa surah Al-Baqarah,
Tahu dah surah ni panjang tapi tadi baru realise 1:58minit plus-minus.
Rupanya, surah Al- Baqarah ayat 102 ada menerangkan tentang sihir.
Patutnya Wan selalu suruh baca surah ni.




“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Tapi ada lagi ke orang yang melayan benda-benda macam ni zaman ni?
Hairan,
kalau saya, bila benci kat orang terus menyampah nak ambil tahu apa-apa tentang dia, 
nak ingat dia pun tak nak, apatah lagi nak sebut nama.
Tapi bayangkan orang-orang yang busuk hati ni, sanggup pula dia pergi jumpa pawang rabu, nak-nak pula kena bagi gambar ke, rambut ke,.. 

Menurut dia, saya tertarik pada sihir pemisah ni, simptom-simptom dia macam tak nampak kena sihir,nampak macam perbuatan tu neutral sebab mereka dah tiada rasa cinta. 
Bayangkan 1 pasangan ni tiba-tiba ada simptom ni, dan tanpa sedar mereka dah disihir mereka berpisah dan tanpa berubat mereka membiarkan syaitan menang
Sedihnya ;

Punca
Dalam masyarakat Melayu, tukang-tukang sihir selalunya akan meminta nama pasangan yang terlibat berserta nama ibu masing-masing, juga bahan-bahan tertentu, seperti gambar, baju, kain, seluar dalam atau apa jenis pakaian yang telah dipakai.
Sekiranya bahan-bahan yang diperlukan itu tidak didapati, tukang sihir berkenaan akan melakukan sihir dengan menggunakan kalimah-kalimah sihir dan disuruh agar air yang dijampi tadi dituang di tempat laluannya, menyebabkannya terkena sihir apabila dia melangkahnya. Bahan air tadi boleh juga dimasukkan dalam makanan atau minuman.

Simptom
Antara simptom-simptom yang sering diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:

1. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.

2. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menanayai isteri atau sebaliknya.

4. Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun tidur sebilik.

5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.

7. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang it telah melafazkan cerai, padahal it tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal di antara suami dan isteri.

Wallahualam, semoga kita bukan dalam golongan mereka-mereka yang sesat.

Friday, February 17, 2012

Pervert!!!

Pervert;

For other uses of pervert or perversion,
Perversion is a concept describing those types of human behavior that are excessive or deviated from what is considered to be orthodox or normal. Although it can refer to varying forms of deviation, it is most often used to describe sexual behaviors that are seen by an individual as abnormal, repulsive or obsessive. 

Tak paham, meh saya paste sebiji sebiji dr google translate ;

Penyelewengan adalah satu konsep yang menerangkan jenis tingkah laku manusia yang berlebihan atau menyimpang dari apa yang dianggap ortodoks atau normal. Walaupun ia boleh merujuk kepada pelbagai bentuk penyelewengan, ia paling sering digunakan untuk menerangkan tingkah laku seksual yang dilihat oleh individu sebagai tidak normal, menjijikkan atau keterlaluan.



Tak paham kenapa ada lagi perempuan-perempuan yang kononnya berpendidikan tapi still tak reti nak jaga batas. dan yang lagi tak paham bila dan repeat dan repeat berkali-kali tentang batas sentuhan ni.

Bila kali terakhir? Semalam!

Otak tak boleh nak simpan data lama-lama ke?

Apa eik perasaan korang kalau orang yang awak dah tegur, dah tengking berkali-kali still miang-miang nak raba-raba breast/punggung korang? Spoil mood 1 hari!!!

Menyampahnya sampaikan bila Aida tegur dia pun rasa nak menyampah kat Aida tu sekali. 

'Sengal, kenapa ko layan dia sembang? 
Kenapa ko bagi dia rasa ayam ko? Ako nak rasa ayam tu lagi lah!
Ya, itulah yang saya rasa.

Mana tak menyampah, bila masuk lift dia konon-konon peluk lengan saya tapi sebenar dia jari kurang adab dia tu sibuk kuis-kuis breast saya. Apasal, miang nak kahwin?

Saya pun sengaja cakap kuat-kuat "Apa melucah ni?"

Perempuan ni pun buat-buat tak faham "Apa?" sambil ketawa-ketawa

Kejap tu ada tangan ramas-ramas punggung saya "Apa ni?" Menyampah sangat!

