Thursday, May 19, 2011

Kak Lyn

Mari mulakan cerita dengan Bismillah, semoga kisah ni tak mendatangkan salah paham pada sesiapa. Dan semoga takde sesiapa yang akan terasa hati dengan post ni.Moga moga link ni tak terkantoi pada mereka yang tak sepatutnya. Tadi, waktu makan, saya terima panggilan dari Kaklyn, Kaklyn mulakan cerita dengan 

"Tadi aku pergi makan kat Ani Sup Utara" 
Saya dah start kagum pasal "Eh, saya tengah cerita tentang Ani Sup Utara" 
Yang lagi kagum bila Kaklyn kata "Teka aku jumpa siapa?" 
Dengan beraninya saya meneka "Boleh tak kalo saya jwb Asyraff?" 
Hurm, nama yang dah bertahun kami tak sebut. Kawan kolej dolu..dah dekat 5thn lamanya.
"Kepala hotak kau,cam mana ko tau?" Ayat manja yang membawa maksud tekaan saya tepat!

Jujurnya saya bukan kagum tentang kisah lama yang dah boleh hantar kat Muzium Negara tu tapi kagum kat instinct antara saya dan Kaklyn. Dulu lagi dah sedar kitorg selalu pilih kedai yang sama. OK, mungkin psl sama selera. Mungkin sama je dengan bestfriend yang lain,. Tapi saya suka sangat, bila something happen, kami boleh pandang dan angguk angguk paham. atau cukup dengan "saya paham tapi.." disertakan dengan komen, pasal dah paham tp kami ada pendapat kami yang berbeza.

Selalunya, bila cerita tentang org keliling yang tak paham dan conflict dengan En.Boipren,kaklyn selalu guna ayat standard "Ako paham, mesti kau harap.." dan saya berani kerat jari jawapan yang kaklyn bagi adalah photostat dari apa yang tulis dlm hati saya, yang saya tak reti nak luahkan! (Setakat ini lah! kalo lepas ni lain, tak masuk dlm kes kerat jari diatas)

Banyak je contoh yang mampu menguatkan lagi fakta saya, yang paling manis bila saya usap perut dia, Kaklyn tanya "Kenapa?" saya tak jawab, petang tu dia bagitau sebenarnya dia mengandungkan Razzin Aziz, anak keduanya. Waktu tu dia baru dapat tau 3hari lepas.  Dan saya org ketiga yang tau, pasal  abg yieng (mesti la suami dia tau dolu!) dan anak sulung dia, Batrisya dah tau dulu.

 Iya, kami bukan macam bestfriend yang lain, yang segalanya sama. pilih baju yang sama, minat makanan yang sama. admire artis K-Pop yang sama.Tidak! Kami lain, tapi sebab kelainan tu buat kami jadi serasi. Mungkin! Mungkin yang tidak syak lagi!

Anywhere, Thank you Allah, waktu orang tengah busy cari kawan yang boleh dipercayai, Allah dah bagi dia. Kadang kadang Allah sampaikan sesuatu melalui dia, 

Waktu saya terkapai kapai hilang arah, 3hari lepas mak pergi untuk selama lamanya,saya tak mampu nak bekerja, atas budi bicara,saya dibenarkan balik, saya tel kakngah, kakngah tak kasi saya balik dalam keadaan gitu pasal kesian kat abah, kalo awak tengok saya dalam keadaan begitu. Saya bertemu Kaklyn, waktu tu kebetulan adik Kaklyn, Beby ada dirumah dan dia memberi 1 ayat yang saya pegang hingga kini,kata Beby "Mak kau tu milik Allah, kita semua milik Allah, kenapa nak sedih bila Allah ambil hak Dia? Sepatutnya kita kena sayang kerana Allah. Biarlah mak kau pergi.." Memanglah ayat tu simple, tapi ayat tu penuh erti. 

Waktu En.Boipren buat lawak.. nak hantar rombongan meminang pun sapa disisi yang jadi bidan terjun gaya kuak lentang? Mestilah Kaklyn (cam tak menarik je teka teki ni) Bayangkan, rabu malam En.Boipren tel bagitau nak datang ptg sabtu. Memang terbaik! nak bgtau abah pun 1 kes, dengan sipu2 nya, ditemani Aida (yang waktu tu tidur kat rumah dan Linda (i lap u adik!) saya ajak dorang bgtau abah),tapi before bagitau abah, saya tel Kaklyn dulu, esoknya saya terbang ke Shah Alam, jumpa Kaklyn untuk bincang pasal hantaran yang patut dibeli. Beli? Beli?? Hello, i kan anak kesayangan Datin Zaimawati! apa kes nak beli?! Mesti la pinjam!! hah, berduyun barang pinjam dari rumah Kaklyn, penuh avanza biru kakngah! Tak cukup dengan itu,hantaran pun Mama Kaklyn yang gubah. Bila abah bgtau budget tunang RM2k hangus, saya bayangkan berapa pulang budget tanpa hasil pinjaman dr Shah Alam, dan kek lapis sarawak Aida, juga gula gula Zahidah dan Adila. Lurrrvve ya olsss!!

Credit kat Asyraff yang buat saya sedar sekali lagi, sedar bahawa saya dan Kaklyn ada insticnt! Tapi tiba tiba saya tersedar, asyik Kaklyn je tolong saya, kat mana part saya tolong Kaklyn? Hahaha, saya tak pernah tolong kaklyn ke?! Arrrghh, otak saya dah tak function ke atau saya memang tak pernah tolong dia?! Arrghh, benci perasaan ini!!

Monday, May 2, 2011

Lamanya Hilang

Huhu, busy lah! Gila kentang punya busy! haiiish..nak start balik pun cam dah hilang punca! cmne la nak jadi jutawan blogger! nak post pun malas! ampunkan mak, kassim.. mak dah tua kassim!

Hari ni sorang sorang je kerja, skrg ni ( 3:32PM ) tengah countdown nak balik dah ni..haha, jam 11 tadi pun dah start countdown dah!

Nak start pengalaman pergi kursus kahwin pun tak ingat nama penceramah tu! takpe, takpe, balik jap saya saya share ok :)

Meh fikir dullu : Kalau cari rezeki tanggungjawab suami, masak tanggungjawab siapa? Hidang makanan tanggungjawab siapa pula?!