Tuesday, June 12, 2012

Petua Mengatasi Kegemukan

Fatty Diet

Hina betul jadi orang gemuk ni kan..
Doc bagi masa sampai next appoinment untuk kurus.
Bulan 8 nanti..
Ada lagi 2bulan je..
Saya rasa saya dah habis diet dah, 
tapiuntuk sebulan yang malang ini macam takde apa-apa perubahan je.
Tambahan pula;


Malam tadi bila bersembang dengan adik, 
dia kata takde beza langsung pun,
dia kata sebelum kahwin lagi kurus.
Ouch! Itu pedih!

Lepas tu saya sembang dengan Kak Kintan, 
Dia ni stokis Hai O,
Time bersembang dia cerita tentang program kurus endorse by their Hai O group named STG.
Bukan aim pada menang pun, tapi lebih kepada semangat sebab ramai-ramai.
Lagipun saya kenal Kak Kintan ni dari Syai,
Syai ni kawan kolej saya.

Lebih teruja sebab masa jumpa Syai ni dia dah kurus.

Dia kata lebih kurus dari lepas bersalin,
tapi saya tengok dah lebih kurus dari masa belajar kottt..
Sangat teruja!

Masa sembang tu dia bagi senarai benda yang boleh dimakan dan yang tidak ;

Kintan Salleh
o Tgh hari utk sseminggu nie...
o no ayam
o no daging
o no seafood
o no ais


( Ni saya culik dari facebook masa chat dengan dia malam tadi )

Wah, bersemangat lah saya kononnya.kan..
Tipu!
Sebenarnya saya dah kalut dah, saya penat duk fikir apa jer yang boleh makan?

Pagi tadi, masa turun nak cari breakfast, saya tukar selera dari D1 ke D2, tu nama lift ke cafe tu.. Biasanya kami makan di D1, tapi disebabkan semangat baru saya berpindah ke D2.

Sampai ke di D2, bihun sup yang diidamkan takde. 
"Orangnya cuti hari ni" kata Abg Cashier.

Saya duk pusing 8kali dah! 
Tipu, tak kira pula berapa kalinya tapi berkali-kali lah!
Nak amik kurma tapi ayam,
Nak amik kari tapi ayam,
nak amik sambal tapi kerang,
Nak amik sambal yang lain tapi sotong.

Argh!!!
Sudahnya saya amik nasi goreng dengan ubi rebus.

Lepas makan saya menyesal.
Bayangkan segala yang masuk dalam perut.

Monday, June 11, 2012

Hantu Nike Ardila

Hujung minggu bersama Wan,
Huh,tiap minggu je memang dengan Wan.
Tapi hujung minggu di PJ bersama Wan.
Itu jarang!

Buang masa bersama-sama tengok Dua Dunia Mitos ( Cerita Indonesia ) yang mengungkap kejadian mitos setempat.
Ayat sangat skema :p

Ada 1 kes ni, Crew  Dua Dunia Mitos pergi ke tanah perkuburan Nike Ardila, seorang artis yang dah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.


Tanah perkuburan ni dilengkapi dengan rumah tumpangan, surau dan tugu. Malangnya semua itu berbengkalai. Kawasan sekitar menjadi semak dan terbiar.

Menurut  Crew  Dua Dunia Mitos ni, masyarakat setempat sering menemui Nike Ardila berkeliaran di kawasan tanah perkuburannya, kelihatan juga perempuan berambut pandang dan bertangan besar.

Dalam siri  Dua Dunia Mitos ni, seorang pengamal paranormal ni memanggil jin yang ada sekitar kawasan masuk ke badan manusia ini (sukarelawan agaknya)

Mulalah mereka berbual, jin yang namanya Neng 'apa ntah' ni, dia kata dia kuntilanak, dia sengaja berupa jadi Nike Ardila sebab sengaja nak menakutkan masyarakat setempat.

Yang tak boleh blah tu, bila wartawan tu memastikan "maka Neng ni bukan Nike Ardila ya?" Jawab Neng tu "Bukan! Bila manusia mati, rohnya dikunci Yang Maha Kuasa, mana mungkin bisa keluar merayau-rayau" Menipu la kalau saya hafal ayatnya sebiji-sebiji, kan.. Tapi lebih kurang begitu la maksudnya.

Moralnya, memalukan kan bila jin yang bernama Neng tu jawab gitu.


P/s : Tak boleh nak tampal link Dua Dunia Mitos tu sebab saya di office kala ini.

Saturday, June 9, 2012

Hati Seorang Suami

Hati seorang suami yg soleh itu seperti embun yg menyejukkan, dia memuliakan isterinya dengan tak pernah menyakitinya, ilmu agama yg dimilikinya menjadi pedoman baginya untuk membina rumahtangga yg dibinanya agar menjadi KeLuarga Sakinah, Mawaddah & Warahmah yg penuh dengan Rahmat dan melahirkan zuriat-zuriat yg soleh dan solehah. Justeru, ya ikhwan carilah ilmu sebanyak-banyaknya sebagai modalmu kelak....

Lelaki soleh yg mampu membimbing wanita yg dicintainya menuju Nur-Jannah Illahi, dia mnjadikan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai pegangan hidupnya, dia memuliakan, lembut terhadap wanita dan anak2nya.Tegas dalam aqidah, bijak dalam bersikap, ialah penuntun dunia n akhirat. Semoga semua lelaki disini menjadi lelaki berkiblat syurga, dan wanita yg membaca ini dipertemukan jodoh dengan lelaki sebegitu..Aamiin ya Rabbal'amin

Doa Al-Ma'thurat