Tuesday, September 17, 2013

TTC : Tak Tahu

Lps seorang, seorang..
Penat tunggu tiba masa kita.
Tak juga..

Tunggu..
Tunggu..
Tak juga..

Hilang arah nak melangkah.
Hilang akal memikir,
Nak mula dari mana?

Berserah atau terus mencuba?
Tak tau.

TQ google.com

Monday, July 22, 2013

TTC : Period

Lepas operate laparoscopy 24 Dec 2012 hari tu, saya period 27hb sampai 29hb kemudian period tak kunjung tiba, tiap-tiap bulan check tapi -ve. Haha, harapan masih ada walaupun tak period kan..

Akhir bulan mei saya ke PPUM serah diri. Doc bagi saya sonolud (kalau tak silap namanya), kemudian saya period, bulan berikutnya saya amalkan minum air taugeh dan air bunga raya. Air taugeh ni 14hari bermula period, air daun bunga raya sekali je waktu period. Alhamdulillah, last week saya period dengan jayanya tanpa ada bantuan ubat-ubatan. 

Taugeh hasil search di google


Tipu tu, saya ada amik GLA, Alfalfa dan B Complex dari Shaklee sejak dari 2 bulan lepas, tapi baru bulan ni try amik air taugeh dan air daun bunga raya tu.

Disebabkan post ni post curi-curi time kerja, so jom sambung kerja. 

Tuesday, July 2, 2013

TTC Tetap Diteruskan

Laptop kat rumah dah rosak, lama dah sebenarnya..
Tak de niat nak repair pun, rasanya nak repair pun tak boleh dah kot..
Sebotol air tumpah atas nya,
Waktu Wan goncang2 laptop memang air berderu-deru keluar.
Kecewanya situasi itu.

TTC  tetap diteruskan seperti biasa.
2 bulan lepas waktu appointment di PPUM,
Doc bagi sonolut (kalau tak salah) untuk turunkan darah,
(Lepas laparoscopy, saya period sekali jer, 27 Jan - 29 Jan)
Dalam masa yang sama doc minta ambil darah untuk period ke 2 dan ke 21,
Next appointment 16 July ni.

Dalam masa yang sama ini bulan ke 2 consume GLA dan Alfalfa, dan bulan pertama utk Vit. B Complex, dalam masa yang sama saya ambil taugeh untuk galakkan hormone progesterone dan minum air bunga raya.

Harap-harap berhasil.

Tuesday, May 28, 2013

Apple Cider Vinager III

Simple Update ;

Dah masuk 9 hari minum ACV ni,
Memang saya perasan asyik sakit tekak je sejak ambil ACV, lepas 2hari saya perasan pagi-pagi saya buang kahak yang bercampur darah.
Kelmarin saya berhenti tapi sebab suami suruh teruskan, saya sambung balik.
Pagi semalam sekali, malamnya sekali.
Masa nak minum malam semalam memang dah ada 1 rasa cam nak jadi drama jer ni.
Lepas jer minum rasa perut panas.
Pedih.
Ah, sudah! 
Lepas hantar 1 sms kat kawan rasa angin naik 1 badan.
Muntah..
Muntah..
Kurang seminit 
Muntah lagi..
Ada lah 7-8 kali agaknya berulang masuk tandas!

Selamat Tinggal Apple Cider Vinager

Friday, May 17, 2013

TTC : Apple Cider Vinegar II

Hi,
Just nak update tentang Apple Cider Vinegar ni,
Walaupun hari ni hari ke 3 makan tapi just nak update malam tadi saya jumpa Egg White atau Cervical Mucus  dalam bahasa yang lebih tepatnya.

Menurut sini ; Cervical mucus adalah cecair yang dilepaskan oleh badan wanita dan cecair ini dari hormon estrogen.  Estrogen menghasilkan cervical mucus semasa bahagian pertama kitaran haid and the cecair ini membantu melindungi sperma dari keasidan faraj.  Cervical fluid juga bertanggungjawab membantu sperma melonjakkan melalui saluran faraj dan ke dalam tiub fallopio, di mana persenyawaan berlaku.

Wah, tanda-tanda bahagia ni. Tapi kalau tak de apa-apa pun takpe, saya tetap puas hati sebab ada tanda-tanda harapan.

Wednesday, May 15, 2013

TTC : Apple Cider Vinegar

” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Semalam waktu membuang masa menunggu waktu tidur saya jumpa blog (tak inngat blog mana) yang share tentang Bragg Apple Cider Vinegar.
Makanya saya google tentang hadis dan jumpa hadis diatas.
Oleh kerana cuka epal ni boleh mengurangkan berat badan dan ... dan.. dan murah (ini yang paling penting) makanya lunch tadi saya paksa kawan-kawan yang puasa berjemaah ni melintas jalan besar untuk menuju ke jalan yang benar, makanya kami pun terkedet kedek lah ke Giant.

Yer lah, kalau dah macam tak de idea lain doctor boleh bagi selain kurangkan berat badan, apa salahnya kita try ye tak..

TQ Makcik Google.
So berbuka malam ni nak start lah makan cuka ni, kalau ikut blog yang saya baca malam tadi makan 2 kali sehari tapi kalau ikut kat botol ni 3 kali sehari. Malam ni baru nak decide nak makan macam mana. Nak temukan cuka ni dengan ubat-ubatan kat rumah biar depa beramah mesra. Haha, habis lah engko kena ragging dengan senior lah gamaknya.

Wednesday, May 1, 2013

Tanggungjawab VS Ikhlas

Holla,

Kawan mengungkap sepatah kata yang buat saya terfikir.
"Kalau kahwin tujuan untuk bagi kita dosa jer, baik tak payah"
Cuba untuk menidakkan ayat itu tapi kenapa saya makin setuju?

Kisah tentang suami yang duduk dan mengomel dan dalam masa yang sama segalanya kita tanggung, 
..dan,
bila kita mengungkit dikatanya kita tak ikhlas.

Ya, cara yang benar adalah kita buat segala (READ : SEGALA) dengan ikhlas, seawal pagi bangun solat subuh dan basuh baju kotor dalam masa yang sama iron baju dan bersiap dan kejut suami sambil sidai baju dan pergi kerja dan balik kerja, makan bersama atau kadang-kadang rushing masak tong-tang tong-tang dan kemas rumah, dan lipat baju dan tidur.

Oh, tanggungjawab suami, isteri kena bantu dengan ikhlas.
Tanggungjawab isteri, isteri kena buat dengan redha.

Oh, begitu rupanya..

Crdt to Google

Lagi


Lagi..
Kau bilang aku buat lagi.
Sedang tanpa kamu sedar kamu tidak pernah berhenti melukakan hati ini.

Lagi..
Kau lempar beban salah pada aku.
Sedang tanpa kamu pernah sedar kamu tidak pernah berhenti melukakan hati ini.

Lagi..
Kau diam membisu tanda hampa pada aku.
Sedang tanpa kamu pernah sedar kamu tidak pernah berhenti melukakan hati ini.

Lagi..
Aku bertanya sendiri.
Pernahkah kamu sedar kamu tidak pernah berhenti melukakan hati ini?

Crdt to google


Friday, April 26, 2013

TTC : Kurangkan Berat

Baru balik Klinik Mediveron belakang rumah, sebenarnya sebab duk sakit ari ari sejak 5 hari lepas, bila doc suruh check urine saya ok jer,... dah tau x pregnant sebab baru last week check.. walaupun saya tak period sejak 4 bulan lepas.

As usual doc cadangkan untuk kurangkan berat badan. Tapi kali ni lain sikit sbb doc tu bagitahu kesan hormone, lemak dan ovum kita.. menarik!

Well, cam saya bagitau kwn office td "Nak buat macam mana, badan made in china,tu asyik sakit je"

Thursday, March 14, 2013

Makna

Hairan melihat mereka yang bagai tiada syukur menggalas rezeki Allah yang 1 itu.
Bagai tiada syukur,
Bagai tiada kasih,

Kemari!
Biar aku jerit betapa aku kepingin dia!
Kesini!
Biar ku titip rasa ini dihatimu
Agar kau mengerti nikmat syukur,
Agar kau faham makna anak.


Tuesday, March 12, 2013

TTC : Period Lewat 12 Hari

Tindakan luar kawal.
Tiba-tida Dila tanya "Jumaat Kak Ada cuti ke?"
Penuh profesional saya jawab "Aah, kan.. tak minta lagi. Tapi dah tak boleh dah kot" sebab kami kena minta annual leave seminggu sebelum cuti.
Rupanya saya dah apply dah.
Bila ntah apply nya, tiba-tiba jer dah approve.

Bermulalah perbualan pasal sebab nak pergi hospital, saya nak check sebab dah 12 hari (hingga waktu ini ) tak datang bulan, sebab ada history ada cyst hari tuh, buatkan saya trauma part-part rahim ni.

Tiba-tiba Aida tanya, symptom-symptom yang saya rasa ;



1. Mengidam - Sentiasa jer mengidam!

2. Warna areola menjadi gelap - memang gelap semulajadi

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi - Takde pendarahan!

4. Kerap membuang air kecil - Memang selalu buang air kecil

5. Keletihan - Memang sentiasa letih

6. Payudara melembut dan membengkak - Takde

7. Deria rasa berubah - takde

8. Mabuk hamil pagi - Takde

9. Tidak datang haid - Ini isunya

10. Ujian kehamilan yang positif - dah check masa lewat 6 hari tapi -ve

No 3 dan No 9 jer?
Satu 1/2 jer yang match dgn saya?
Huhuhu,.
Perasan sangat!
Tapi disebabkan doa kawan-kawan.
Nak berdoa juga, harap2 ada lah berita gembira..






Monday, March 11, 2013

Isnin Yang Panjang

Hari isnin yg panjang..
pagi2 hari gelas air tumpah atas laptop
terbaeekk Adawiah!!!

sampai opis seharian sakit kepala..
syabas!!!
nak siapkan job task sangat mencabar. buat satu baring..buat satu baring...
yg bestnya part kwn2 doakan mengandung..walaupun jumaat lps dh check UPT dan result nya -ve.. tp still thanks utk doa mereka.


ookeeyy,jom lipat baju sambil tunggu wan blk usrah.


Saturday, March 9, 2013

Bagai Mereka

Dulu,
Sendiri aku usahakan,
Mengalas beban,
Menangguk alasan..
Yang mereka enggan peduli.
Sendiri!
 
Kini,
Aku masih lagi setia,
Dianggap patung oleh mereka,
Dipijak hina oleh kamu,
Tanpa belas bagaikan mereka.
Tetap sendiri!
 
Syabas!
Kerana kamu berjaya,
Mengikut contoh terpilih,
Dari acuan terbilang.

Wednesday, February 27, 2013

Katakan

Katakan dengan ikhlas,
Kata kamu..
Dengar penuh teliti,
Telinga ini..

Bicara bak pendeta,
Bibir kamu..
Dengar dengan teliti,
Setiap inci..

Sepatah tanya,..
Pernah kamu rasa?
Berdiri dikasut berisi paku?
Bertongkat buluh menusuk jari?
Mendongak kepala disusun bata?

Sekadar kata,
Aku juga bisa,
Sediakan 7 lembaran,..
Dari sini kehujung dunia.
Ku bisa menulis itu dan ini.
Minta aku tempuhi?
Aku bisa bilang ku tiada masa!

Monday, February 18, 2013

Tak Malu


Pernah kamu terfikir,
Merantau jauh ke negara orang,.

Sendiri!
Tanpa ilmu didada,
Tanpa duit sejuta,
Tanpa pangkat setangga,

Ke kiri dicaci,
Ke kanan dikeji.

Hina!

Dikais-kais sepagi,
Dikira-kira dibeli roti.

Dikais-kais sepetang,
Dikira-kira diminta nasi.

Kita?

Diam melihat, meneguk liur.

Sedih!
Kala mereka, menghuni rumah bagai nak rebah itu,
Ditampal kain dan kayu silih ganti.

"Mana dapat api?" sangka hati, pasti dicuri dari tiang elektrik terdekat
"Tak ada api"
Oh,bagaimana mereka tidur? 
Rasa kesian menjelma.

"Air ditadah air hujan" Jawabnya tabah

Seketika,
Datang mereka, kononnya penduduk tetap bumi itu, mengaku empunya segala rezeki.
Dikait roti diangkat miliknya,
Dikuis nasi diomong haknya.

Tak Malu!
Waktu hasil barang lusuh yang dikumpul dirampas begitu saja.
Tak Malu!
Dalam ketawa mereka pergi tanpa setitik lelah.
Tak Malu!
Mengaku bumi Allah milik kamu.

Malu!
Dilahirkan sebangsa dengan kamu.


Friday, February 15, 2013

Privacy dalam Hubungan


Waktu blogwalking, saya terbaca di blog seseorang tentang privacy, dia cerita dia argue dengan kawan tentang tiada privacy dalam hubungan.

Maaf kalau saya salah, tapi saya tak sokong.
Even tiada apa-apa yang rahsia dalam handphone @ dalam facebook, saya tetap tak selesa kawan-kawan @ suami buka sesuka hati.



It's not mean  "hey its my dirty...i dont want you to know..i takot kantoi"

Even this blog pun rasanya my Wan tak tau.
( Ok, logik kalau Wan tak diberitahu tentang blog ni, sebab blog ni ada post-post yang agak menghentam dia. )

Tapi even sms-sms dalam handphone yang cuma ada sms dari celcom dan kawan2 yang suruh punch in dipagi hari je pun saya tetap tak selesa.



Bayangkan, balik kerja penat-penat.
Kita duduk di sofa dan suami datang gesel-gesel nak bermanja.
Apa kita buat?
Mungkin untuk A dia layan dan bersedia menyediakan senjata untuk bunuh syaitan.
Tapi untuk saya yang berpeluh 24jam ni, biasanya saya akan minta masa untuk rehat dan mandi dulu.
Gila tak romantik!
Tapi itu kan saya!
Pendapat saya tak sama dengan pendapat awak.

