Wednesday, January 12, 2011

Bertudung? Bertudung Labuh?

Sebelum bertunang lagi saya telah mula tercari cari tentang tudung labuh, tambah pula sebelum majlis bertunang En.Syg berpesan supaya menjaga tingkah laku kerana antara tetamu yang hadir adalah jemaah dan isteri masjid kawasannya dan rata rata tetamu bertudung labuh.
Terharu bila dikenang kembali majlis yang berlangsung 3 minggu lepas, apabila seluruh adik beradik sibuk mencari tudung yang sesuai untuk dikenakan dengan baju yang bakal dipakai. Mungkin menyokong saya untuk memberi perspektif yang baik buat saya dan keluarga memandangkan ini kali pertama keluarga En.Syg bertemu saya. Tidak manis untuk membuka aib sendiri, tapi mungkin ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama, saya masih lagi bertatih untuk memperbaiki diri, masih lagi mencari cari islam yang benar benar islam, masih belajar cara terbaik untuk menjadi muslimah sebenar. Masih lagi takut kalau apa yang dilakukan dicop berlagak alim atau perasan bagus, atau bahasa pasarnya ‘poyo’ ntah apa maksud poyo yang sebenarnya tidak pernah saya temui tau mungkin dapat ditafsirkan. Sekiranya terdapat yang buruk mahupun cacat dari nukilan ini, percayalah ianya datang dari kelemahan iman dan kekurangan ilmu saya sendiri dan yang baik itu segalanya dari Allah Taala.
Jujur saya akui, saya kagum dengan para muslimah yang menutup aurat dengan sebenar benar caranya, pasti kita sedia maklum, menutup kepala bukan menutup aurat,menutup aurat semestinya dengan menutup kepala. Pandang keliling, siapa yang memenuhi kriteria ini? Kira bersama saya..1..2..3..4..5..6..7..8..9..10..11..12..yeke 12?? Tak tipu? Keliling saya? Di Menara Annexe dulu ada 1, kat tempat baru ni.. erk, hurm..bukan tak de, mungkin belum jumpa lagi. Mungkin saya orang pertama itu, hurm,.sapa tau?
 Mengikut mazhab shafie, syarat aurat adalah seluruh anggota melainkan muka dan tapak tangan juga tapak kaki. Syarat tudung pula sehingga menutupi dada dan sunat hingga paras pusat. Pasti semua sedia maklum dengan aurat ini. Kita seharusnya berbangga kerana kita bebas menuntut ilmu, teknologi yang semakin maju juga tidak membataskan kita mempelajari tentang apa saja. Teringat cerita abah tentang masyarakat dahulu, kata abah waktu kecilnya, sekiranya ada orang yang mampu menggunakan televisyen, keluarga itu dianggap keluarga kaya, dan para anak anak jiran akan tertumpu dirumah itu, cerita abah lagi, anak tuan rumah itu tidak boleh dibuat musuh, takut akan dihalang untuk menonton televisyen. Betapa terbatasnya masyarakat dulu untuk memperolehi maklumat. Berbanding dengan kita sekarang ini, siaran televisyen terlalu banyak sehinggakan tidak mampu ditonton. Mana mungkin sempat, siaran ada berpuluh, mana nak dikejar dalam 24jam,peduli apa nak bermusuh dengan siapa pun,anak jiran ke mak ayah jiran ke..Cuma masa je tak cukup, mana mahu mengadap laptop, nak mengejar kemaskini FB, twitter lagi, blog lagi.. aduh, mana ada masa! Jadi, jika seluas itu pendedahan kita terhadap dunia tanpa sempadan, mana mungkin wujud sempadan untuk mengetahui tentang batas aurat dan tudung bagi seorang muslimah. Jadi, apa lagi alasan kita? Apa pula alasan saya? Saya suka sangat, sangat teringin, mengidamkan berada dalam baju itu, dalam kerubung itu. Tapi mampu ke saya beraksi semulia itu? Bertutur selembut itu, sesungguhnya saya ini insan yang lemah. Sangat lemah memenuhi permintaan En.Syg. seketika saya terfikir, betul ke perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, kalau begitu mungkinkah En.Syg hanya berpura pura? Kononnya bertadarus, usrah dan segala bagai.. atau dia bukan ditakdirkan untuk saya? Hurm, pk pk pk ~
Kekurangan masa mungkin membataskan pertemuan saya dengan En.Syg,tak jumpa sebulan itu perkara biasa, 8 bukan pun biasa lagi..walaupun dia di Puncak Alam dan saya di PJ (Paya Jaras? jauh tu, Petaling Jaya je..), walaupun dia bekerja di Kg Melayu Subang dan saya di PJ. Kata En.Syg, jumpa buat dosa je..saya pun setuju dengan pendapat tu, mungkin sebab dosa dosa dulu, En.Syg agak mengawal diri dan saya sebagai bakal isteri yang berdedikasi, saya perlu lah menyokong setiap perkara baik yang dia usulkan..tapi kami selalu berhubung melalui telefon. Walaupun bukan setiap malam tapi apa salahnya? Melalui perbualan telefon semalam kami bercerita lagi tentang tudung labuh ini, saya bercerita tentang kagumnya saya kepada mereka yang sanggup menolak duniawi demi cinta kepada Rabbul Izatti. Banyak sebenarnya pengorbanan kepada bertudung labuh ni, bayangkan kisah saya diaplikasikan sbg contoh, bangun tidur, kalau adik ipar,Dino ada dirumah. bagaimana nak keluar bilik dengan baju tidur? semestinya kena bertudung. Lepas mandi, bagaimana nak keluar bilik mandi tanpa tudung? sedang sibuk memasak, garam habis, bagaimana mahu bergegas ke kedai tanpa mencapai tudung? Tapi berbekalkan iman yang kental mereka berjaya melakukan semua itu semudah 1,2,3..Syabas!
