Wednesday, January 12, 2011

Bertudung? Bertudung Labuh?

Sebelum bertunang lagi saya telah mula tercari cari tentang tudung labuh, tambah pula sebelum majlis bertunang En.Syg berpesan supaya menjaga tingkah laku kerana antara tetamu yang hadir adalah jemaah dan isteri masjid kawasannya dan rata rata tetamu bertudung labuh.
Terharu bila dikenang kembali majlis yang berlangsung 3 minggu lepas, apabila seluruh adik beradik sibuk mencari tudung yang sesuai untuk dikenakan dengan baju yang bakal dipakai. Mungkin menyokong saya untuk memberi perspektif yang baik buat saya dan keluarga memandangkan ini kali pertama keluarga En.Syg bertemu saya. Tidak manis untuk membuka aib sendiri, tapi mungkin ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama, saya masih lagi bertatih untuk memperbaiki diri, masih lagi mencari cari islam yang benar benar islam, masih belajar cara terbaik untuk menjadi muslimah sebenar. Masih lagi takut kalau apa yang dilakukan dicop berlagak alim atau perasan bagus, atau bahasa pasarnya ‘poyo’ ntah apa maksud poyo yang sebenarnya tidak pernah saya temui tau mungkin dapat ditafsirkan. Sekiranya terdapat yang buruk mahupun cacat dari nukilan ini, percayalah ianya datang dari kelemahan iman dan kekurangan ilmu saya sendiri dan yang baik itu segalanya dari Allah Taala.
Jujur saya akui, saya kagum dengan para muslimah yang menutup aurat dengan sebenar benar caranya, pasti kita sedia maklum, menutup kepala bukan menutup aurat,menutup aurat semestinya dengan menutup kepala. Pandang keliling, siapa yang memenuhi kriteria ini? Kira bersama saya..1..2..3..4..5..6..7..8..9..10..11..12..yeke 12?? Tak tipu? Keliling saya? Di Menara Annexe dulu ada 1, kat tempat baru ni.. erk, hurm..bukan tak de, mungkin belum jumpa lagi. Mungkin saya orang pertama itu, hurm,.sapa tau?
 Mengikut mazhab shafie, syarat aurat adalah seluruh anggota melainkan muka dan tapak tangan juga tapak kaki. Syarat tudung pula sehingga menutupi dada dan sunat hingga paras pusat. Pasti semua sedia maklum dengan aurat ini. Kita seharusnya berbangga kerana kita bebas menuntut ilmu, teknologi yang semakin maju juga tidak membataskan kita mempelajari tentang apa saja. Teringat cerita abah tentang masyarakat dahulu, kata abah waktu kecilnya, sekiranya ada orang yang mampu menggunakan televisyen, keluarga itu dianggap keluarga kaya, dan para anak anak jiran akan tertumpu dirumah itu, cerita abah lagi, anak tuan rumah itu tidak boleh dibuat musuh, takut akan dihalang untuk menonton televisyen. Betapa terbatasnya masyarakat dulu untuk memperolehi maklumat. Berbanding dengan kita sekarang ini, siaran televisyen terlalu banyak sehinggakan tidak mampu ditonton. Mana mungkin sempat, siaran ada berpuluh, mana nak dikejar dalam 24jam,peduli apa nak bermusuh dengan siapa pun,anak jiran ke mak ayah jiran ke..Cuma masa je tak cukup, mana mahu mengadap laptop, nak mengejar kemaskini FB, twitter lagi, blog lagi.. aduh, mana ada masa! Jadi, jika seluas itu pendedahan kita terhadap dunia tanpa sempadan, mana mungkin wujud sempadan untuk mengetahui tentang batas aurat dan tudung bagi seorang muslimah. Jadi, apa lagi alasan kita? Apa pula alasan saya? Saya suka sangat, sangat teringin, mengidamkan berada dalam baju itu, dalam kerubung itu. Tapi mampu ke saya beraksi semulia itu? Bertutur selembut itu, sesungguhnya saya ini insan yang lemah. Sangat lemah memenuhi permintaan En.Syg. seketika saya terfikir, betul ke perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, kalau begitu mungkinkah En.Syg hanya berpura pura? Kononnya bertadarus, usrah dan segala bagai.. atau dia bukan ditakdirkan untuk saya? Hurm, pk pk pk ~
Kekurangan masa mungkin membataskan pertemuan saya dengan En.Syg,tak jumpa sebulan itu perkara biasa, 8 bukan pun biasa lagi..walaupun dia di Puncak Alam dan saya di PJ (Paya Jaras? jauh tu, Petaling Jaya je..), walaupun dia bekerja di Kg Melayu Subang dan saya di PJ. Kata En.Syg, jumpa buat dosa je..saya pun setuju dengan pendapat tu, mungkin sebab dosa dosa dulu, En.Syg agak mengawal diri dan saya sebagai bakal isteri yang berdedikasi, saya perlu lah menyokong setiap perkara baik yang dia usulkan..tapi kami selalu berhubung melalui telefon. Walaupun bukan setiap malam tapi apa salahnya? Melalui perbualan telefon semalam kami bercerita lagi tentang tudung labuh ini, saya bercerita tentang kagumnya saya kepada mereka yang sanggup menolak duniawi demi cinta kepada Rabbul Izatti. Banyak sebenarnya pengorbanan kepada bertudung labuh ni, bayangkan kisah saya diaplikasikan sbg contoh, bangun tidur, kalau adik ipar,Dino ada dirumah. bagaimana nak keluar bilik dengan baju tidur? semestinya kena bertudung. Lepas mandi, bagaimana nak keluar bilik mandi tanpa tudung? sedang sibuk memasak, garam habis, bagaimana mahu bergegas ke kedai tanpa mencapai tudung? Tapi berbekalkan iman yang kental mereka berjaya melakukan semua itu semudah 1,2,3..Syabas!