Bayangkan, 
Bila suami awak masuk toilet untuk po-po dia tak tutup toilet.
Kemudian kita marah.
"Kenapa you nak marah syg, kan tiada privacy antara kita"
Hah, nak cakap apa?

Bayangkan pula,
Bila kita jumpa kawan-kawan rapat kita - Girls Talk.
Letak husband awak kat tengah.
Apa yang awak bakal ceritakan?
Dan...
15 minit kemudian, husband awak minta excuse pergi merokok.
Awak pula yang awak bualkan?
Makin rancak? 
kenapa?
Sebab banyak benda nak cerita tanpa husband?
Then, itulah privacy!
Kita bukan cerita benda dosa ke, kisah kita dengan lelaki lain ke apa,.
tapi kita cuba perlukan ruang lingkup kita sendiri.

Bukan saya salahkan pendapat blogger 'seseorang' tu, cuma nak suara kan pendapat manusia ni macam-macam jenis, kalau dia rasa tiada privacy antara dia dan suami itu tak memberi maksud bila ada pasangan letakkan garis privacy antara mereka membawa maksud "hey its my dirty...i dont want you to know..i takot kantoi"

Nak share ini juga, jawapan dari yahoo answer


Wednesday, February 13, 2013

Hiding My Heart

I wish I could lay down beside you
When the day is done
And wake up to your face against the morning sun
But ..



Tuesday, February 12, 2013

Jodoh di Astro Ria

Sebenarnya sebulan sekali saya nak tengok TV pun payah.
Tapi malam tadi boleh melekat kat depan TV dengan Linda.
Teman tengok TV
Drama Jodoh kat Astro Ria.

Ni sinopsis dari Astro Gempak;

Jodoh megisahkan seorang jejaka bujang bernama Azlan yang kacak tekad ingin mencari cinta melalui sebuah program mencari cinta dan jodoh yang diberi nama ‘Jodoh’. Azlan telah memberanikan diri dengan menyertai program tersebut demi mencapai hasrat beliau mencari jodoh yang bersesuaian dengan dirinya.
Di dalam program tersebut, Azlan dikehendaki untuk memilih seorang teman wanita daripada 10 orang peserta wanita sebagai calon jodohnya di mana mereka harus melalui proses penyingkiran setiap minggu.
Ketika berada di program tersebut, Azlan sangat terpikat dengan seorang wanita bernama Katya, akan tetapi disebabkan undian oleh para penonton dan peminat, Olly menjadi pilihan yang sesuai buat Azlan berbanding dengan Katya.

Oleh yang demikian, Azlan dipaksa oleh pihak produksi program untuk tidak menyingkirkan Olly dari program Jodoh dan ini menyebabkan kedua-dua mereka terjebak dalam situasi yang sangat lucu kerana mereka berdua tidak menyukai antara satu sama lain.
Apakah yang akan berlaku kepada mereka berdua ketika sesi program Jodoh dijalankan? Bagaimana Olly boleh menyertai program Jodoh dan apakah tujuan Olly menyertai program Jodoh?


kelakar gila!
Santai..
Ketawa habis kami 2 beradik part malam perkenalan mereka.
Kesemua peserta sibuk nak tarik perhatian Azlan tapi Olly kagum dengan makanan buffet.
Kagum kat sushi, kat sandwich,..
Sampaikan Azlan datang kat dia 
"Hey, awak ni asyik makan je,kan.."
Marah sebab Olly tak bagi perhatian kat dia.

Drama ni setiap isnin jam 9malam di Astro Ria.

Sunday, February 10, 2013

Seperti..

Seperti selalu,..
Kau koyak hati aku,
Kau robek dan kau cinang,..
Lumat!
 
Seperti biasa,..
Kau hamun perasaan aku,
Kau maki jiwa aku,
Dengan senyap dan diammu,..
Pedih!
 
Sepertinya,..
Seperti selalunya,
Seperti biasanya,..
Kau tambah satu kisah hitam lagi,
..dan lagi
..dan lagi
 
 

Kamu semua jahat!

Kamu semua jahat!
Bila kamu semua salahkan aku!
 
Aku salah sebab pilih dia!
Aku salah sebab dulu dah dipesan!
 
Kau diam.
Konon pihak berkecuali.
Bagaikan tak terlibat dalam rencana ini,
Sedangkan ini semua kerana kau.
 
Kamu semua juga kau,
Aku nekad akan pergi suatu hari nanti,
Tinggalkan kamu semua juga kau.
 
Kerana kamu semua juga kau..
.. tak pernah cuba untuk mengerti.


TTC : Ustaz Sharhan - Cara Dapatkan Zuriat


Siapa Suami Yang Layak Dihormati?

 
Siapa suami?
Lelaki yang mengucapkan qabul (akad terima) janji perkahwinan dengan seorang gadis atau wanita tertentu. Termasuk dalam definisi ini juga lelaki yang ‘dipaksa’ menikahi atau mengahwini gadis/wanita yang bukan pilihannya.

Kelayakan sebagai suami
Tidak semua lelaki layak menjadi suami. Kelayakan menjadi suami bukan terletak kepada umur, pangkat pekerjaan, banyaknya harta atau kacak paras rupa.

Syariat Islam menetapkan terdapat lima hukum asas bagi seseorang lelaki yang berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya. Hukum asas inilah yang menjadi pertimbangan kelayakan seorang lelaki untuk berkahwin dan memegang status seorang suami.

Kenapa hanya lelaki? Kerana lelaki adalah ketua keluarga dan bila ketua adalah seorang yang betul-betul layak, insyaAllah ketua ini akan mampu melayarkan bahtera rumahtangganya berlandaskan kehendak syariat dan mampu merealisasikan perkahwinan menepati prinsip dan hikmahnya.

Lima hukum tersebut ialah wajib, sunat, haram, makruh dan harus.

Wajib - apabila lelaki itu mampu dari segi fizikal dan kewangan malah dibimbangi sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.

Sunat - lelaki yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin. Bezanya mereka tidak bimbang akan terlibat dengan zina sekiranya tidak berkahwin.

Haram - lelaki yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin. Haram juga bagi lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk memudaratkan isterinya.

Makruh - lelaki yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.

Harus - lelaki yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.

Berdasarkan hukum asas ini, jika anda berada dalam kategori wajib, sunat dan harus, anda adalah lelaki yang layak berkahwin. Sebaliknya jika anda berada dalam kategori haram, sudah jelaslah anda memang tidak layak berkahwin. Jika anda berada dalam kategori makruh pula, secara mudahnya, walaupun anda tidak diharamkan berkahwin tetapi anda juga tidak layak berkahwin. Memanglah makruh sahaja dan bukan haram tetapi perkara makruh juga adalah perkara yang tidak disukai oleh Allah. Jika jelas dan nyata anda tidak mampu memberi nafkah kepada isteri sedangkan memberi nafkah adalah kewajipan dan tanggungjawab suami, apa lagi yang boleh bakal isteri atau isteri anda harapkan daripada anda nanti? Harapkan kewajipan menunaikan nafkah batin? Hmmm… secara kasarnyalah, sama sajalah anda dengan gigolo kat luar sana!!

Peranan dan tanggungjawab suami
Islam menetapkan setiap suami wajib menjalankan peranan dan tanggungjawabnya dengan sebaiknya. Dengan sebaiknya bermaksud berusaha sedaya upaya untuk menjalankan semua peranan dan tanggungjawab yang disenaraikan tanpa rasa lelah, jemu atau bosan.

Kewajipan melayani isteri dengan baik.
Tanggungjawab seorang suami yang paling utama ialah melayan isteri dengan penuh kebaikan. Seorang suami wajib melayani isterinya dengan tingkah laku yang baik dan menuruti kehendak isteri dalam perkara yang sesuai dan munasabah mengikut syarak.
Maksud layanan yang baik bukan sekadar tidak memukul atau menampar tetapi layanan yang baik seperti yang dikehendaki di dalam Islam malah undang-undang perkahwinan agama lain juga ialah suami perlu menjaga hati dan perasaan isteri agar tidak dilukai dan disakiti. Isteri berhak dilayan dengan penuh kemesraan, kelembutan dan dengan penuh kasih sayang. Suami juga perlu berusaha memupuk kasih sayang isteri seperti di dalam kes perkahwinan paksa.

Layanan yang baik juga bermakna isteri perlu diperlakukan seperti seorang manusia merdeka, bukannya hamba yang menurut segala arahan tuannya yang membabi buta. Seorang isteri perlu dipanggil dengan ucapan yang menunjukkan kasih sayang seperti nama manja isteri ataupun apa jua panggilan yang menggambarkan betapa suami menyintai dan menghargai isteri. Seorang isteri tidak berhak menerima kata-kata seperti bodoh, otak singkat atau apa juga panggilan yang menyakitkan hati.

Memberi nafkah zahir yang sempurna mengikut kemampuan
Tanggungjawab suami yang tidak kurang pentingnya ialah memberi nafkah untuk isteri dan anak-anaknya berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan segala keperluan isteri yang munasabah dan tidak bercanggah dengan syarak.Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” – surah al-Nisa’ ayat 34.

Kadar pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seorang suami dan suami tidak wajar membebankan dirinya melebihi dari kemampuannya yang sebenar. Maksud membebankan diri di sini ialah melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan atau di luar upaya suami. Sebagai contoh berhutang dengan mana-mana pihak bagi merealisasikan kehendak isteri yang melampau.

Menyediakan rumah untuk isteri
Sebenarnya, menyediakan rumah atau tempat perlindungan untuk isteri dan anak-anak adalah termasuk di bawah kewajipan seorang suami menyediakan nafkah zahir. Namun, pengalaman saya melayani kerenah ahli masyarakat kita hari ini yang pelbagai, ada baiknya saya lakukan perincian. Tambahan pula, banyak kes kekecohan rumahtangga adalah disebabkan kegagalan suami menjalankan kewajipan menyediakan rumah untuk isteri.

Islam tak menetapkan tentang bentuk atau saiz rumah. Yang penting, ia adalah di dalam kemampuan suami. Memadailah sebuah rumah yang sesuai dan selesa bagi menjalani kehidupan seharian sebagai suami isteri seterusnya sebagai ibu bapa.

Melayani keperluan seks isteri
Ramai yang salah faham tentang layanan seks di dalam sesebuah perkahwinan. Rata-rata kes, kewajipan melayan keperluan seks diletakkan sepenuhnya kepada isteri.

Hakikatnya, sebagaimana pentingnya suami memenuhi keperluan material isterinya, menjadi tanggungjawabnya juga untuk melayani keperluan batin isteri. Kebiasaannya wanita memiliki sifat pemalu terutamanya untuk berbincang tentang kehendak seksualnya. Namun, sebenarnya mereka juga berkehendakkan kepada nikmat kepuasan ketika melakukan persetubuhan (berjimak), sama seperti suami.

Bersikap romantik terhadap isteri
Tahukah anda, Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid.Saya tahu, memang ramai yang mencium isteri tapi berapa kalikah anda mencium isteri anda dengan penuh kasih sayang; bukan sekadar ciuman selamba atau ciuman penuh ghairah?

Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi masyarakat kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita melakukannya. Lantas, ciumlah isterimu wahai para suami! Bukan membiasakan diri dengan budaya barat sebaliknya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Justeru, apa lagi yang menghalang anda untuk mencium isteri atau apa-apa juga perlakuan romantik lain?

Bergurau dengan isteri
Rasulullah SAW sering bergurau senda dengan para isterinya. Aisyah r.anha telah berkata yang bermaksud: “Rasulullah berlumba lari denganku, maka aku menang ketika itu kerana aku belum gemuk. Kemudian, setelah gemuk aku berlumba lari dengannya, maka baginda memenanginya. Lalu baginda bersabda: Kemenangan ini sebagai penebus kekalahan yang lalu.” - hadis riwayat Abu Daud.

Jika Rasulullah SAW boleh bersenda gurau dengan isteri baginda, kenapa tidak anda?

Meluangkan masa bersama isteri
Walau sesibuk mana sekalipun menguruskan tugasan, suami tetap perlu berusaha meluangkan waktu bersama isterinya. Tidak dinafikan, kesibukan suami di luar rumah dengan kegiatan-kegiatan lain di samping mencari nafkah menyebabkan dia mengabaikan peranannya sebagai suami. Dia terlupa isterinya memerlukan belaian manja seorang suami untuk menghiburkan hatinya.

Ada suami yang hanya pulang dengan wajah kelesuan, tidak bermaya dan terus melelapkan mata tanpa berbual dengan isteri. Yang lebih perit adalah apabila suami membawa masalah-masalah dari luar dan melepaskan geramnya terhadap isteri.

Ya!! Isteri anda tahu anda penat. Anda bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Tetapi anda juga harus faham kehendak isteri anda. Kalau sehari dua tidak dilayan, mungkin boleh ditahan. Tetapi jika selalu saja begitu, tidak diendah dan dipedulikan? Tambah bila ada orang yang mampu menggantikan tempat anda. Ingat!! Isteri anda juga adalah manusia biasa. Jangan selalu mengharapkan pemahaman dan pengertiannya sebaliknya anda sendiri gagal memahami dan mengerti kehendak dirinya.

Uruskanlah kerja anda dengan baik. Usahakan untuk anda meluangkan masa bersama isteri anda. Jika Rasulullah SAW mampu meluangkan masa baginda dengan isteri, kenapa tidak anda?

Wujudkan suasana ibadah dalam rumahtangga
Lelaki dipertangungjawabkan oleh Allah SWt sebagai pemimpin keluarga. Pemimpin yang baik semestinya lah seorang pemimpin yang mengutamakan segala suruhan-Nya. Lantas, menjadi tanggungjawab seorang suami untuk mewujudkan suasana ibadah di dalam rumahtangga.

