Monday, April 30, 2012
Sunday, April 29, 2012
Saya Adalah Lalang Yang Cintakan Keamanan
Bersih?
Bersih sangat ke?
Bila online sume pakat post itu dan ini,
yang pro bersih dan pembangkang..
Salahkan polis juga penyokong!
Siapa yang salah?
Pada saya yang salah adalah mereka yang berfikir itu salah! dan yang betul mereka yang fikir itu betul.
Mudah bukan?
Duduk berdemo.
Tolong bagitau saya berapa orang yang cuma duduk?
Makanya berjayakah demo ini?
Iya, saya adalah antara masyarakat yang selesa di lingkaran saya sendiri,
saya adalah masyarakat yang taknak berubah.
Itu saya!
Saya adalah antara masyarakat yang mampu solat dibumi Malaysia,
Saya adalah antara masyarakat yang boleh jumpa surau dimana-mana shopping mall di Malaysia.
Saya adalah antara masyarakat yang mampu dengar bacaan Al-Quran di masjid rumah saya.
Sesuatu pengalaman yang masyarakat Pulau Pinang tak mampu lakukan atas alasan islam itu toleransi.
Pada hari bersih 3.0 tersebut saya dan Wan ke Bukit Hijau, kami memancing haruan, petangnya kami rushing ke Taman Medan untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus, seketika saya membayangkan "Kalaulah nikmat ini pun ditarik" related dengan kisah surat biadab minta menghentikan azan subuh dikawasan Puchong.
"Kita sibuk berdemo, bergaduh sesama sendiri, bangsa lain tepuk tangan"
Itu kata arwah mak waktu kes Anwar dengan reformasinya dulu.
Dan hingga kini saya lihat ianya masih lagi relevan.
Apa yang Rasulullah buat untuk mengubah masyarakat jahil waktu mula-mula dia mendapat wahyu Allah?
Dia balik dah khabarkan pada Khadijah,
Berapa lama islam disebarkan secara senyap?
Bukankah Rasulullah SAW sebarkan agama ini hanya pada ahli keluarga dan masyarakat berhampiran sebelum kepada oang luar?
Bukankah ini strategi yang dilakukan oleh Rasulullah?
Lupa dari mana saya dengar;
Ubah dunia kalau kamu mampu,
Kalau tak, cukuplah dengan ubah negeri kamu,
Kalau tak, ubahlah masyarakat keliling kamu,
Kalau tak, ubahlah keluarga kamu,
Kalau itu pun tak mampu, ubahlah diri kamu.
Bayangkan kalau benar pilihan raya kita tak bersih, bagaimana UMNO boleh menang sipi?
Bagaimana Selangor boleh jadi milik pembangkang?
Tidak!!
Saya bukan pengikut UMNO mahupun PAS ataupun PKR,
Saya adalah pendaftar yang tak pernah mengundi,
Saya Adalah Lalang Yang Cintakan Keamanan.
Wednesday, April 25, 2012
Apakah aku layak bergelar Muslimah?
Aiman Azlan
"Apakah aku layak bergelar Muslimah?"
Saya kurang faham dengan soalan ini. Konteks yang diberikan membuatkan saya fikir seolah-olah "Muslimah" itu satu level Iman 99 Petala Langit yang hanya golongan sehebat Pendekat Laut sahaja yang boleh capai.
Sedangkan apabila seorang perempuan berpegang teguh dengan Shahadah, maka dia bergelar Muslimah.
...
Muslimah itu bukan diukur dengan panjang tuduh atau labuh jubahnya. Sama juga dengan lelaki. Dia tidak dipanggil Muslim kerana panjang janggutnya.
Muslimah itu seorang yang berjihad menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi perjuangan dalaman itu ada.
Boleh jadi seorang Muslimah itu tidak bertudung, tetapi dia menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk menyarung sehelai kain di kepalanya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu mempunyai teman lelaki, tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah.
Muslimah itu seorang perempuan Muslim. Full stop.
I Love Moo Cow
Malam tadi, waktu balik dari Shogun kami melalui kedai yang ada bunyi lembu duk moo-moo, dahla kuat bunyinya.
"Oh, ye ke?"
Gila publisiti tau lembu tu!
Shiqah tiba-tiba cerita "Awak nak tau tak, yang orang tu sembur tu esok carpet dia tumbuh rumput"
Refer pada pekerja I Love Moo Cow yang tengah sembur sabun ke anti septik ke..kat carpet dia guna tong yang dia galas kat belakang badan macam orang sembur racun tu.
![]() |
| Lebih kurang macam ni la alatnya. |
Saya yang jujur dan naif ni pun dengan nada sangat kagum dan ala-ala nak percaya terus tengok pada carpet yang color hijau siap ada dot-dot color hijau gelap pula tu.
"Oh, ye ke?"
Tiba-tiba Dhan, boss kami ketawa.
Confirmlah saya kena tipu, kan..untuk coverline terus saya bersuara.
"Tipu!" So dengan cara tu takde lah nampak saya nk kena tipu.
Erk, yeke?
Subscribe to:
Posts (Atom)