Petang tadi sewaktu menjelajah dunia maya untuk mencari komen tentang bertudung labuh, pautan dari www.google.com membawa saya ke isu rancangan realiti yang mengaku bahawa dia buka tudung dengan rela hatinya, dia juga mengaku untuk kembali bertudung selepas tamat rancangan itu.mungkin isu ni dah basi, dah berkulat dan kot.. Rata rata komen menyelar tindakan beliau, tetapi ada juga pendapat yang menyokong beliau. Ada yang kata dia bagus kerana tidak hipokrit, ada sesetengah pula mengatakan dia tidak patut bermain dengan hukum Allah. Sesetengah komen juga ada yang mengaitkan suaminya yang membenarkan isteri membuka aurat dan membenarkan aurat dilihat oleh masyarakat luar. Ada juga yang membandingkan dengan ribuan masyarakat luar yang sejak azali tidak memakai tudung, wujud juga komen yang mengatakan dia lebih teruk dari mereka yang tidak bertudung kerana menanggalkan tudung dan dengan jelas mengaku membuka tudung kerana rancangan tersebut dan mengaku untuk memakai semula setelah tamat rancangan itu.Hurm…
Pautan dihubungkan kepada seorang artis yang telah mendapat gelaran dato’ yang memakai tudung kerana gusi bengkak, apabila disoal wartawan, dia menggunakan alasan “Sebab itu semua kena datang kerana Allah. Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak…” MasyaAllah, semoga kita semua diberi keampunan atas setiap keterlanjuran kata yang dilafaz sebelum ini dan masa masa akan datang. Bila Allah sudah mensyaratkan tudung itu wajib, bagaimana pula “..semua kena datang kerana Allah.Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana mana pihak” ? Yang paksa itu Allah, yang desak itu Allah.adakah masih belum jelas? Ayat cover line yang biasa kita dengar juga adalah "tunggu hidayah" Apakah?? Kata kata hikmah yang mungkin dapat dikongsikan bersama, hidayah itu umpama duduk didalam bilik yang gelap kerana lampu tak dipasang dan tingkap ditutup rapat, kita duduk diam dan menyeru "Cahaya,datanglah kepadaku!" , bukankah kita seharusnya mencari cahaya itu, bergerak membuka suis lampu atau melangkah membuka tingkap itu supaya cahaya dapat masuk? Satu lagi kata kata hikmah yang mungkin dapat mengingati diri saya sendiri ; selangkah kita mendekati Allah, 1000 langkah Allah mendekati kita. Subhanallah..
Tipu jika saya katakan saya seorang yang baik dan berperibadi seindah Fatimah Al-Zahra, saya hanya manusia hina yang dipalit 1001 dosa dan kealphaan, tapi sedih bila masyarakat kita amnya, dan umat islam khasnya memandang islam sebegitu murah, bila wujud manusia yang kononnya ikon ikon negara memandang islam serendah rendah martabat dan masyarakat mengikut apa yang dilakukan, seperti sebelum ini bila ikon wanita yang kononnya penyanyi no 1 negara mengenakan tudung ala-ala selendang, alasan yang diberi juga amat mengecewakan ("saya bukan bertudung tapi berselendang"?? betulkan kalau saya silap) dan lebih mengecewakan para pengikut yang juga peminat mengikut, dan kini ianya bagaikan satu trend, bertudung tapi anak rambut dibiarkan keluar dan kini ianya semakin pendek dan pendek lagi,bak kata ikon rancangan realiti siaran astro “O.K lah tu” Cantik? Tipu pula kalau saya jawab tak cantik! Tapi alangkah cantik sekali jika ianya ditarik sedikit kedepan, dadanya dilabuhkan dan sunatnya hingga paras pusat, tudungnya pula menggunakan material yang tidak jarang, dan peminat peminta mengikut style tudung yang sama. MasyaAllah, indahnya islam itu. Sebelum ini, Wardina Safiyyah telah mengenakan tudung yang agak sopan, tudung bidang 60 yang dililit kebelakang kepala dan satu lagi disemat dibahu. Tapi mungkin aura Wardina Safiyyah kurang menyengat jadi tudung wardina tidak sepopular tudung ikon no 1 itu. Tak pasti samada tidak popular atau popular seketika.Ialah, Dr.M kata "Melayu Mudah Lupa"  Moga moga, Allah membuka pintu hati penyanyi no 1 Malaysia itu untuk mengikut jejak Wardina Safiyyah atau mungkin lebih baik lagi.   InsyaAllah …. Sekadar mengingatkan, jangan lah kita nak salahkan orang lain atau menunding jari pada si polan atau si anu.. Ingat lagi pada Nor Kumalasari? 1 masa dahulu dia sangat hebat dikritik kerana tindakan beraninya, matanya, badannya bisa menggegarkan jiwa. tapi sekarang dah berubah, sesejuk titik embun. Kalau tak silap dia pernah keluarkan kenyataan, mengharamkan sehelai rambutnya diperlihatkan. Subhanallah.Semoga saya bakal menjadi sekental itu.
Mencuri kata En.Syg saya "Abg ingatkan saja",Maka kepadaMu aku berlindung dari azab api neraka. Semoga setiap kelantangan tulisan sama ada sengaja atau pun tidak ditimbang dengan seringan ringan timbangan. Sesungguhnya Dia Maha pengampun lagi Maha Mengasihani.                            

No comments: