Jumaat minggu yang lalu, saat rakyat Malaysia sibuk meraikan kejuaran Harimau Malaya untuk Piala AFF saya sibuk bekerja dan mengira OT,ada juga rakan rakan yang kata saya tak cuti sebab saya menyokong pasukan Garuda. Cis, mana mungkin saya menderhaka! Tapi sebab mata saya bersimbol RM, saya pulangkan balik cuti peristiwa dan memilih kertas merah bercetak RM. Habis saja waktu kerja, saya memecut balik ke rumah,seawal bulan lepas telah merancang bersama kakak menemani abah ke Ipoh, Perak. meraikan majlis kahwin sepupu. Kononnya memecut, sempat lagi ke kedai perabot bersama abah, niat mulanya nak tengok katil baru, tapi terjebak dengan tilam 8inci. saaayanggg abah ~
Selesai majlis, kami sekeluarga duduk bersama saudara mara, rasa bagai longgar skrew satu badan. Penat tak usah dikira, belum lagi ditambah sakit kaki lagi. tapi bila bahu diurut manja oleh MakCik Tun, hilang semua letih. Saya ni sensitif sikit dengan belaian manja dari wanita2 taraf mak - mak ni.. teringat pula pada arwah mak. Semoga rohnya ditempat dikalangan orang orang beriman. Entah dimana bermula buah bicara, tiba tiba saya memberi perhatian pada bualan Kakngah "Lepas ni pesan kat Dekna, kalau nak beli rumah ke, kereta ke, letak dua nama" Uiks, topik menarik ni..
"Lagu tu ka?" Makcik Tun mengangguk memberi perhatian
"Kakngah pun buat macam tu Cik Tun, semua harta letak dua nama, nama kita dgn nama dia" Sambung Kakngah lagi
"Nanti Cik Tun pesan kat Dekna" MakCik Tun seakan setuju dengan cadangan Kakngah
"Ida, pi bungkus sat" Ulang abah untuk kali keberapa ntah, perhatian saya diganggu oleh abah yang minta bungkus pulut kuning. Bukan saya malas (alasan!) tapi segan untuk bungkus membungkus ni, bimbang nanti apa kata orang 'pulut kuning pun mahu dibungkus'
Sampai saja dirumah, abah bercerita tentang majlis kahwin Dekna, cerita abah tentang Dekna yang dapat avanza hadiah majlis kahwinnya. Abah juga bercerita tentang hantaran RM11k juga majlis perkahwinan ditanggung oleh pihak lelaki. set pelamin, cameraman dan make up pun RM8k. Kakngah pula bercerita pengantin lelaki punya 5 buah kedai di Kedah dan 3 lagi di Perak. Sungguh gah majlis itu. Beruntung Dekna, pasti hidupnya diulit mewah. Tiba tiba kakngah bercerita, dia berpesan pada Makcik Tun supaya semua harta diletakkan 2 nama.Hah, part ni yang perlu sambung dengar pasal petang tadi perhatian diganggu abah dan pulut kuningnya.. Abah menegur cara kakngah yang dianggap mengganggu kisah orang.
" Mestilah abah..kan laki dia tu laki orang, kalau bini dia ungkit nanti, macam mana?" Suara kakngah membela diri. Terkejut kami sekeluarga. kisah memuja Dekna bertukar menjadi gosip yang memeranjatkan. Rupanya pengantin lelaki sudah berkahwin dan punya 3orang anak, pengantin lelaki menceraikan isterinya seminggu sebelum kenduri dirumah Dekna. "Sampai hati dia" Sampuk Zura, yang diam dari tadi memandang saya, saya mengangguk setuju
"Takpe lah tak dapat avanza pun kakyang, tak baik buat perempuan lain cam tu, anak anak dia lagi" pesan Zura pada saya.
"Apalah dia fikir buat orang lain cam tu" Sampuk Linda, adik saya yang bongsu turut memandang saya. saya mengangguk laju, faham apa yang Linda cuba sampaikan.
" Patutlah kakngah cakap cam tu kat Cik Tun!" Saya mengerti, kalau dia boleh buat begitu pada perempuan yang dah lahirkan zuriat dia, tak mustahil dia akan buat begitu pada Dekna. Mungkin itu yang perlu diambil sebagai tindakan berjaga jaga. tapi bagaimana pula untuk si bekas isteri yang diceraikan semata mata untuk berkahwin dengan perempuan lain? Bagaimana dengan nasib anak anaknya lepas ini? walaupun mungkin si pengantin lelaki berjanji untuk tidak mengabaikan, sejujur mana si pengantin lelaki dengan janji itu? Menurut kakngah, Makcik Tun bercerita mereka sudah kenal bertahun tapi Makcik Tun menghalang, hinggakan tahun lepas Makcik Tun akhirnya bersetuju. Kalau mereka sudah kenal bertahun, maknanya berapa lama mereka berhubungan? Berapa banyak ikthiar yang isterinya telah lakukan untuk menyelamatkan hubungan mereka. Mungkin!
Sangat tak adil bila dibuka kisah curang mencurang atau rampas merampas, orang ketiga dipersalahkan, kenapa perlu jari di tunding terus kepada pihak ketiga? bagaimana pula dengan sikap isteri atau mungkin lelaki itu sendiri? si isteri mungkin merasakan dia adalah wanita malang yang teraniaya. tapi bagaimana sikap dia waktu ditatang (mungkin!) oleh si suami? bagaimana butir bicara yang keluar dari mulutnya? bagaimana dia menguruskan rumah tangga? bagaimana dia menjaga kehormatan diri atau menjaga aib suami? Siapa mahu jawab??