Petang tadi sewaktu menjelajah dunia maya untuk mencari komen tentang bertudung labuh, pautan dari www.google.com membawa saya ke isu rancangan realiti yang mengaku bahawa dia buka tudung dengan rela hatinya, dia juga mengaku untuk kembali bertudung selepas tamat rancangan itu.mungkin isu ni dah basi, dah berkulat dan kot.. Rata rata komen menyelar tindakan beliau, tetapi ada juga pendapat yang menyokong beliau. Ada yang kata dia bagus kerana tidak hipokrit, ada sesetengah pula mengatakan dia tidak patut bermain dengan hukum Allah. Sesetengah komen juga ada yang mengaitkan suaminya yang membenarkan isteri membuka aurat dan membenarkan aurat dilihat oleh masyarakat luar. Ada juga yang membandingkan dengan ribuan masyarakat luar yang sejak azali tidak memakai tudung, wujud juga komen yang mengatakan dia lebih teruk dari mereka yang tidak bertudung kerana menanggalkan tudung dan dengan jelas mengaku membuka tudung kerana rancangan tersebut dan mengaku untuk memakai semula setelah tamat rancangan itu.Hurm…
Pautan dihubungkan kepada seorang artis yang telah mendapat gelaran dato’ yang memakai tudung kerana gusi bengkak, apabila disoal wartawan, dia menggunakan alasan “Sebab itu semua kena datang kerana Allah. Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak…” MasyaAllah, semoga kita semua diberi keampunan atas setiap keterlanjuran kata yang dilafaz sebelum ini dan masa masa akan datang. Bila Allah sudah mensyaratkan tudung itu wajib, bagaimana pula “..semua kena datang kerana Allah.Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana mana pihak” ? Yang paksa itu Allah, yang desak itu Allah.adakah masih belum jelas? Ayat cover line yang biasa kita dengar juga adalah "tunggu hidayah" Apakah?? Kata kata hikmah yang mungkin dapat dikongsikan bersama, hidayah itu umpama duduk didalam bilik yang gelap kerana lampu tak dipasang dan tingkap ditutup rapat, kita duduk diam dan menyeru "Cahaya,datanglah kepadaku!" , bukankah kita seharusnya mencari cahaya itu, bergerak membuka suis lampu atau melangkah membuka tingkap itu supaya cahaya dapat masuk? Satu lagi kata kata hikmah yang mungkin dapat mengingati diri saya sendiri ; selangkah kita mendekati Allah, 1000 langkah Allah mendekati kita. Subhanallah..
Tipu jika saya katakan saya seorang yang baik dan berperibadi seindah Fatimah Al-Zahra, saya hanya manusia hina yang dipalit 1001 dosa dan kealphaan, tapi sedih bila masyarakat kita amnya, dan umat islam khasnya memandang islam sebegitu murah, bila wujud manusia yang kononnya ikon ikon negara memandang islam serendah rendah martabat dan masyarakat mengikut apa yang dilakukan, seperti sebelum ini bila ikon wanita yang kononnya penyanyi no 1 negara mengenakan tudung ala-ala selendang, alasan yang diberi juga amat mengecewakan ("saya bukan bertudung tapi berselendang"?? betulkan kalau saya silap) dan lebih mengecewakan para pengikut yang juga peminat mengikut, dan kini ianya bagaikan satu trend, bertudung tapi anak rambut dibiarkan keluar dan kini ianya semakin pendek dan pendek lagi,bak kata ikon rancangan realiti siaran astro “O.K lah tu” Cantik? Tipu pula kalau saya jawab tak cantik! Tapi alangkah cantik sekali jika ianya ditarik sedikit kedepan, dadanya dilabuhkan dan sunatnya hingga paras pusat, tudungnya pula menggunakan material yang tidak jarang, dan peminat peminta mengikut style tudung yang sama. MasyaAllah, indahnya islam itu. Sebelum ini, Wardina Safiyyah telah mengenakan tudung yang agak sopan, tudung bidang 60 yang dililit kebelakang kepala dan satu lagi disemat dibahu. Tapi mungkin aura Wardina Safiyyah kurang menyengat jadi tudung wardina tidak sepopular tudung ikon no 1 itu. Tak pasti samada tidak popular atau popular seketika.Ialah, Dr.M kata "Melayu Mudah Lupa"  Moga moga, Allah membuka pintu hati penyanyi no 1 Malaysia itu untuk mengikut jejak Wardina Safiyyah atau mungkin lebih baik lagi.   InsyaAllah …. Sekadar mengingatkan, jangan lah kita nak salahkan orang lain atau menunding jari pada si polan atau si anu.. Ingat lagi pada Nor Kumalasari? 1 masa dahulu dia sangat hebat dikritik kerana tindakan beraninya, matanya, badannya bisa menggegarkan jiwa. tapi sekarang dah berubah, sesejuk titik embun. Kalau tak silap dia pernah keluarkan kenyataan, mengharamkan sehelai rambutnya diperlihatkan. Subhanallah.Semoga saya bakal menjadi sekental itu.
Mencuri kata En.Syg saya "Abg ingatkan saja",Maka kepadaMu aku berlindung dari azab api neraka. Semoga setiap kelantangan tulisan sama ada sengaja atau pun tidak ditimbang dengan seringan ringan timbangan. Sesungguhnya Dia Maha pengampun lagi Maha Mengasihani.                            

