Friday, June 24, 2011

Mimpi Ular?

Semalam lepas selesai bercucuk tanam di gourmet ranch, saya tertidur. terjaga jam 1.38AM sebab terkejut. Terkejut dengan mimpi yang ...

a) kalau ikot tafsir melayu cam happy
b) kalau tafsir side islam cam tak best

Jadi, nak ikut melayu ke islam?

Saya mimpi ular warna putih, saya pegang kepalanya, tekan ke gelas kaca untuk keluarkan bisanya, banyaklah juga bisa jernih cam lendir keluar.ada lah separuh gelas jugak. eiiiuuwww~ 

Terjaga dari tidur jam 1.38AM, saya buat buat ludah side kiri.refer kepada pesan Rasulullah s.a.w. “Mimpi yang baik daripada Allah sedangkan mimpi yang buruk daripada syaitan. Maka apabila salah seorang daripada kalian mendapat mimpi buruk yag dibencinya, maka hendaklah dia ludah ke kiri tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari keburukan mimpinya itu (dengan menyebut A‘uzubillah himinash syaitan nirajim), sesungguhnya mimpi buruk itu tidak dapat memudaratkannya.” [Shahih Muslim, no: 2261] Ludah yang dimaksudkan ialah meludah seperti biasa tanpa mengeluarkan air liur.

Disebabkan belum solat isyak, saya terus mengambil wuduk dan solat. selesai solat, saya tidur semula.

Bagun paginya, saya tahu mimpi ular putih dan ular yg mengeluarkan bisa, tapi dlm version yang lain, bezanya kali ni saya lupa jln cerita mimpi tu.

Saya mesej En.Tunang, ceritakan padanya. tapi mesej tak dibalas. sampai di office, saya bercerita pada teman sepejabat. Kebetulan, CT juga mimpi ular, dia bermimpi dikejar ular..kemudian dia pukul ular tu, ular tu patuk dia, dan dia pijak2 ular tu..haha, ganas mimpi dia nih.. 

Tapi sebenarnya mimpi ni tak elok sebarkan rupanya. Saya baru je tau sebentar tadi, waktu subuk searching psl mimpi, saya jumpa ini : pada kisah Nabi Yusuf.. (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Bapanya berkata: "Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia." Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu dan akan mengajarmu tafsir mimpi serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Ya’akub sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (12:4-6) Menurut research dari beberapa pendapat tak elok ceritakan mimpi ni, dibimbangi setan akan dengar dan menghasut. cam kisah Nabi Yusuf ni lah.

Saya pun sepantas kilat tel En.Tunang, cerita padanya. En.Tunang kata "Hati-hati ada org nak sihir tu" OMG!!! Saya ada juga baca tafsir mimpi dikejar ular..dipatuk ular refer pada sihir..tapi bukan ke saya mimpi saya keluarkan bisa ular. En.Tunang kata "Mimpi ular tu dah tak elok dah. Terpulang pada ayg la nak percaya ke tak" Bunyi merajuk nampak..

Bukan saya tak percaya, tapi mana lah tau ada beza ke hapa ke..ye la, melayu kan percaya ular refer kepada ada orang nak pinang ke, orang tgh tgk ke..

Pesan En.Tunang ; 
a) Tundukkan pandangan mata,mungkin refer kepada ;
surah An- Nuur : 31

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menundukkan  pandangannya”.

b) Amalkan baca surah an-nas, meh google tafsirnya: 

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.  

1. Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara manusia.  

2. Yang menguasai (dan memerintah) manusia.  

3. Tuhan yang disembah manusia.  

4. Dari kejahatan (Syaitan) pembisik yang datang dan menghilang.  

5. Yang membisik (kejahatan) di dalam dada manusia.  

6. Iaitu dari (Syaitan) jin dan manusia. 

Tapi,rasanya bukan orang yang nak sihir kot..gangguan ni boleh datang dari pelbagai arah, mungkin setan sendiri nak ganggu, mungkin jin-jin jahat. yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakkal pada Sang Pencipta.Lagipun, bukankah kalau Allah kata jadi, maka jadilah..Wallahualam ~

No comments: