Wednesday, September 26, 2012

Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri

Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Wednesday, September 12, 2012

ke - Annoying - an

Bayangkan..
Bila 1 dunia kata 1+1=2
tapi kita asyik pertahankan 1+1=11

Hurm,
Bila kawan-kawan sibuk perkatakan tentang ke-annoying-an kawan kami ni,
saya terfikir bagaimana kalau dia tak sedar pun apa yang dia buat salah,
dia tak faham kenapa tiap 1-2-3 bulan ada je orang yang block dia.
hari-hari ada je benda merepek yang dia buat yang mendambakan caci maki orang lain.
tu belum kira nama dia di-raise up tiap kali kisah air mata malu ke, luahan perasaan ke, gossip-gossip manja ..

Pendek kata nama dia memang sering bermain di bibir-bibir manja lah!

Masa breakfast tadi kawan kami bersuara,
"Pasal tu lah saya malas nak rapat dengan dia, dari kat u lagi saya buat-buat biasa je"
"Oh, awak satu kolej dengan dia?" Saya ketinggalan seperti selalu
Kawan kami ni angguk malas nak layan orang yang ketinggalan agaknya!
"Dia memang macam tu dari dulu ke?" Tanya yang sangat gossiper!
Kawan kami ni angguk laju, tanda sangat setuju agaknya.

Pagi tadi baru saya dapat tau betapa merepeknya perempuan ni bila dia sanggup stay back sampai jam 1 pagi semata mata nak tau kawan kami ni duduk mana, tak puas hati dia siap sms tanya kenapa kawan kami ni masuk lorong ini, kenapa nak masuk lorong tu .. bla bla bla...
Bayangkan betapa menyibuknya dia?
Sangat!!!