Friday, January 7, 2011

Jom Tengok Ustaz Amirul Kat TV3

Sinopsis Ustaz Amirul.

Ustaz Amirul mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul (Ashraf Muslim) yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir. Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhannya sebagai pemegang amanah Allah, dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri.
Ustaz Amirul juga telah berjanji kepada ibunya, jika sekiranya dia tidak mempunyai seorang calon isteri setiba dia di usia 30, ibunya berhak untuk memilih mana-mana calon untuk dijadikan teman hidup Ustaz Amirul.
Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, keluarga Ustaz Amirul tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari Adawiya (Eira Syazira), punca sebenar mengapa sehingga kini Ustaz Amirul sukar mencari cinta di hatinya. Adawiya merupakan gadis pertama pilihan hatinya sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain buat anak lelakinya itu.
Setelah Ustaz Amirul mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir, ayahnya mengharapkan segulung ijazah sebelum melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, Ustaz Amirul terpaksa meninggalkan Adawiya yang pada ketika itu begitu dalam cintanya pada Ustaz Amirul.
Adawiya yang berasa kecewa serta merana, membawa diri ke bandar seterusnya mengikut sepupunya kerja di bandar sebagai kerani. Malang tidak berbau, dia ditipu dan dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam (GRO). Hatta, Adawiya terus menjauhkan diri daripada keluarganya dengan merahsiakan perkara sebenar, dan ini membuatkan keluarga Adawiya kecewa terhadap Ustaz Amirul.
Manakala di kampung, Anita (Zarynn Min) seorang gadis lincah yang sangat menyukai Ustaz Amirul sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki beliau, termasuklah memfitnah Ustaz Amirul yang konon cuba menodainya. Secara tidak langsung, tuduhan Anita mampu menggugat prestasi dan imej Ustaz Amirul yang dianggap sebagai seorang yang bersifat baik oleh keluarga dan penduduk.
Setelah gagal mencari Adawiya, Ustaz Amirul akur dengan ketentuan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi Munirah (Siti Saleha), seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Menjelang hari pertunangan, segala persiapan telah tersedia rapi, tetapi tiba-tiba, Adawiya kembali muncul dalam hidup Ustaz Amirul.
Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh kepada amanah Allah, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan nafsu. 