Bagaimana caranya? Paling utama, seorang suami hendaklah mengerjakan segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Solat lima waktu yang wajib mesti dikerjakan bersungguh-sungguh. Pastikan isteri dan anak-anak juga mengerjakan solat yang wajib. Malah, satu kelebihan jika anda sebagai suami dan bapa dapat mengimamkan isteri dan anak-anak anda. Tak perlu jadi ustaz atau imam, jadilah diri anda sendiri yang sentiasa mengutamakan tuntutan agama dan keredhaan Ilahi, insyaAllah, perkahwinan dan rumahtangga anda akan aman harmoni.

Sentiasa tunjukkan wajah ceria
Tidak dapat dinafikan, raut wajah seseorang boleh menggambarkan pelbagai makna malah mampu mempengaruhi suasana hubungan suami isteri. Wajah yang ceria semestinya akan dapat menenangkan jiwa isteri. Walau sesusah mana pun hati anda, cuba juga tampilkan wajah ceria. Masalah di tempat kerja jangan sesekali dibawa pulang ke rumah kerana ia boleh membantutkan keceriaan rumahtangga anda. Bukan tak boleh nak bercerita kepada isteri malah sewajarnya anda berkongsi setiap masalah anda dengan pasangan anda tetapi anda perlu pastikan luahan anda itu tidak mengganggu keceriaan rumahtangga anda.

Menjaga penampilan diri
Bukan sahaja wajah yang perlu ceria, suami juga hendaklah menjaga penampilan diri agar sentiasa kelihatan menarik dan bersih. Hakikatnya, bukan isteri sahaja perlu berhias untuk suami tetapi para suami juga perlu berhias dan tampil segak dan kemas di hadapan isteri. Bukan perlu papa untuk bergaya kemas tetapi cukuplah sekadar sejuk mata memandang. Yang sejuk mata memandang inilah yang menjadi masalah kepada sesetengah pihak selepas berkahwin.

Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abbas r.a pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW menyuruh beliau tampil kemas dan segak di hadapan isteri: “Sebagaimana isteri kamu berhias untuk kamu, kamu juga perlu berhias untuk isteri kamu.”

Bersabar melayani kerenah isteri
Wanita sinonim dengan sikap emosional dan suka ikut perasaan. Lantaran itulah, para suami perlu bersabar ketika menghadapi kerenah dan sikap isteri.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Nasihatilah wanita dengan baik. Sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk dan bahagian paling bengkok dari tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Seandainya kamu meluruskannya bererti kamu mematahkannya dan seandainya kamu biarkan maka ia akan terus membengkok. Maka, nasihatilah wanita dengan baik.” - hadis riwayat al-Bukhari.

Hadis ini menegaskan agar setiap suami menasihati isteri dengan cara yang penuh hikmah dan lemah lembut. Jangan sesekali terburu-buru menggunakan kekerasan kerana ia bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan permasalahan malah akan memburukkan lagi keadaan.

Hukum taat dan hormat
Seperti huraian di dalam persoalan yang dikemukakan, tanggungjawab seorang isteri yang paling utama ialah taat dan patuh kepada suaminya. Ketaatan seorang isteri kepada suami berada di tahap teratas, melebihi segala ketaatan kepada sesiapa pun juga termasuk ibu dan ayah kandung si isteri sendiri.

Persoalannya, apakah semua lelaki bernama suami kini, menepati kelayakan untuk ditaati dan dihormati sebagai suami? Saya pecahkan kepada dua bahagian: taat dan hormat. Taat dan hormat adalah dua perkara berbeza.

Seorang isteri wajib taat kepada segala kata-kata dan arahan suami selagi kata-kata dan arahan tersebut tidak melanggar saranan dan arahan hukum syarak. Isteri juga wajib hormatkan suami, menjalankan kewajipan yang wajib bagi isteri walaupun suami anda tidak berjaya (setelah berusaha sedaya upayanya) menjalankan peranan dan tanggungjawab yang wajib baginya secara sepenuhnya.

Ingatlah kaum wanitaku semua, walau siapa pun kita, walau apa juga jawatan yang kita pegang, walau apa juga gelaran atau bintang yang kita perolehi, selagi kita bernama isteri, selagi itulah kita perlu hormat, taat dan cintakan suami sepenuh hati. Bukannya sekadar cinta di kala suami berharta tetapi cinta sepanjang masa, di waktu senang juga di masa susahnya. Ya, saya tahu tugas menyara keluarga terletak di bahu suami tetapi dah nama sebagai isteri dan rakan kongsi suami, kita wajar membantu suami di kala suami susah dan menghadapi masalah kewangan dan segala masalah lainnya.

Bukannya bererti apabila tanggungjawab nafkah adalah di bahu suami dan apabila suami menghadapi masalah menunaikan kewajipannya itu, kita harus angkat kaki ataupun mencari lelaki lain sebagai pengganti. Sewajarnya, apabila keadaan ini terjadi, kita sebagai isteri menghulurkan bantuan dan sokongan kepada suami. Bantu selagi daya, sokong segala cara.

Ya… mungkin ada yang bimbang jika bantuan yang diberi disalahgunakan oleh suami. Risau jika sokongan yang dihulur, disalaherti pula oleh suami. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, rekodkan setiap perbelanjaan yang kita hulurkan demi bantuan dan sokongan tersebut. Simpan segala bukti, insyaAllah, bukan meminta tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di belakang hari, kita dah cukup pertahanan diri.

Persoalan penting juga, apakah tanggungjawab isteri melayani kehendak seks suami adalah mutlak? Tidak ada rukhsah atau pengecualian?

Hakikatnya, hadis-hadis yang diutarakan dan memang mantap di dalam minda ramai orang terutama suami, adalah sebagai menunjukkan betapa beratnya kewajipan isteri di dalam memenuhi kehendak batin suami kerana hanya isteri sebagai jalan melepaskan nafsu lelaki yang satu itu. Tetapi, bukan bererti kewajipan tersebut adalah muktamad, tidak ada campur bahagi. Sebenarnya kewajipan suami isteri di dalam rumahtangga termasuklah hubungan suami isteri lebih kepada berbentuk tolak ansur.

Matlamat perkahwinan adalah untuk kebahagiaan kedua-dua pihak. Sekiranya hanya satu pihak merasa bahagia sedang satu pihak lagi tertekan menderita, tidak ada gunanya perkahwinan yang dianjurkan oleh Islam. Sama juga di dalam hubungan suami isteri. Ianya untuk kepuasan kedua-dua pihak. Sekiranya si isteri melakukan di dalam keadaan terpaksa, di mana nikmatnya yang Allah janjikan untuk pasangan suami isteri tersebut?

Sebab itulah, suami perlu lebih bertolak ansur dan cuba memahami keadaan isteri.