"Shiqah lah!" Jawab dia pantas, dengan perasaan menyampah saya pandang marah kat Shiqah

"Bukan saya lah" Jawab Shiqah dan perempuan tu terus ketawa.

Kononnya gembira sebab saya point pada wrong person.

Sampah lah bila orang kata dia miang sebab tak kahwin lagi, masa bujang dulu tak pernah pula saya pegang tetek orang, punggung pun tak pernah.

Sebenarnya dia tak reti hormat orang.

Tak pasal-pasal saya rasa bersalah kat Shiqah.

Yes Shiqah, bunga ni utk awak!

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday #1

Wah,
Wordless Wednesday #1 konon!
Caya lah sangat nk wordless segala bagai!

But then bila org guna Wordless Wednesday dorg post pic yang takde sebab!

Hurm,..










Ciuman Yang Tak Power

Pagi tadi masa nak pergi kerja, Wan duk lena lagi,
Biar dia sedar sikap buruk dia bakal menjahanamkan diri dia sendiri.

Wan ni ada masalah bangun tidur,

(Again, tak payah nak bangga bercinta bertahun-tahun, sebab lepas kahwin dia totally different)
kalau kejut bangun nak marah.
Dah bagitau dah dia hari tu, dia kata dia xsedar pun dia marah.
What the ... (takde niat nak mencarut, maka biarkan perkataan itu tergantung)

Alarm set habis maximum volumenya, dah lah alarm guna doa qunut,. (sah-sah la panjang)
dah pula 1 hal saya kena duk sebelah HP tunggu doa qunut tu habis sebab nak tekan snooze button.

Dah 3kali ulang doa qunut, Wan steady jer, tak gentar langsung
Saya try cara miang,
Cium merata tempat,
raba-raba serata celah..
Tabah tak bergerak.
Sudahnya, saya sambung tidur yang aman.

Yessza, jam 7 saya bangun dan iron baju dengan bangganya.
Jam 8 saya try cubaan menggoda.
cium-cium-cium..
Wan tarik bantal tutup muka.
Sah ciuman saya tak power!

But then, walaupun ciuman tak power saya tetap bangga sebab pergi kerja disaat dia mc ke AL ke.. 

P/S: Balik nanti cuba lagi!

Tuesday, February 14, 2012

Valentine's Day & Check In Hotel

Malam tadi jiran kami datang, lepak - lepak sembang - sembang dari topik diet hingga ke perl's kacip fatimah hingga ke valentine's day.

"Malam nanti kakyang tak balik lah yer?" Teka Adik Linda
"Kenapa?" Wokkey, saya ini sengal
"Oh, mestilah abg Wan tak layan" Sedar sendiri tentang kesengalan
"Eleh, mesti lah korang takut kena rush dgn JAWI" Teka Adik Linda
..Dan diorang ketawa ramai-ramai.


"Eh, sorry sikit ya, akak dah gi ambil surat nikahlah, tak caya tanya abah,kan abah, kan.." Sangat budak-budak perbuatan itu.
..Dan Pak Awang angguk malas nak layan.

"Eh, tapi best juga, kan.."
Pergi check-in bilik RM10 ke RM20 ke RM30 ke pastu bila kena rush, dengan bangganya tunjuk surat nikah.
Wah..
Mana tau mungkin boleh bagi semangat kat budak-budak yang kena seang tu ke, kan..
"A'ah, pastu orang JAWI tak percaya, diorang ajak pergi balai untuk sahkan!" Sambung Adik Linda sengaja nak spoil angan-angan saya.

Monday, February 13, 2012

Carta Dosa

Valentine's Day Haram

Kau Pergi...

Ada yang hilanng 
Ketika kau hilang
Hatiku
Jiwaku

Ada yang pergi
Ketika kau pergi
Senyumku
Tawaku

Hidupku turut hilang bersamamu
Cintaku ikut pergi bersamamu

Sementara aku masih disini
Mencuba tegak berdiri
Tanpamu

Tentang Dia, 2004

Tiba-tiba teringat poem ni,
Walaupun tak de apa-apa kaitan dengan emosi juga jiwa waktu ini.
Fikiran login waktu ini lebih kepada menyatakan bahawa bila dia bukan untuk kita, 
sebagaimana kita berusaha untuk memiliki, 
dia tetap bukan untuk kita.

Jadi, 
Biarkan dia terbang bebas,
Suatu hari nanti, 
lepas dia kenal erti hidup,
dan jika kita adalah yang terbaik,
dia akan kembali pulang.