Wednesday, January 5, 2011

Saya Sayang Mak Saya :~(

Post comment nih kat blog eiy ( http://www.eizatulahmad.blogspot.com/ ),tapi curi balik untuk bahan kat blog sendiri >>

eiy, waktu mak saya kat spital dolu, saya mandikan dia, mlm tiap2 mlm,tp mlm tuh mak cantik sangat,muka dia berseri, mata dia berkaca,cantik.. luka2 (doc kata sbb kulat dlm badan, kata doc lagi sbb mak sakit dah lama jd antibodi bdn xkuat nk lawan) kt badan mak pun dh xde, saya ingat lg doc kata ptg smlm, darah tinggi mak dh stable, gula pun, kalo xjumpa spora kulat (punca badan luka2 tanpa sbb) tuh, mak bleh balik, saya hepi sgt..setelah 3bln kt spital, saya bleh la balik tdo kat umah, rindunyee.. mlm tuh time tido, saya terjaga 'eh, mak xsesak nafas ke mlm ni?' saya terjaga lagi 'hurm, xsesak nafas dh? mak nak sembuh kot' saya terjaga lagi, mak xsesak nafas juga? 'alhamdulillah'

Esoknya, bila abah dtg gantikan shift saya, saya nk balik, nak ambil baju untuk keje sok, abah tanya 'baju apa lagi?' refer pada baju yang abah dah bawa datang ke hospital 'bagi la ida tido jap'walaupun hati saya berat nak balik tapi xtau kenapa saya masih lagi cari alasan untk balik rumah.

Balik rumah selesai saya mengemas rumah, saya bosan, terfikir untuk ke hospital, tapi tak tahu kenapa malas sangat. tiba tiba mata mengantuk, sebelum tido, hp yang tidak pernah saya guna mode selain silent, ptg tuh saya ubah fikiran, tiba tiba takut abah marah kalo telefon tak dengar.

Jam 3 ++ abah telefon 'cepat, mak dok loghrat ni" (cpt, mak dah teruk ni) saya terus bangun, panggil adik dan bergegas ke hospital, keluar je dari lift abah duduk dikerusi, abah tunjuk arah ward, memberi makna arahkan kami ke ward, sampai je ke bilik mak, langsir ditarik, dari hujung sudut saya ternampak mak dibalut dengan kain putih "tunggu kat luar ya, biar kami bungkus dulu" kata nurse "kenapa nak bungkus?"tanya saya masih tak faham

"Mak!!" raungan adik memberi jawapan pada saya, saya selak langsir. Fikiran saya kosong ~ memandang mak yang dah kaku.nurse panggil saya untuk isi borang kematian dan borang kebumi arwah.waktu abang chik sampai, saya sibuk mencari IC arwah dalam laci. selesai mengisi borang saya sedar jam hampir pukul 5ptg, saya ke surau - solat asar - sempat tel kwn baik, eizatul akmar. habis solat saya ke bilik arwah. kakngah berada diluar bilik, dia hulurkan tangan, saya memeluk kakngah erat, terasa kekosongan. kosong sangat.waktu itu saya sedar, saya telah kehilangan mak.saya menangis semahunya tp untuk apa?