Satu persoalan lagi, apakah isteri tetap wajib melayani kehendak batin suami yang sengaja gagal menunaikan tanggungjawab? Hakikatnya, terdapat dua jawapan bagi soalan ini iaitu ya dan tidak!
# Ya - jika suami anda daripada kalangan yang sukar menahan nafsunya dan jika anda tidak melayaninya, membolehkan dia terjebak ke lembah maksiat.
# Tidak - jika anda tahu dan yakin dengan penolakan anda itu tidak menyebabkan suami anda mencari kepuasan di luar.

Ingatlah! Jika suami mengarahkan isteri melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak syarak, maka tika itu, isteri tidak wajar mentaati suami. Sama juga dengan kehendak batin suami yang sengaja gagal dan tidak bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab, kehendak suami ini boleh ditolak dan isteri tidak akan berdosa sekiranya menolak permintaan suami. Kenapa? Kerana suami sengaja mengabaikan tanggungjawab. Hadis menyuruh isteri mentaati suami yang betul-betul seorang suami. Apa maksud betul-betul seorang suami?

Seorang suami yang betul-betul seorang suami ialah seorang suami yang berusaha menunaikan tanggungjawab nafkah zahir dan batin seorang isteri, bukan menunaikan nafkah batin sahaja. Masalahnya, menunaikan kehendak batin tu, bukan memenuhi kehendak isteri sangat sebenarnya tetapi lebih kepada memenuhi kehendak sendiri.

Lantas, wahai isteri.. bila suami anda berani menderhaka kepada Allah… maka anda tidak wajar lagi mentaati mereka. Jika anda, sebagai isteri… kecewa dengan sikap suami yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak mampu atau enggan memenuhi kehendak seks suami, anda berhak menolak permintaan suami. Jangan bimbang dengan nusyuz. Anda bukan isteri yang nusyuz semata-mata enggan menunaikan kehendak suami yang dayus.

Seperti yang katakan tadi, jika tiba satu tahap suami tetap mempergunakan anda demi kepuasan nafsunya semata-mata dan anda tidak mampu untuk terus berpura-pura melayani kehendaknya, bertindak lah. Jangan biarkan diri anda berdosa hanya kerana ingin kekal dalam perkahwinan yang gagal. Pesanan saya kepada isteri yang mengambil alih tugas suami, simpan segala dokumen atau resit perbelanjaan anda. Jika suami anda mengambil tindakan kerana anda menolak ajakannya, anda berpeluang menggunakan semua itu sebagai pertahanan diri.


Saturday, February 9, 2013

TTC : Kurma Susu Kambing

Post ni teramatlah famous, disebabkan tadi kawan saya tag petua ni, saya post sebagai perkongsian dengan TTCian yang lain :)

Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaim...ana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya.
 

Friday, February 8, 2013

ASMA'UL HUSNA - Pengertian dan fadhilat-fadhilatnya

ASMA'UL HUSNA - Pengertian dan fadhilat-fadhilatnya


1. Allah
The God

Apabila dizikirkan 500 X setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2
rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.


2. Al Rahman
Maha Pemurah
The Most Merciful

Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 X , maka hati kita akan menjadi terang,
tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.


3. Al Rahim
Maha Penyayang
The Most Merciful

Apabila dizikirkan sebanyak 100 X setiap hari , InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik
yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.


4. Al Malik
Maha Merajai/memerintah
The King, The Sovereign

Apabila dizikirkan sebanyak 121 X setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala
pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai
Allah.


5. Al Quddus
Maha Suci
The Most Holy

apabila dizikirkan sebanyak 100 X setiap pagi setelah tergelincirnya matahari, maka hati kita
akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki dan lail-lain.


6. As Salaam
Maha Memberi Kesejahteraan
Peace and Blessing

Apabila dizikirkan sebanyak 136 X, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala
penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.


7. Al Mu'min
Yang Memberi Keamanan
The Guarantor

Apabila dizikirkan sebanyak 236 X , InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang
dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.


8. Al Muhaimin
Maha Pemelihara
The Guardian, The Preserver

Apabila dizikirkan sebanyak 145 X sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita
akan terang & bersih.


9. Al Aziz
Maha Gagah
The Almighty/ The Self Sufficient

Apabila dizikirkan sebanyak 40 X sesudah solat subuh, Insyaallah kita akan menjadi orang
yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.


10. Al Jabbar
Maha Perkasa
The Powerful/ The Irresistible

Apabila dizikirkan sebanyak 226 X pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk &
patuh dengan izin Allah.


11. Al Mutakkabir
Maha Megah/Yang Memiliki Kebesaran
The Tremendous

Apabila dizikirkan sebanyak 662 X maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita
akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu
yang setia.


12. Al Khaliq
Maha Pencipta
The Creator

Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731 X, Insyaallah yang ingin otak cerdas,
cepat menerima sesuatu pelajaran. Amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan
cepat tangkap (faham).


13. Al Baari
Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
The Maker

Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 X
selama 7 hari berturut-turut, Insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh
dari penyakit tersebut.


14. Al Mushawwir
Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
The Fashioner of Forms

Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah
ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak
berbuka puasa, ambil segelas air dan dibacakan "Ya Mushawwir" sebanyak 21 X, Kemudian
diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara
yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari sahaja. Kemudian pada waktu
hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 X. Insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh.


15. Al Ghaffar
Maha Pengampun
The Ever Forgiving

Sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 X
sambil menunggu masuknya solat Jumaat. Insyaallah akan diampunkan dosa-dosa kita.


16. Al Qahhar
Yang Memaksa
The All Compelling Subduer

Zikir mengikut kemampuan atau sebanyak 306 X, maka hati kita akan dijaga dari
ketamakan & kemewahan dunia & Insyaallah orang-orang yang selalu memusuhi
kita akan sedar & tunduk akhirnya.


17. Al Wahhaab
Maha Pemberi Kurnia
The Bestower

Dizikir sebanyak 100 X sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan,
Insyaallah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.


18. Ar Razzaaq
Maha Pemberi Rezeki
The Ever Providing

Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh. Insyaallah akan
dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga.
Tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.


19. Al Fattaah
Maha Pembuka Rahmat
The Opener/The Victory Giver

Dizikir sebanyak 71 X sesudah selesai solah Maktubah. Insyaallah hati kita akan dibuka
oleh Allah sehingga mudah menerima nasihat agama.


20. Al Aliim
Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
The All Knowing/The Omniscient

Dizikir sebanyak 100 X setiap selesai solat Maktubah, Insyaallah akan mendapat kemaktifatan
yang sempurna.


21. Al Qaabidhu
Yang Menyempitkan (makhluknya)
The Restrainer/ The Straightener

Dizikirkan 100 X setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari
segala bentuk ancaman.


22. Al Baasithu
Yang Melapangkan (makhluknya)
The Expander/ The Munificent

Bagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga
itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, Insyaallah rezeki akan menjadi
murah.


23. Al Khaafidh
Yang Merendahhan (makhluknya)
The Abaser

dizikirkan sebanyak 500 X setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawwaduk, Insyaallah
segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan
jatuh mertabatnya.


