Friday, October 21, 2011

Jom Kahwin : Kad Kahwin II

From: AS Soff Resources [mailto:assoffprint@gmail.com]
Sent: 21 Oktober 2011 16:03
To: **JariPunBerkata**
Subject: Re: FW: PETA UMAH AWAK..

Jadi ada apa2 nak ubah x? kalau takde saya nak cetak terus.

Yessza ~~
Ini email yang En.Kad Kahwin bagi.

Suka!!

Apa yang paling saya suka?

Pasal En.Tunang kata dia ni abang Faizal Tahir, saya pun call lah dia nak minta email address pasal nak send map ke rumah saya dan lebih teruja kerana suara dia..
SAMA!!!

Lemah longlai lutut, terus suara i jadi semanja Ella (Miang!)
Tapi yang lebih suka sebab dia ni keep update dan layan jer karenah saya dan En.Tunang..
Eh, tak..tak.. 
En. Tunang sempoi jer..
Saya agak mengada sikit. 
En.Tunang warned before call dia 
"Jangan dok arah dia macam macam, dia banyak tolong kita" 
Alahai, mana ada arah macam-macam, saya cuma suruh tambah 1 junction yang dia tak buat, lepas tu suruh dia tambah traffic light yang saya lupa nak masukkan, tu jer..

 Jom tunggu hasilnya..

JariPunBerkata

Jom Shopping : The Body Shop Promotion

Tada ~


Tak faham?
Tekan ini

Jom Kawan : Ehem..ehem..

Semalam saya ambil Annual Leave, teman En.Tunang yang terpaksa ke mahkamah pasal pesalah yang dia jamin tu dah lari, seram sejuk saya waktu dia cerita dia dapat waran tangkap. Alhamdulillah, semua selesai dengan baik.

Habis urusan mahkamah saya plan untuk complete kan borang nikah saya, En.Tunang tiba-tiba tak jadi nak ke MAIS sebab dia kena masuk kerja.

Saya ikut dia ke UiTM Puncak Alam, dan plan akan ke Shah Alam dari sana. Lepas makan, waktu nak jalan ke bus stop, kami bertembung dengan kawannya.

"Tu lah Adam" Kata En.Tunang
**Adam (Bukan nama sebenar)

"Ohhh.." Ada saya kisah?

"Ni tunang aku" En.Tunang terkenalkan saya. 
Untuk melahirkan sifat pemalu, saya senyum dan tunduk.

"Dia ni lah kawan dengan kawan ayang tu" Kata En.Tunang

"Kawan orang? Siapa?" Saya terkejut

"Kawan ayang lah! kak..kak apa tu?" En.Tunang memandang saya

"Kak siapa?" Tanya saya still tak boleh tangkap.

Gossip baru ni!

"Hawa" Kata Adam
** Hawa bukan nama sebenar

En.Tunang pun minta kebenaran hantar saya, saya keep tanya kat En.Tunang.

"Dah berapa lama?"
"Sejak bila?"
"Dah pernah keluar dating ke?"
"Contact hari-hari ke?"
Dan jawapan yang saya terima sangat positif :)
OMG!!!
Macam mana saya boleh terlepas gossip terhangat ini?
Message hari-hari..
Tiap-tiap pagi berbalas balas email
Tapi saya tertinggal gossip terpanas ini.

Hahaha,
nampak sangat menyibuk laksana kak nam doplas saya nih..
Apa-apa pun, mari kita doakan kebahagian mereka berdua (-_^)

Teka kenapa saya pilih pic ni? Mioooww~

Persoalannya sekarang,
Macam mana En.Tunang ada no Kak Hawa?
Macam mana?
Macam mana?
Jelesss!!! 

JariPunBerkata

Wednesday, October 19, 2011

Jom Kahwin : Siapa Sayang Saya?


Siapa sayang saya?
Siapa?
Jawablah..

Awak pernah terfikir soalan ini?
Saya selalu berfikir tentang soalan ini,
Tapi jawapan yang saya berjaya rumuskan adalah...
Tak Ada!

Semua orang yang kononnya menyayangi saya mempamerkan 1001 macam tindakan yang menjerumus kearah 'ketidaksayangan' kepada saya.

Lalu, saya tanya soalan yang sama lagi?
Siapa sayang saya?
Dan, saya hampa lagi.


Saya cuma bertanya lagi,
Dan sekali lagi, saya hampa..



Dia tak sayang saya,
Dia tak ambil berat,
Dia tak macam orang lain,
Dia tak itu..
Dia tak ini..


Bertuahnya dia,
Bertuahnya kamu,
Bertuahnya mereka,

Soalannya,
Betul ke apa yang saya harap?
Apa yang saya harap pada dia?

En.Tunang pernah kata,
"Hati ini millik Allah, kalau nak hati abg,minta pada Allah"

Kalau saya asyik persoalkan cinta dia tak cukup,
Cukup sangat ke cinta yang saya beri?


Kenapa si dia tak sayang saya?
Sebanyak mana sayang yang saya beri?

Dia tak ambil berat?
Berat mana yang saya beri?
(Saya lah yang paling ambil berat fasal berat yang saya ambil 87kg)

"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)"

Maka mungkin tidak, kalau apa yang jadi pada kita adalah yang terbaik buat kita? 
Bukankah itu janji Allah? 
Awak fikir tak macam tu, sama ada ianya kifarah untuk kita atas kesalahan kita yang lampau sekaligus menghapuskan dosa kita, dan juga menaikkan darjat kita atau ianya memang ditakdirkan untuk kita. Allah berfirman dalam al-Quran 

“Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan Allah sebaik-baik Perancang” Surah Al-Imran ayat 54

Saya kata buat diri saya sendiri, apa kata saya mendidik diri saya supaya bersyukur?
Apakata?
Bersyukur atas apa yang dikurniakan, dalam masa yang saya perbaiki diri, perbaiki diri dan perbaiki diri!

Kalau waktu itu dah kahwin, dan menganggap kita dah lewat,mungkin awak silap sebab selagi ada nyawa, selagi hidup kita masih ada masa. 


Bila diuji kenapa tak anggap ianya kegagalan kita dimasa lampau? 
Kegagalan dalam mengatur diri..
Kegagalan dalam mengawal nafsu..
Kegagalan dalam mencintai dia kerana Allah?

Iye, saya dah buat semua itu.
Maka kenapa tidak menganggap ianya hadiah dari Allah untuk mengurniakan kita pahala?
Untuk menjadi alasan kepada Allah untuk mengingkatkan darjat kita?
Bukankah dunia ini hanya pentas untuk  kita mengumpul ganjaran dan untuk dibawa pulang?

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI


JariPunBerkata

Tuesday, October 18, 2011

Jom Sejarah : Siapa Kamal Attartuk? II

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk. Bukannya mengeji, tetapi sekadar ingat-mengingati.

Semoga ini menjadi satu pengajaran pada kita, untuk memperbaiki diri sendiri, InsyaAllah. 

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat). 
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara. 
4. Beliau pernah menegaskan bahawa 'negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.' 
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka. 
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki. 
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi. 
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki. 
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan. 
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara. 
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan. 
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat. 
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja. 
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. 
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin. 
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam. 
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin. 
18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya 'siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?' oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan' beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

P/S: credit kat dia