Saya hilang arah, bagai kucing hilang tuan, saya hambakan diri untuk mak, hidup dan mati saya.. seminggu mak di hospital sungai buloh, seminggu juga saya disana. 3bulan mak di PPUM, 3bulan juga saya disana. bila mak tiada, untuk apa lagi saya hidup? Maha suci Allah, Engkaulah maha memberi petunjuk, hari pertama ke tmpt keje, saya xbleh tumpukan perhatian, saya minta balik dan gunakan semua AL yg ada, saya tel kakngah, kakngah tak bagi balik kalo masih nak menangis, kakngah xnak abah sedih! saya tel kaklyn, satu2nya kwn yang tahu semua kisah hidup saya, dia ajak ke rumah dia, kebetulan waktu itu adiknya ada sama, kata baby dalam simpati "Kenapa kau ckp gitu? Kita ni milik Allah, mak ko pun milik Allah, ko patutnya bersyukur Allah temukan ko dgn mak ko, Allah amik balik hak Dia, sbg manusia, kita kena redha" sambung baby lagi "Kita silap, kita kena sygkan org kerana Allah, bukan sbb di mak kita"

** Crdt to baby (nurzawani abd rashid)

Selamat Tinggal 'RebenColorPink'

Huh,

Mula mula created blog ni nak cari apa apa nama blog yang link dgn pink, tapi sebab sangatlah tak reti nk tukar color, rasanya pasal ada error dengan blog ni sendiri, lepas 3 hari mencuba ( crdt to zahida yang membantu walaupun tak berjaya ) terpaksalah redha dan bertukar pada nama yang lain!

Haish, tak sabar rasanya nak tunggu pakcik installer datang pasang streamyx, rasa cam berdebar debar je nak telefon 100 lagi (jatuh chenta kat 100 kah?). Haish! berdebar sebab nak ngamuk la mesti!!! Memang la kesian kat budak yang pick up call tu (saya pun penah je jadi cik operator kat 100 ni dulu), memang la bukan salah dia, pasal tu la saya tak berhajat nak maki ke carut ke tinggikan suara ke, tapi marah kat budak yang beriya iya je confirm kan pakcik installer nak datang hari ni! Bila saya ulang balik "confirm?" dengan bangga dan penuh confident je dia jawab "Confirm cik!" (Confident level kamu mmg 5star la cik adik, akak jadi operator dulu pun xpenah berani nak bagi jaminan cam u buat ni!), yang tak leh tahannya bila balik rumah, Linda (adik bongsu) tanya "Mana internet?"  Apakah? ~ dengan penuh rasa dap dip dup, no 100 kena ketuk! alahai,(kalo pepatah kata berat mata memadang, berat lagi bahu memikul tapi kali ni ) banyaknya no nak tekan.. banyak lagi lagu yang nak didengar.. selama ni jadi cik operator, bila kena jadi pemanggil teruja lebih sikit. Baru tahu cam mana perasaan pelanggan! Nasib baik budak yang jawab call malam tadi (Cik Rohaya kalo tak silap namanya) mempunyai suara yang mendamaikan, tambah pula ayat ayat standard dari  "Encik apa?"tanya saya tak jelas "Nama saya Akhbar, cik!"  "A.K.H.B.A.R " Siap eja yang tak tahan tu.

Mungkin apa yang kita belajar waktu 'Customer Management Training' tak 100% boleh diikut, bukan semua pelanggan mahukan cik Operator yang confident melampau, siap berani confirm! Bila dah sering disogokkan dengan ayat ayat confident melampau, pelanggan akan lali, apa yang pelanggan mahukan mungkin sedikit confident ditambah pula dengan suara yang sound empathy gitu.. nampak la macam ada attention nak membantu. Yeke? tapi itu lah yang saya (sebagai pelanggan) mahukan.

Apa kaitan rebencolorpink dengan 100? hurm.. patut la tak berjaya jadi cikgu bahasa! Tajuk dengan post takde kaitan langsung! Tapi..aiman tak kisah!

Tuesday, January 4, 2011

Salah Siapa?

Jumaat minggu yang lalu, saat rakyat Malaysia sibuk meraikan kejuaran Harimau Malaya untuk Piala AFF saya sibuk bekerja dan mengira OT,ada juga rakan rakan yang kata saya tak cuti sebab saya menyokong pasukan Garuda. Cis, mana mungkin saya menderhaka! Tapi sebab mata saya bersimbol RM, saya pulangkan balik cuti peristiwa dan memilih kertas merah bercetak RM. Habis saja waktu kerja, saya memecut balik ke rumah,seawal bulan lepas telah merancang bersama kakak menemani abah ke Ipoh, Perak. meraikan majlis kahwin sepupu. Kononnya memecut, sempat lagi ke kedai perabot bersama abah, niat mulanya nak tengok katil baru, tapi terjebak dengan tilam 8inci. saaayanggg abah ~

