"Ayang merajuk ke?" Tanya E.Tunang
"Iya, memang org tengah merajuk! Hilang akal tak merajuk? Dari pagi tel asyik busy busy busy.. tak de alasan lain ke nak bagi?Dah tau busy sangat, pandai pandai la atur masa untuk orang, ini tak, orang tel pagi, sayang tengah siap nak pergi kerja, pastu sibuk nak telefon bila orang tgh sibuk. orang tel kul 7-8-9 kat surau..ceramah-ceramah-ceramah hari hari la surau rumah sayang tu nak buat ceramah! malam sibuk belajar mengajilah, rukun tetangga lah, Nurun Nubuwwah lah..sayang fikir orang ni apa?" Hah,sapa suruh tanya? Kan dah berjela panjang saya jawab!
TIPU!!!
Hilang akal nak jawab cam tu?! Mestilah tak..memanglah saya marah dia duk busy 24jam..tapi masalahnya saya tak marah pun dia duk busy kan diri dengan semua tu,.. tapi tak paham kenapa saya nak merajuk juga..sebenarnya macam ada je bisikan bisikan yang duk kata dia tipu..Ada ke?Cam tak de je tapi tu tak bermakna saya percaya dia 100% kata dia betul alhamdulillah, kalo dia tipu itu antara dia dengan Allah SWT. Jodoh pertemuan tu kan kerja Dia, kalau memang dia ditakdirkan En.Tunang untuk saya, maka jadilah!
Berbalik pada topik kita sebentar tadi..walaupun saya jauh hati dengan dia tapi tak nak lah tunjuk kat dia saya merajuk, tak kental lah merajuk benda benda remeh cam ni. Jadi mari kita cari semangat untuk menjadi kental!
Ambil mood untuk menulis.. (Baru nak ambil mood?)
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286)
Kalau ini dugaan yang Allah SWT beri, kepadaNYA saya memohon supaya diberikan kekuatan untuk menempuhiNYA. Semoga bebanan ini dapat menghapus dosa dosa yang terdahulu.
Wallahualam, sekiranya berlaku kekhilafan dlm entry ini, anggap je ianya datang dari kekurangan saya sendiri. Sesungguhnya saya maha kekurangan dan yang baik itu datang dariNYA Maha Pentadbir Sekalian Alam.
Kata orang tua tua, dah bertunang ni darahnya manis. Entah, tak penah pun rasa darah sendiri, apatah lagi darah orang bertunanng yang lain. Adik kata waktu ni setan akan hasut macam macam sebab tak nak manusia kahwin. Wallahualam..
Mungkin saya terlalu sensitif kot..Saya sedar dia bukan siapa siapa untuk saya, tapi sedih bila rasa tak dihargai, kebetulan saya baru beli buku di MPH Midvalley;
Tulisan Syed Alwi Al Atas, sebenarnya buku ini En.Tunang yang cadangkan, katanya buku ni bagus untuk belajar redha atas apa yang berlaku pada kita. Lepas 3 kali En Tunang tanya dah beli ke belum - dah beli ke belum. Saya pun cari lah! baru baca 27 muka surat, cadang nak habiskan hujung minggu ni. InsyaAllah, harap dapat membantu saya yang sedang jauh hati ni.
P/S : Sebenarnya saya takut kalau kalau waktu waktu ini saya tak tabah dan berpaling pada jalan yang salah. Moga moga saya diberi kekuatan untuk menempuhi segala dugaan.Amin ~
No comments:
Post a Comment