24. Ar Raafi'
Yang Meninggikan (makhluknya)
The Exalter

Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 X, Insyaallah keselamatan harta
benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.


25. Al Mu'izz
Yang Memuliakan (makhluknya)
The Giver of Honor

Dizikirkan sebanyak 40 X setiap hari, Insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar
terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.


26. Al Mudzil
Yang Menghinakan (makhluknya )
The Giver of Dishonor

Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita &
sukar untuk memintanya, insyaallah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.


27. Al Samii'
Maha Mendengar
The All Hearing

Sekiranya ingin doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap
hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, Insyaallah doa akan mustajab.


28. Al Bashir
Maha Melihat
The All Seeing

Dizikirkan sebanyak 100 X sebelum solat Jumaat, Insyaallah akan menjadikan kita terang hati,
cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.


29. Al Hakam
Maha Menetapkan
The Judge/ The Arbitrator

Dizikirkan sebanyak 68X pada tengah malam dalam keadaan suci, Insyaallah dapat membuka
hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari
ilmu-ilmu agama.


30. Al Adllu
Maha Adil
The Utterly Just

Dizikirkan sebanyak 104 X setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, Insyaallah diri kita
selalu dapat berlaku adil.

31. Al Lathiff
Maha Lembut
The Subtly Kind

Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, Insyaallah bagi para peniaga, ikthiar
ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.


32. Al Khabiir
Maha Mengetahui Rahsia
The All Aware

Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak
sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan
teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.


33. Al Haliim
Maha Penyantun
The Forbearing/The Indulgent

Dizikirkan sebanyak 88 X selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan
dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, Insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan
dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.


34. Al Azhiim
Maha Agung
The magnificient/The Infinite

Dizikirkan sebanyak 12 X setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, Insyaallah
akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 X kemudian ditiupkan pada tangan lalu diucap-usap
pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, syaitan dan
sebagainya.


35. Al Ghafuur
Maha Pengampun
The All Forgiving

Bagi orangyang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa
& beriktikad untuk tidak mengulanginya, Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.


36. As Syakuur
Maha Pembalas Budi (Menghargai)
The Grateful

Dizikirkan sebanyak 40 X selepas solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah.
Insyaallah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali mempunyai hajat
yang penting & terdesak.


37. Al 'Aliy
Maha Tinggi
The Sublimely Exalted

Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 X
(DIDALAM BAHASA ARAB BUKAN BAHASA MALAYSIA!!!!) lalu direndam pada air yang
dingin dan diberikan si anak meminumnya, Insyaallah lama kelamaan otak si anak itu akan
berubah cemerlang & tidak dungu lagi. Insyaallah.


38. Al Kabiir
Maha Besar
The Great

Bagi seseorang yang kedudukannya telah di rampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah,
maka bacalah zikir ini sebanyak 1000 X selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan
suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat.)


39. Al Hafizh
Maha Menjaga
The Preserver

Dizikirkan sebanyak 99 X, Insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang
buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.


40. Al Muqiit
Maha Pemberi Kecukupan
The Nourisher

Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalm hutan atau di mana
sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir
ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar telah hilang.

41. Al Hasiib
Maha Membuat Perhitungan
The Reckoner

Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkanlah zikir ini sebanyak 777 X
sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, Insyaallah akan meneguhkan kedudukan kita
tanpa sebarang gangguan.


42. Al Jaliil
Maha Mulia
The Majestic

Barang siapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, Insyaallah kita akan
mendapati perubahan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang
pegawai, maka tanpa di sedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah
seterusnya dengan izin Allah.


43. Al Kariim
Maha Pemurah
The Bountiful/The Generous

Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka
amalkanlah zikir ini sebanyak 280 X ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan
mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.


44. Ar Raqiib
Maha Mengawasi
The Watchful

Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan,
maka zikirkan sebanyak 50 X setiap hari dengan niat agar barang-barang yang
di khuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang
kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah,
Insyaallah......


45. Al Mujiib
Maha Mengabulkan
The Responsive/ The Answerer

Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab &
selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 X sesudah solat subuh.
Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.


46. Al Waasi
Maha Luas
Tha Vast/ The All Encompassing

Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128 X setiap pagi & petang,
Insyaallah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini
sentiasa diamalkan, Insyaallah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.


47. Al Hakiim
Maha Bijaksana
The Wise

Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, Insyaallah
akalnya akan menjadi cerdas & lancar di dalam menghafal & mengikuti pelajaran.
Amalkanlah sekurang-kurangnya 300 X setiap hari.


48. Al Waduud
Maha Pencinta
The Loving/ The Kind One

Amalkan zikir ini sebanyak 11000 X pada setiap malam. Insyaallah kita akan menjadi
insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada
di dalam keadaan harmoni.


49. Al Majiid
Maha Mulia
The All Glorious

Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi
& menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkanlah zikir ini
sebanyak 99 X, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan dan usap ke
seluruh muka. Insyaallah semua anggota keluarga kita akan menyayangi &
menghormati kita sebagai ketua keluarga.


50. Al Baa'its
Maha Membangkitkan
The Raiser of the Dead

Zikirkan sebanyak 100 X dengan meletakkan kedua tangan ke dada, Insyaallah akan
memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. As Syahid
Maha Menyaksikan
The Witness

Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang atau
sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 X secara berterusan setiap malam
sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.


52. Al Haqq
Maha Benar
The Truth/ The Real

Perbanyakkan zikir ini, Insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan
iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.


53. Al Wakiil
Maha Memelihara
The Trustee/ The Dependable

Sekiranya terjadinya hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka
ketika itu perbanyakkanlah zikir ini, Insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda
& kembali seperti sediakala.


54. Al Qawiyyu
Maha Kuat
The Strong

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan
sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.


55. Al Matiin
Maha Kukuh
The Firm/ The Steadfast

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang
besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa
gentar untuk mengganggu.


56. Al Waliyy
Maha Melindungi
The Protecting Friend/ Patron & Helper

Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah
elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,
kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan orang-orang
yang bersifat dengki.


57. Al Hamiid
Maha Terpuji
The All Praiseworthy

Perbanyakkanlah zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang
paling berhak menerima segala pujian.


58. Al Muhshiy
Maha Menghitungi
The Accounter/ The Numberer of All

Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan di dalam petolongan yang selalu
dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin
sesudah solat 5 waktu.


59. Al Mubdi'
Maha Menghidupkan
The Giver of Life

Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkanlah sebanyak
470 X setiap hari. Insyaallah.....


60. Al Mu'iid
Maha Mengembalikan Kehidupan
The Reinstater Who Brings Back All

Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkanlah
zikir ini sebanyak 124 X setiap hari sesudah solat. Insyaallah di pertunjukkan
akan hasilnya.

61. Al Muhyii
Maha Menghidupkan
The Giver of Life

Amalkan zikir ini sebanyak 58 X setiap hari, Insyaallah kita akan diberikan
kemuliaan, darjat dunia & akhirat kelak.