Selesai majlis, kami sekeluarga duduk bersama saudara mara, rasa bagai longgar skrew satu badan. Penat tak usah dikira, belum lagi ditambah sakit kaki lagi. tapi bila bahu diurut manja oleh MakCik Tun, hilang semua letih. Saya ni sensitif sikit dengan belaian manja dari wanita2 taraf mak - mak ni.. teringat pula pada arwah mak. Semoga rohnya ditempat dikalangan orang orang beriman.  Entah dimana bermula buah bicara, tiba tiba saya memberi perhatian pada bualan Kakngah "Lepas ni pesan kat Dekna, kalau nak beli rumah ke, kereta ke, letak dua nama" Uiks, topik menarik ni..
"Lagu tu ka?" Makcik Tun mengangguk memberi perhatian
"Kakngah pun buat macam tu Cik Tun, semua harta letak dua nama, nama kita dgn nama dia" Sambung Kakngah lagi
"Nanti Cik Tun pesan kat Dekna" MakCik Tun seakan setuju  dengan cadangan Kakngah
"Ida, pi bungkus sat" Ulang abah untuk kali keberapa ntah, perhatian saya diganggu oleh abah yang minta bungkus pulut kuning. Bukan saya malas (alasan!) tapi segan untuk bungkus membungkus ni, bimbang nanti apa kata orang 'pulut kuning pun mahu dibungkus'

Sampai saja dirumah, abah bercerita tentang majlis kahwin Dekna, cerita abah tentang Dekna yang dapat avanza hadiah majlis kahwinnya. Abah juga bercerita tentang hantaran RM11k juga majlis perkahwinan ditanggung oleh pihak lelaki. set pelamin, cameraman dan make up pun RM8k. Kakngah pula bercerita pengantin lelaki punya 5 buah kedai di Kedah dan 3 lagi di Perak. Sungguh gah majlis itu. Beruntung Dekna, pasti hidupnya diulit mewah. Tiba tiba kakngah bercerita, dia berpesan pada Makcik Tun supaya semua harta diletakkan 2 nama.Hah, part ni yang perlu sambung dengar pasal petang tadi perhatian diganggu abah dan pulut kuningnya..  Abah menegur cara kakngah yang dianggap mengganggu kisah orang.
" Mestilah abah..kan laki dia tu laki orang, kalau bini dia ungkit nanti, macam mana?" Suara kakngah membela diri. Terkejut kami sekeluarga. kisah memuja Dekna bertukar menjadi gosip yang memeranjatkan. Rupanya pengantin lelaki sudah berkahwin dan punya 3orang anak, pengantin lelaki menceraikan isterinya seminggu sebelum kenduri dirumah Dekna. "Sampai hati dia" Sampuk Zura, yang diam dari tadi memandang saya, saya mengangguk setuju
"Takpe lah tak dapat avanza pun kakyang, tak baik buat perempuan lain cam tu, anak anak dia lagi" pesan Zura pada saya.
"Apalah dia fikir buat orang lain cam tu" Sampuk Linda, adik saya yang bongsu turut memandang saya. saya mengangguk laju, faham apa yang Linda cuba sampaikan.
" Patutlah kakngah cakap cam tu kat Cik Tun!" Saya mengerti, kalau dia boleh buat begitu pada perempuan yang dah lahirkan zuriat dia, tak mustahil dia akan buat begitu pada Dekna. Mungkin itu yang perlu diambil sebagai tindakan berjaga jaga. tapi bagaimana pula untuk si bekas isteri yang diceraikan semata mata untuk berkahwin dengan perempuan lain? Bagaimana dengan nasib anak anaknya lepas ini? walaupun mungkin si pengantin lelaki berjanji untuk tidak mengabaikan, sejujur mana si pengantin lelaki dengan janji itu? Menurut kakngah, Makcik Tun bercerita mereka sudah kenal bertahun tapi Makcik Tun menghalang, hinggakan tahun lepas Makcik Tun akhirnya bersetuju. Kalau mereka sudah kenal bertahun, maknanya berapa lama mereka berhubungan? Berapa banyak ikthiar yang isterinya telah lakukan untuk menyelamatkan hubungan mereka. Mungkin!

