Tuesday, October 18, 2011

Jom Kahwin : Sweet Bar

Zahidah cadangkan buat sweet bar/candy booth
Menarik, kan..


Lepas tu, untuk pastikan booth tu berjalan lancar, saya nak minta tolong anak-anak buah yang perasan ayu duduk situ untuk jaga keselamatan candies saya..
Jahat!!!
Okey..okey ubah kepada perkataan yang lebih baik!
Yang ayu, comel,cute, miutttt...

Ni saya culik dari sini


Comel, kan..
Nak tiru ..yeah, yeah.. nak tiru!
Tapi kena survey candies dulu, 
waktu waktu gini, RM0.10 pun kira mahal, 
cuba la bayangkan kalo sebiji RM0.10 x 1000 orang dah RM100, 
takkan lah nak bagi sorang sebiji, kan..
kalau 3 biji ;
3 biji x RM0.10 x 1000orang = RM300
Pastu xkan lah nak letak 1 jenis je, kan..
Paling tidak pun sure 3-4 jenis

Jom fikir bersama saya!

Monday, October 17, 2011

Jom Kahwin : Kad Kahwin

Tidur..
Iya, itulah aktiviti saya pada jam 12noon, 
saya akan berusaha menghabiskan masa rehat dengan tidur disurau!

Tapi takde lah buas macam ni!

Tapi hari ni waktu saya terganggu oleh panggilan En.Tunang, 
Dia tanya pasal kad kahwin, 
Confirm ke nak color tu?
Nak tullis apa?
Majlis sampai pukul berapa?
Yang tulis nama siapa yang menjemput?
Contact person siapa?
Arrghh!!

Penat jawab semua soalan dengan tenang dan sopan, 
saya ambil mood untuk tidur semula
Telefon berbunyi ring,..ring..ring..
Ku angkat ku tanya siapa?
"Nak pilih ayat apa ni?"
~Sigh~
Sambil ambil mood sopan saya jawab
"Pilihlah doa-doa yang best" 
En.Tunang baca;

“Sebahagian daripada tanda-tanda allah, dicipta-Nya
jodoh-jodoh untuk kamu dari jenis kamu sendiri .."

"Cuba cari yang ada pasal Adam dgn Hawa, Rasulullah dgn Khadijah.." 
Rujuk pada 1 doa yang biasa ada kat kad kahwin yang saya minat
"Dengarlah sampai habis!"
En.Tunang nak baca jugak sampai habis.
Sudahnya saya kena dengar dia membaca dan doa yang saya berkenan tu adalah doa yang ke 4 dalam senarai bacaan tersebut.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Satukanlah hati kedua mempelai ini
seperti engkau satukan Nabi Adam dan Hawa,
dan seperti engkau satukan Nabi Yusof dan Zulaika,
dan seperti engkausatukan
Nabi Muhammad S.A.W. dan Saidatina Khadijah


Sudahnya saya tak tidur sebab En.Tunang tel semula minta map ke rumah.
~Sigh~





Jom Makan : Mek T

Sabtu lepas saya ke Mek T, area depan IOI Mall Puchong. Tapi tak de dalam google map nak bagitau spesifik location.
Menarik juga tempat ni, disebabkan saya dah makan dengan Aida sebelum tu, saya order rojak buah dengan Lime Juice jer.. 

mekt-restoran

mekt-restoran01

Click on the slide!
Kar pek Hu Sah 
Rasanya macam fish ball, cicah dengan sambal yang pedas-pedas masam gitu..
Menarik!


Click on the slide!
Pulut Hitam
Ni pic dessert of the day kononnya..
Kalau awak sudi check in kat Mek T dan tunjuk kat diorang, awak akan dapat dessert untuk percuma!
Yang part free ni yang menarik, kan..
Walaupun bubur dia serve dalam bekas ciput je, tapi takpe lah, nama pun dessert, kan..
**P/S: orang yang semulajadi manis tak perlukan bantuan sumber luar!


Click on the slide!
Ni keropok lekor, banyak je kat KL kan, tapi order jugak..

Click on the slide!
Batrisya, anak Kaklyn makan ni, pau goreng..dalamnya inti kacang merah..surelah manis
**repeat : orang yang semulajadi manis tak perlukan bantuan sumber luar! (-_*)

Jom Manjakan Diri II

Jangan Baca Post Ini!!!

Sebelum awak baca post ini kena tekan nuffnag dan selepas baca pun kena tekan nuffnag ..pasal post ni rentetan dari post Jom Manjakan Diri

^(-_*)^

Post ni kira rentetan dari post hari tu lah, lepas balik dan mandi dengan lulur tu saya rasa cam rugi pula tak beli , jadi saya minta adik, Linda belikan pasal dia lalu Subang Carrefour waktu nak pergi kerja.

Balik dari kerja, Linda ketuk pintu bilik saya sambil ketawa dan hulur bekas garam,

"Kakak tu kata Oh, kawan saya ada kata ada sorang kakak ni suruh simpan pasal dia takde duit, nanti dia minta adik dia datang beli"


Apakah? Kalau pun nak pretend kenal customer tak payah lah reka cerita melampau gitu,kan..RM10 jer garam kasar tu!

Dan, tak pasal-pasal Linda kena marah pasal beli juga garam kasar tuh, mana boleh, kan..runtuhkan populariti i,kan..
Apa kata peminat-peminat i nanti? 
Apa i nak jawab pasa press kalau cerita ini tersebar? 
Cittt.. tapi marah-marah pun saya pakai juga.. 