62. Al Mumiitu
Maha Mematikan
The Bringer of Death/ The Destroyer

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, Insyaallah akan dipermudahkan
di dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.


63. Al Hayyu
Maha Hidup
The Ever Living

Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah di dalam menjalani kehidupan,
perbanyakkanlah zikir ini.


64. Al Qayyumm
Maha Mandiri
The Self Subsisting Sustainer Of All

Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi
harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin
berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka
zikir lah dengan "YA HAYYU YA QAYYUUM..." sebanyak 1000 X setiap malam
atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insyaallah akan
tercapai segala hajat.


65. Al Waajid
Maha Penemu
The Perceiver/ The Finder/ The Unfailing

Andai berkeinginan berkeperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh
pendirian, maka perbanyakkanlah zikir ini.


66. Al Maajid
Maha Mulia
The Illustrious/ The Magnificent

Demi kecerdasan otak & agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka
hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.


67. Al Wahiid
Maha esa
The One/ The All Inclusive/ The Indivisible

Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk
menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 X setiap kali selesai menunaikan
solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat
Isnin & Khamis, Insyaallah....


68. As Somad
Maha Diperlukan/ Tempat Meminta
The Self Sufficient/ The Impregnable/ The Eternally Besought of All/ The Everlasting

Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada
Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin, Insyaallah, diri akan berasa segar sentiasa.


69. Al Qaadir
Maha Menentukan/ Maha Menyeimbangkan
The All Able

Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkanlah zikir
ini sebanyak 305 X setiap hari, Insyaallah segala hajat akan berhasil.


70. Al Muqtadir
Maha Berkuasa
The All Determiner/ The Dominant

Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka
berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana
zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita itu.

71. Al Muqaddim
Maha Mendahulukan
The Expediter/ He Who Brings Forward

Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir
dengan zikir ini sebanyak 184 X setiap hari, Insyaallah nescaya segala usahanya
akan berhasil".


72. Al Mu'akkhir
Maha Mengakhirkan
The Delayer/ He Who Puts Far Away

Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.


73. Al Awwal
Maha Awal
The First

Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 X, setiap hari, Insyaallah
segala apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah.


74. Al Aakhir
Maha Akhir
The Last

Amalkan berzikir sebanyak 200 X sesudah solat 5 waktu selama satu bulan,
Insyaallah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.


75. Az Zhaahir
Maha Nyata
The Manifest/ The All Victorious

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1106 X selesai solat waktu di tempat sunyi
(khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala
rahsia yang pelik & sukar serta di beri kefahaman ilmu.


76. Al Baathin
Maha Ghaib
The Hidden/ The All Encompassing

Seperti No. 75 juga, tetapi amalkanlah sebanyak 30 X sesudah solat fardhu.


77. Al Waali
Maha Memerintah
The Patron

Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang
itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para
wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.


78. Al Muta'aalii
Maha Tinggi
The Self Exalted

Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau
mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin
sewaktu mengadap, Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya
& segala hajat yang penting-penting akan berhasil.


79. Al Barri
Maha Penderma
The Most Kind And Righteous

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, Insyaallah segala apa yang kita
hajati akan terlaksana dengan mudah.


80. At Tawwaab
Maha Penerima Taubat
The Ever Returning/ Ever Relenting

Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah
memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali
ke jalan yang lurus.

81. Al Muntaqim
Maha Penyiksa
The Avenger

Jika berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan
kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan
zikir ini setiap hari sesudah solah fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat
pertolongan Allah.


82. Al Afuww
Maha Pemaaf
The Pardoner/ The Effacer Of Sins

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala
dosanya oleh Allah.


83. Ar Ra'uuf
Maha Pengasih
The Cpmpassionate/ The All Pitying

Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja
yang memandangnya, amalkanlah zikir ini seberapa mampu samada pada
waktu siang mahupun malam.


84. Malikul Mulk
Penguasa Kerajaan (Semesta)
The Owner Of All Sovereignty

Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa
diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 X
sesudah solat fardhu & 212 X pada setiap malam selama sebulan. Insyaallah
akan mendapat pertolongan Allah.


85. Dzul Jalaali Wal Ikraam
Pemilik Kebesaran Dan Kemuliaan
The Lord Of Majesty And Generosity

Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 X setiap hari selama sebulan, Insyaallah segala
hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.


86. Al Muqsith
Maha Adil
The Equitable/ The Requiter

Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, Insyaallah Tuhan akan
menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.


87. Al Jamii'
Maha Mengumpulkan
The Gatherer/ The Unifier

Sekairannya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka
amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah
menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang
dalam jangka waktu yang singkat.


89. Al Ghaniyy
Maha Memberi Kekayaan
The Enricher/ The Emancipator

Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, Insyaallah apa yang kita
usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat
berkat.


90. Al Maani
Maha mencegah
The Withholder/ The Shielder/ The Defender

Mintalah kekayaan yang bermanafaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada
Allah dengan memperbanyakkan zikir ini. Insyaallah segala hajat kita akan
tercapai.

91. Ad Dhaar
Maha Memberi derita
The Distressor/ The Harmer

Asma' ini sangat berguna di dalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu
penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas
diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 X pada setiap hari. Insyaallah
dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.


92. An Nafii'
Maha Memberi Manafaat
The Propitious/ The Benefactor

Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap
hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang
susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.


93. An Nuur
Maha Bercahaya (Menerangi/Memberi Cahaya)
The Light

Menurut Sheikh Ahmad Bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki
kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan
dunia mahupun kebaikan akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan
zikir ini setiap pagi & petang.


94. Al Haadii
Maha Pemberi Pertunjuk
The Guide

Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian dia
tersesat, hendaklah dia memohon pertunjuk Allah dengan memperbanyakkan
zikir ini, Insyaallah akan diberikan pertolongan oleh Allah akan cepat lepas
dari kesesatan tersebut.


95. Al Baadii
Maha Pencipta
Incomparable/ The Originator

Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan
rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka zikirkanlah dengan zikir ini
sebanyak 500 X selepas solat fardhu. Insyaallah Tuhan akan memberikan
pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.


96. Al Baaqii
Maha kekal
The Ever Enduring And Immutable

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, Insyaallah
dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan
mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.


97. Al Waarits
Maha Pewaris
The Heir/ The Inheritor of All

Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 X selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya
segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir
dengan zikir ini sebanyak 707 X . Insyaallah berkat zikir ini Allah akan memberi
petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.


98. Ar Rasyiid
Maha Pandai
The Guide/ Infallible Teacher And Knower

Walaupun kita tergolong di dalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah
zikir ini sebanyak mungkin, Nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.


99. As Shabuur
Maha Sabar
The Patient And Timeless

Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir
ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah,
maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.
 
 
Sumber : Saya nak minta izin, tapi takde ruang comment kat blog ni. Kepada owner blog. Maaf ambil tanpa izin.