Sangat tak adil bila dibuka kisah curang mencurang atau rampas merampas, orang ketiga dipersalahkan, kenapa perlu jari di tunding terus kepada pihak ketiga? bagaimana pula dengan sikap isteri atau mungkin lelaki itu sendiri? si isteri mungkin merasakan dia adalah wanita malang yang teraniaya. tapi bagaimana sikap dia waktu ditatang (mungkin!) oleh si suami? bagaimana butir bicara yang keluar dari mulutnya? bagaimana dia menguruskan rumah tangga? bagaimana dia menjaga kehormatan diri atau menjaga aib suami? Siapa mahu jawab??

Lantas saya teringat tentang kawan sepejabat, perangkap kisah suami orang tapi dari pandangan yang berbeza, sekitar awal puasa tahun lepas, saya dikejutkan dengan kisahnya "Mr.T dah gila la kak"
"Gila apa?" punyalah sibuk nak bergosip, sampai berhenti mengambil air sembahyang, bukankah sunat mengambil air sembahyang dengan senyap. Dosa bergosip? hee hee hee ~ Ms.D cerita tentang Mr.T yang menyatakan cinta padanya, "Habis, awak jawab apa?" Tanya saya control mood walaupun dalam hati saya sangat excited kerana dari awal lagi dapat mengagak bau bau cinta antara mereka. "Saya diam je"  

Selang berbulan selepas kes itu, seawal pagi Ms.D datang kepada saya "Malu saya malam tadi kak" Ms. D diserang oleh isteri Mr.T, isterinya menjerit jerit didepan rumahnya, isterinya mengugut untuk tinggalkan Mr.T dan pisahkan Mr.T dengan anak mereka jika Ms.D terus menghubungi Mr.T lagi. Hurm, memang saya dah jangkakan ini akan berlaku, kata orang2 tua, sepandai pandai tupai melompat... (sambung sendiri ya..) Cerita itu pun berlarutan hingga isteri Mr.T mencari saya di FB, dia meluahkan perasaan sedihnya, bercerita betapa hancurnya hatinya bila tahu tentang perkara ini. Sumpah, saya faham apa yang dia rasa, tapi saya tak salahkan dia, Mr.T mahupun Ms.D. saya faham apa yang Ms.D rasa, Ms.D tak mampu lari dari Mr.T kerana kami rakan sekerja tambah pula dengan rasa sayang Ms.D pada Mr.T. pesan saya waktu itu, minta isterinya memberi peluang pada Ms.D dan Mr.T, peluang untuk mereka memperbaiki hubungan itu. 

Selang 2 hari, saya dihubungi Mr.T, Mr.T minta nasihat, apa yang perlu dilakukan. Tanya Mr.T, perlu ke saya tinggalkan Ms.D. Siapa saya untuk berkata 'ya' atau 'tidak'? Keputusan adalah milik si pemilik kisah. Umum pasti akan mengatakan jawapan yang paling rasional adalah tinggalkan Ms.D,tapi siapa kita untuk membuat keputusan? tapi bila si pemilik kisah seakan menjadikan jawapan mudah itu suatu yang sukar. Makanya saya biarkan si pemilik kisah membuat keputusan sendiri. Apa yang jadi lepas itu? sudah tentu diserang dan diserang dan diserang lagi. Sebagai orang tengah pada waktu itu, saya berada ditengah dan melihat apa yang berlaku, waktu si isteri bercerita kisah sedih dan kononnya sudah cukup bersabar, saya juga melihat sendiri bagaimana Ms.D cuba dan cuba dan cuba menjauhkan diri, waktu si isteri menuduh Ms.D menggatal dengan isterinya, saya melihat sendiri Mr.T ganggu dan ganggu dan ganggu Ms.D 

Bias jika saya katakan saya menyokong Ms.D, kerana saya kawan Ms.D, tapi makin banyak yang saya tahu makin saya menyokong Ms.D, tindakan si isteri yang agak keterlaluan dan menyerang dan menyerang dan menyerang membuatkan saya yang pada mulanya kesian menjadi meluat.tambahan pula bila Ms.D berdiam diri, paling tidak pun dia tunjukkan SMS dan e-mail kepada saya dan Zahida (teman yang bersama sama menjadi pihak berkecuali), itu belum lagi dengan komen ala ala mencarut dan email email fitnah yang dihantar darinya melalui e-mail Mr.T,  dan caci makinya,tindakan bertubi tubi itu membuatkan si Ms.D yang pada mulanya memaksa diri menjauhkan diri mula kembali melayan Mr.T. Salah siapa? Si isteri yang gila meroyan atau Ms.D yang tak tetap pendirian?