Lantas saya teringat tentang kawan sepejabat, perangkap kisah suami orang tapi dari pandangan yang berbeza, sekitar awal puasa tahun lepas, saya dikejutkan dengan kisahnya "Mr.T dah gila la kak"
"Gila apa?" punyalah sibuk nak bergosip, sampai berhenti mengambil air sembahyang, bukankah sunat mengambil air sembahyang dengan senyap. Dosa bergosip? hee hee hee ~ Ms.D cerita tentang Mr.T yang menyatakan cinta padanya, "Habis, awak jawab apa?" Tanya saya control mood walaupun dalam hati saya sangat excited kerana dari awal lagi dapat mengagak bau bau cinta antara mereka. "Saya diam je"
Selang berbulan selepas kes itu, seawal pagi Ms.D datang kepada saya "Malu saya malam tadi kak" Ms. D diserang oleh isteri Mr.T, isterinya menjerit jerit didepan rumahnya, isterinya mengugut untuk tinggalkan Mr.T dan pisahkan Mr.T dengan anak mereka jika Ms.D terus menghubungi Mr.T lagi. Hurm, memang saya dah jangkakan ini akan berlaku, kata orang2 tua, sepandai pandai tupai melompat... (sambung sendiri ya..) Cerita itu pun berlarutan hingga isteri Mr.T mencari saya di FB, dia meluahkan perasaan sedihnya, bercerita betapa hancurnya hatinya bila tahu tentang perkara ini. Sumpah, saya faham apa yang dia rasa, tapi saya tak salahkan dia, Mr.T mahupun Ms.D. saya faham apa yang Ms.D rasa, Ms.D tak mampu lari dari Mr.T kerana kami rakan sekerja tambah pula dengan rasa sayang Ms.D pada Mr.T. pesan saya waktu itu, minta isterinya memberi peluang pada Ms.D dan Mr.T, peluang untuk mereka memperbaiki hubungan itu.
Selang 2 hari, saya dihubungi Mr.T, Mr.T minta nasihat, apa yang perlu dilakukan. Tanya Mr.T, perlu ke saya tinggalkan Ms.D. Siapa saya untuk berkata 'ya' atau 'tidak'? Keputusan adalah milik si pemilik kisah. Umum pasti akan mengatakan jawapan yang paling rasional adalah tinggalkan Ms.D,tapi siapa kita untuk membuat keputusan? tapi bila si pemilik kisah seakan menjadikan jawapan mudah itu suatu yang sukar. Makanya saya biarkan si pemilik kisah membuat keputusan sendiri. Apa yang jadi lepas itu? sudah tentu diserang dan diserang dan diserang lagi. Sebagai orang tengah pada waktu itu, saya berada ditengah dan melihat apa yang berlaku, waktu si isteri bercerita kisah sedih dan kononnya sudah cukup bersabar, saya juga melihat sendiri bagaimana Ms.D cuba dan cuba dan cuba menjauhkan diri, waktu si isteri menuduh Ms.D menggatal dengan isterinya, saya melihat sendiri Mr.T ganggu dan ganggu dan ganggu Ms.D
Bias jika saya katakan saya menyokong Ms.D, kerana saya kawan Ms.D, tapi makin banyak yang saya tahu makin saya menyokong Ms.D, tindakan si isteri yang agak keterlaluan dan menyerang dan menyerang dan menyerang membuatkan saya yang pada mulanya kesian menjadi meluat.tambahan pula bila Ms.D berdiam diri, paling tidak pun dia tunjukkan SMS dan e-mail kepada saya dan Zahida (teman yang bersama sama menjadi pihak berkecuali), itu belum lagi dengan komen ala ala mencarut dan email email fitnah yang dihantar darinya melalui e-mail Mr.T, dan caci makinya,tindakan bertubi tubi itu membuatkan si Ms.D yang pada mulanya memaksa diri menjauhkan diri mula kembali melayan Mr.T. Salah siapa? Si isteri yang gila meroyan atau Ms.D yang tak tetap pendirian?
Kalau salah si perampas, bukankah Allah yang mengaturkannya? Kalau salah isteri ke 2 bukan kah Allah dah tetapkan perkahwinan itu halal? kalau salah orang ketiga, bukankah Allah yang mengizinkan hubungan itu, bukankah bila Allah kata jadi, maka jadilah..Tapi sebagai manusia, bukankah Allah mengurniakan kita akal untuk berfikir, bukankah takdir dapat diubah dengan doa, sebagai muslim, mengapa kita tidak berusaha mengatur yang terbaik dan berusaha supaya tidak menyakiti hati orang lain, dalam masa yang sama kita berdoa kepada Allah dan akhirnya kita bertawakkal. hurm.. bukankah itu apa yang sepatutnya?
Amboi, sedapnya cakap.. ( sambil singsing lengan baju > tangan diletakkan ke pinggang > golek golek pinggul ) Mungkin saya tidak berada ditempat mereka, maka saya boleh menuduh dan beranggapan itu dan ini, tapi apa tindakan kamu jika berada ditempat bekas isteri si pengantin lelaki atau berada ditempat Ms.D? Apa pula perasaan kita bila berada ditempat Mr.T atau Dekna? Apa agaknya yang kita fikir jika berada ditempat si bekas isteri atau isteri Mr.T ?? pk ~ pk ~ pk ~
No comments:
Post a Comment