Alhamdulillah, seperti nak ditulis dikertas, saya mulakan dengan Al-Fatihah, selawat dan berdoa hajat saya, disebabkan waktu tu saya stress, saya berdoa supaya tenang.dan campurkan 2sudu dalam air mandian terakhir dan alhamdulillah, lepas bangun pagi esok saya lega lah sikit..


Dari  Abdullah Bin Umar;


" Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam"
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .


Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .
Hadis riwayat Ibnu Majah


" Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "
Hadis riwayat Al - Bazzar

Jom Sihat : Mahkota Dewa


Yesssza, inilah buah Mahkota Dewa, kalau awak tak pernah dengar,jangan segan pasal saya pun baru jer dengar jumaat lepas.

Saya alert pasal sinus tu, bosan dah bangun pagi-pagi nak meleleh, memanglah bukan hari-hari tapi baiklah kita mengubati sebelum melarat, kan..


Dia kata ;

Tumbuhan dengan nama saintifiknya Phaleria macrocarpa dikenal juga dengan nama simalakama (Melayu/Sumatera), Makuto Dewo (Jawa). Tanaman ini berasal dari Papua dan sudah terkenal berkhasiat dalam mencegah dan membantu proses penyembuhan berbagai macam penyakit antara lain seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, liver, alergi, ginjal, jantung, berbagai macam penyakit kulit, mengatasi ketergantungan ubat, rheumatik, insomnia, Meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap influenza.(selsema)

Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi bijinya adalah beracun.

Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.

Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).

Saponin, menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah.

Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah,
mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.

Kaedah Menggunakan Mahkota Dewa

a. Teknik Rebusan 

Rebus 20 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan tiga gelas air sampai mendidih, Kemudian tunggu sejuk, supaya semua ekstrat yang terkandung di dalam hirisan buah yang telah direbus keluar. Warna air rebusan seeloknya akan berwarna merah . Jika berwarna agak kekuningan atau lebih pucat, itu menunjukkan kandungan air adalah berlebihan, tetapi ia masih boleh diguna.

Manakala untuk rebusan daun pula, rebus 3 helai daun dengan segelas air sampai mendidih, tunggu sejuk supaya warna klorofil daun melarut ke dalam air.



b. Teknik Rendam

Rendam 10 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan segelas air panas. Tunggu hingga sejuk, baru minum. Sisa buah rendaman boleh ditambah dengan air panas untuk rendaman seterusnya sehingga habis sari patinya.

Waktu Minum

Waktu yang paling disyorkan untuk meminum air rebusan mahkota dewa adalah sebelah malam sebelum makan.

Kekerapan Meminum

Bergantung kepada situasi peminum sendiri yang merasa bagaimana perubahan keadaan fizikal yang timbul kesan tindakbalas badan terhadap mahkota dewa. Jika kadar kehangatan yang timbul agak ketara, boleh rehat seketika selepas 3 atau 4 hari minum, rehat, 2 atau 3 hari, baru minum kembali.

Penyimpanan

Air rebusan boleh ditapis untuk disimpan sejuk di dalam peti ais untuk kegunaan seterusnya.

Penggunaan Mahkota Dewa Secara Khusus

1. Diabetes Mellitus
Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:

1. Ambil 5-6 buah mahkota dewa, iris dan cuci bersih.
2. Rebus bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
3. Saring air rebusan, minum 3 kali sehari (masing-masing 1 gelas)

2. Kanser dan Tumor
Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:

1. Campur 5 gram daging buah mahkota dewa kering dengan 15 gram temu putih,
10 gram sambiloto(hempedu bumi) kering dan 15 gr cakar ayam kering, cuci bersih semua bahan
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas. Ramuan diminum 1 jam sebelum makan

3. Hepatitis
Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:

1. Campur 5 gram daging buah mahkota dewa kering dengan 15 gram pegaga, 10 gram sambiloto(hempedu bumi) kering dan 15 gram daun dewa, cuci bersih semua bahan
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas.

4. Rheumatik dan Asam urat (gout)
Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:

1. Campur 5 gram daging buah mahkota dewa dengan 15 gram akar sidaguri, 10 gram sambiloto (hempedu bumi) kering, cuci bersih semua bahan
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas. Ramuan diminum 1 jam sebelum makan

Kesan Sampingan

Kesan sampingan yang boleh timbul akibat meminum air rebusan buah atau daun mahkota dewa buat pertama kali adalah rasa pening kepala. Ia bergantung pada kadar kepekatan air rebusan yang dibuat. Jika teramat pekat, kadar pening kepala agak ketara. Peminum harus bersabar dan bertahan kerana selepas meminum untuk kali yang kedua atau ketiga, keadaan akan menjadi stabil.

Tindakan Yang Perlu Diambil Jika keadaan Luar Biasa

1. Minum lebih air kosong bagi tujuan untuk mencair air rebusan mahkota dewa yang telah diminum.
2. Minum susu segar
3. Minum secara sedikit demi sedikit jika proses ingin berubat mahu diteruskan juga.
4. Berhenti minum air rebusan mahkota dewa kalo rasa tak leh tahan.

Peringatan

1. Wanita mengandung ditegah daripada meminum air rebusan mahkota dewa.
2. Wanita yang menjalani rawatan barah pangkal rahim juga tidak direkomen untuk minum air rebusan kerana kesan sampingan pendarahan selain tindakbalas haba yang memanaskan badan agak berlebihan.
3. Wanita dalam pantang dan haid, kerana sifat mahkota dewa mencairkan darah boleh melambatkan kering darah.
4. Mereka yang ada masalah skurvey, gusi akan ada berlaku pendarahan. Kena sabar la...


Credit too : http://www.cakap.net