Kalau salah si perampas, bukankah Allah yang mengaturkannya? Kalau salah isteri ke 2 bukan kah Allah dah tetapkan perkahwinan itu halal? kalau salah orang ketiga, bukankah Allah yang mengizinkan hubungan itu, bukankah bila Allah kata jadi, maka jadilah..Tapi sebagai manusia, bukankah Allah mengurniakan kita akal untuk berfikir, bukankah takdir dapat diubah dengan doa, sebagai muslim, mengapa kita tidak berusaha mengatur yang terbaik dan berusaha supaya tidak menyakiti hati orang lain, dalam masa yang sama kita berdoa kepada Allah dan akhirnya kita bertawakkal. hurm.. bukankah itu apa yang sepatutnya?

Amboi, sedapnya cakap.. ( sambil singsing lengan baju > tangan diletakkan ke pinggang > golek golek pinggul ) Mungkin saya tidak berada ditempat mereka, maka saya boleh menuduh dan beranggapan itu dan ini, tapi apa tindakan kamu jika berada ditempat bekas isteri si pengantin lelaki atau berada ditempat Ms.D? Apa pula perasaan kita bila berada ditempat Mr.T atau Dekna? Apa agaknya yang kita fikir jika berada ditempat si bekas isteri atau isteri Mr.T ?? pk ~ pk ~ pk ~

Monday, January 3, 2011

Bila jejari Menari?

Penat fikir cara cara menghabiskan masa yang ada, selongkar semua blog sudah, e-mail pun sudah, paper online pun dah 2 kali khatam dah. apa lagi? cuba create blog sendiri. Dah tiba masanya punya blog sendiri lepas asyik selongkar blog org lain. tapi banyak yang perlu belajar ni. takpe, boleh belajar kat rumah nanti. hehe.. (maksudnya saya berada dimana tika ini??) tak sabar rasanya nak mulakan hobi baru. untung untung dapat faham kenapa orang suka luahan kisah peribadi dalam blog mereka. Mungkin saya juga kan lakukan perkara yang sama lepas ni. Hurm..sapa tahu? nasib tak pernah kutuk mereka yang suka buka cerita peribadi disini (maksud aku kat blog mereka) mungkin berfikir viewer adalah dikalangan kawan kawan rapat ataupun memang berniat untuk berkongsi dengan masyarakat umum? hurm.. pk pk pk ~

Kalau nak diikutkan blog www.jejariruncing.blogspot.com antara blog yang tiba tiba jari kegilaan masyarakat Malaysia umumnya dan para peminat Khairul Fahmi antara blog yang tiba tiba menjadi perhatian, sehinggakan kekasih hati tiba tiba menjadi buruan wartawan dan peminat Khairul Fahmi, sehinggakan ada pihak yang tak bertanggungjawab membuka account hater di Facebook. Motif?

Waktu awal mengetahui blog Elia, si jejari runcing, saya rasa seperti kisah cinta dulu dulu terimbau kembali. Walaupun kisah cinta tak sama, tapi saya dan mungkin viewer yang lain dapat mengimbau kenangan cinta dulu dulu, sangat manis bila Elia menceritakan saat mula mengenali Khairul Fahmi, article Elia pun tak lah berbaur berlagak atau syok sendiri, diusia 21tahun (kalau tak silap) Elia agak matang menulis dan berfikir. tambahan pula blog www.jejariruncing.blogspot.com wujud sebelum isu Piala Suzuku AFF ini lagi. Jadi kenapa mesti wujud haters? (atau mungkin hater) , rata rata komen yang menyokong Elia mengatakan para haters (atau mungkin hater) ini wujud kerana sifat cemburu. Ops, no comment ~


Tak pe, bila En.Syg saya jadi goollie Malaysia dan berjaya memberi impak yang besar pada negara, waktu itu mungkin saya pula akan rasa apa yang Elia rasa, waktu itu saya akan mengangkat tangan kanan, lambai lambaikan ke depan dengan berharap orang paham bahawa saya ingin katakan "Ada aku kisah?" persoalannya, bila pula En.Syg saya main bola?